Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

BEN ASHAARI AJAK JENGUK BLOG

Imej
Jom join segmen Ben Ashaari.. Klik di  SINI Ni gambar saya sedang dipeluk dinosour apa tah namanya di Melaka Wonderland. Ni pun dekat Melaka Wonderland dengan anak bungsu ku..

Aleesya Farhana Meninggal Dunia

Imej
Pagi tadi terdengar berita di radio Hot Fm mengatakan lelaki yang bertukar menjadi wanita.. Aleesya Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, awal pagi semalam kerana mengalami serangan jantung dan tekanan darah rendah akibat dari kemurungan kerana permohonannya untuk menukar jantina telah ditolak oleh mahkamah. Kemudian beliau telah disahkan meninggal dunia pada pukul 4.50 pagi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah. Innalillah Wa Innailaihi Rajiuun. Untuk berita selanjutnya bolehlah tengok di  SINI  dan  SINI  .

Jangan Jual Komputer Riba 1Malaysia : Siapa Untung???

Imej
Al kisahnya.. pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan tindakkan yang tegas kepada sesiapa yang menjual semula komputer riba 1Malaysia yang diterima secara percuma daripada kerajaan.. Ni lah manusia, dah dapat kemudahan disalahgunakan, dah dapat percuma tu manfaatkan lah sepenuhnya.. ni tak dijual nya pulak.. macam mana lah nak celik IT anak-anak tu.. parent nya pun satu.. nampak RM je.. Yang bagi pun satu.. setakat bagi benda alah ni kosong je.. cuma ada OS je.. yang lain semua kena cari sendiri.. bagi yang parent nya mahir IT ok lah.. kesian kepada yang baru-baru nak kenal It.. pergi kedai sah-sah kena caj RM 30-50.. tu cuma untuk install pirate punya software tu.. siapa yang untung??  Lepas tu line broadband pun kena cari sendiri.. ada yang dapat promosi broadband pun cuma bagi sim kad je.. modem kena beli sendiri.. sah-sah modem dah RM 100.. siapa yang untung?? Sepatutnya lepas bagi netbook ni.. pihak sekolah kena pulak masukkan buda

Norman Hakim & Memey Suhaiza Menangis Bebas Tuduhan Khalwat

Imej
Buka mStar Online tadi terbaca cerita mengenai Norman Hakim dgn Memey Suhaiza ni.. khabarnya diorang dah bebas dari tuduhan berkhalwat yang dihadapi mereka 3 tahun dulu.. Apa pun diharap perkara ini akan menjadi pengajaran buat mereka dan semoga berbahagia dengan perkahwinan yang dirancang..  Merpati dua sejoli.. KUALA LUMPUR:  Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat, tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan. Norman dan Memey yang hadir bersama pada pukul 9.30 pagi Jumaat, menangis sebaik sahaja keputusan itu dibacakan. Sumber :  mStar Online

Facebook Larang Papar Gambar Bogel

Imej
Keh..Keh..Keh.. tergelak saya baca berita ni dekat mStar Online tadi.. kisahnya pengendali laman web sosial Facebook telah melarang penyiaran gambar kulit album kumpulan Nirvana.. bukan Nirwana yer.. Kulit album kumpulan rock tersebut yang memaparkan gambar seorang bayi lelaki yang fully naked berenang untuk mengejar wang dikatakan telah melanggar nilai-nilai murni masyarakat. ni lah gambar kulit album Nirvana tu.. setakat gambar bayi jer.. tak tut pun.. Ok lah kalau dia kata macam tu.. tapi apa pulak kes nya gambar-gambar separuh bogel yang banyak berlambak-lambak dekat profile picture dan post-post dalam facebook tu.. tu tak melanggar nilai-nilai murni jugak ke??? Untuk cerita sepenuhnya korang boleh lah tengok di  SINI ..

Jom Layan Clip Video Ni..

Imej
Di hari jumaat yang mulia ni.. jom layan video clip dari penyanyi terkenal Mesir.. Amr Diab.

Kita Tidak Kalah.. Kita Seri..

Imej
"Kita tidak kalah.. kita seri.." Itulah komen Dato K Rajagopal selepas tamatnya perlawanan Pusingan Kelayakkan Piala Dunia 2014.  Walaupun begitu kita tewas dengan agregat 6-4 kepada Singapura.  Walaupun kita bermain bermati-matian tetapi kesilapan-kesilapan barisan pertahanan serta ketumpulan barisan serangan yang terlalu bergantung kepada Safee Sali telah menyumbang kepada ketandusan pasukan kita untuk menambah jumlah jaringan. Apa pun tahniah kepada man of the match.. Khairul Fahmi @ Apek yang tangkas menangkis serangan-serangan pasukan Singapura. Jika tidak sudah pasti lebih banyak lagi gol kita dapat  dibolosi..  Tiada apa yang patut disesali.. kalah menang itu adat permainan.. hatta main guli pun ada kalah dan menang..  MALAYSIA BOLEH!!!!!!

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

Imej
Salam semua rakan-rakan blogger sekalian.. hari ni Bro Ben buat contest pulak.. so siapa yang nak join boleh lah klik kat  SINI  ya.. Saya ni masih baru dalam ber blogging ni jadi harap rakan-rakan sekelian sudi-sudi lah beri tunjuk ajar ye.. "Buah Cempdeak Di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Blogger Baru Belajar, Silalah Tolong Tunjuk-tunjukkan"

85,000 Tiket Habis Di Jual!!!!!

Imej
Bahang kehangatan  perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil  semakin terasa.. semalam saja 85,000 tiket perlawanan telah SOLD OUT!!!! Ini membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan kita, Harimau Malaya tetap kukuh. Inilah semangat yang patut kita rakyat Malaysia tunjukkan.. MALAYSIA BOLEH!!!! Perlawanan akan berlangsung pukul 8 malam ni.. so apa lagi.. kepada yg tak kesampaian nak beli tiket tu.. bersiap sedialah dengan penuh bersemangat di depan TV masing2.. jangan ambik TV orang eh.. nanti gaduh pulak.. kalau tak pun share ramai-ramai tengok kat big screen restoran mamak di seluruh negara.. (pergh.. promo ni.. takde teh tarik free ke mamak??.. hehe..) Go Malaysia.. MALAYSIA BOLEH!!!! Nota : korang agak berapa gol kita nak bagi Singapura nanti??.. saya agak lah kurang-kurang pun 3-1..

1# : Spontaneous Thursday

Hujan yang turun di pagi hari ini membuatkan mataku mengantuk.. mencari-cari bantal.. oh dimanakah dikau.. Nota : Spontan ke tu.. belasah ajelah labu.. hehe..

#5 : Wordless Wednesday

Imej
biskut apakah ini??  

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU

Imej
Salam semua.. hari ni Bro Ben ajak join bloglist blogger baru.. siapa-siapa yang berminat nak join bolehlah klik di  SINI  ya.

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1432H/2011M

Imej
Pejam celik.. pejam celik.. tak terasa masa berlalu pantas.. tup-tup dah nak puasa lagi.. haa.. kepada yang masih berhutang puasa tahun lepas tu.. apa lagi.. cepat-cepatlah lunaskan sementara masih ada kesempatan.. jangan sampai kena bayar fidyah pula ya.. Tahun ini tarikh melihat anak bulan ramadhan telah ditetapkan pada petang Ahad ini 31 Julai bersamaan 29 Syaaban seperti yang telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia. Insyaallah kita dijangka akan mula berpuasa pada hari isnin, 1 Ogos. Kepada rakan-rakan sekalian, saya dengan ini mengambil kesempatan.. (huh.. macam penyimpan mohor besar raja-raja cakap lah pulak..) mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. berpuasalah dengan penuh keinsafan supaya mendapat keredaan Nya. Amin.

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1432H/2011M

Imej
Pejam celik.. pejam celik.. tak terasa masa berlalu pantas.. tup-tup dah nak puasa lagi.. haa.. kepada yang masih berhutang puasa tahun lepas tu.. apa lagi.. cepat-cepatlah lunaskan sementara masih ada kesempatan.. jangan sampai kena bayar fidyah pula ya.. Tahun ini tarikh melihat anak bulan ramadhan telah ditetapkan pada petang Ahad ini 31 Julai bersamaan 29 Syaaban seperti yang telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia. Insyaallah kita dijangka akan mula berpuasa pada hari isnin, 1 Ogos. Kepada rakan-rakan sekalian, saya dengan ini mengambil kesempatan.. (huh.. macam penyimpan mohor besar raja-raja cakap lah pulak..) mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. berpuasalah dengan penuh keinsafan supaya mendapat keredaan Nya. Amin.

Recycle

Imej
Hari ni saya nak bercerita tentang kepentingan kitar semula @ recycle dan kebaikkannya.. Ahad lepas saya pun mengemas lah surat2 khabar lama.. majalah2.. katalog2 & kertas2 yg anak2 conteng dah tak nak lagi.. kumpul2 ada jugak dekat2 satu bonet kereta penuh jugak.. haaa.. ambik kauuu. penuh satu bonet.. Semalam pulak usunglah bonet yang penuh ni pergi kerja.. waktu rehat lari kejap ke tempat pengumpulan barang2 kitar semula a.k.a kedai recycle lah.. timbang punya timbang.. ada jugak 70kg lebih.. huh.. patutlah rasa mendak jer drive kereta..  timbang jangan tak timbang.. dan hasilnya..  . . . . . . . haha.. ni bohong jer dapat banyak ni.. ingat saya jual satu kontena apa.. Hasil penat lelah saya dok mengemas akhirnya dapat jugak ganjarannya.. ada lah lebih kurang 30 hengget.. Alhamdulillah.. lepas jugak duit makan tengahari.. hehe.. Kesimpulannya dengan mengitar semula.. selain dapat imbuhan wang.. kita juga  dapat mengurangkan bahan buangan,

Syiling Baru Malaysia Tahun 2012

Imej
KUALA LUMPUR:  Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baru tahun depan. Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, duit-duit syiling baru yang dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara ini. "Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baru itu di sini, Isnin. Beliau berkata, siri duit syiling baru ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya. Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan

WoW!!!! BA follow Blog WiE!!!!

Imej
Sedang asyik berblogwalking dan membalas kunjungan rakan2 blogger yang meng komen  kritik blog saya ni.. tiba2 ternampak ada satu follower tu macam kenal jer.. Jeng.. jeng.. jeng.. Cer follow.. cer follow.. tengok siapa yang datang follow blog saya.. dengan rasmi diumumkan blogger femes Bro Ben Ashaari sebagai follower saya yang ke 45.. ni bukan nak menunjuk2 ye.. cuma nak bagitau jer.. Tak sangka beb.. blogger femes pun sudi nak follow blog saya yang serba kekurangan nih.. (ceh.. ayat tak bley blah..) Moga2 lebih ramai lagi blogger2 femes2 yang sudi mengfollow blog kami yang masih budak hingusan ni.. Nota : bila lah pulak Hanis Zalikha , Cik Epal , Liyana Lunia , ARCX13 & C-Tea nak follow blog saya ye.. (diorang nak ke follow saya.. ekkk??)

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua rakan2.. hari ni Bro Ben buat segmen lagi.. siapa2 yang nak join boleh lah klik kat  SINI  . Saya masih mentah lagi dalam dunia per"blog"an ni.. so harap maaf lah jika terdapat banyak kekurangan dalam coretan saya.. baru nak mengasah bakat lah katakan.. hehe.. ada ke bakat ekkk??.. bajat mengarut jer kot.. Apa pun terima kasih lah kepada rakan2 yang sudi mengkritik blog saya ni ya.. Insyaallah.. mana yang baik akan dijadikan tauladan..  Nota : Kalau ada sumur di ladang, bolehlah saya menumpang mandi, kalau ada masa yg panjang, bolehlah kritik seikhlas hati..

Kegilaan Burung Yang Marah a.k.a Angry Bird

Imej
Sekarang ni memang tengah musim orang2 gila main game Angry Bird ni.. puteri2 saya pun sama.. yg kecik tu siap dah sampai habis semua level dia settlekan.. hehe.. saya pun ikut main jugak.. cuma takde lah sampai habis lagi.. masa tak mengizinkan daaa.. kalau main kat opis nanti semua kerja tak jadi pulak.. Siapa2 yang belum pernah try game ni.. korang boleh tengok preview dia kat bawah ni.. Memang seronok main game ni.. menguji minda gitu.. kalau tengah jem kepala otak tu boleh ulang berkali2 satu2 stage tu.. Kalau korang guna browser Google Chrome.. korang boleh main online.. takyah install.. pergi je  SINI  pastu boleh terus main.. Kalau korang tak nak main online, korang boleh jugak donlot yang PC version punya kat  SINI  . Yang ni version terbaru Angry Bird Rio namanya. Best wooo!!!.. Untuk version ni ada 6 episod dengan 30 level untuk setiap episod.. jadi cubalah try test.. Yeahhhh.. jom layan Angry Bird.. 

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...

Imej
Tengah2 blogwalking tadi terjumpa pulak segmen Lulu Caldina terjah blog saya.. terus ter"join" skali.. bukan apa.. saya ni budak2 baru belajar nak berblog.. jadi dengan mengikuti segmen2 seperti ni lah dapat saya menambah kengkawan blogger..  Apa lagi kengkawan marilah terjah blog saya.. Insyaallah banyak isu2 serta info2 menarik untuk dikongsi bersama.. Kalau rasa nak join segmen Lulu Caldina nie boleh lah klik kat  SINI .

Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Singapura

Imej
Tamat sudah perlawanan.. keputusan akhir Malaysia 3 - Singapura 5.. Syabas diucapkan kepada pemain-pemain pasukan kita.. walaupun kalah tetapi kalah bermaruah dee.. sebabnya pasukan kita purely 100% Malaysian.. tak main la awang import..  Jumpa lagi Singapura di Kuala Lumpur pada 28 Julai nanti.. Kami akan berjuang hingga titisan peluh yang terakhir.. Malaysia BOLEH!!!!!!!!!...

Malaysia Lawan Singapura 23.07.2011

Imej
Malam ni akan berlangsung perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014, Pusingan Kedua Perlawanan Pertama antara Pasukan Kebangsaan Malaysia lawan Pasukan Singapura. Venue di Stadium Singapura, start pukul 7.30 mlm, ada live di TV2 dan Astro Arena.. Untuk siapa2 yang tak berkemampuan  berkesempatan pergi stadium.. jom kita ramai2 duduk depan TV @ kat big screen kedai2 mamak untuk bagi support kepada pasukan kita.. Malaysia Boleh!!!! Cer Teka Cer Teka.. berapa gol kita dapat score dengan Singapore malam ni.. Saya agak lah.. Malaysia 2- Singapura 1.. Malaysia BOLEH!!!!!

Suami Ugut Bunuh Isteri Minta Baju Raya

Haih,, apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni.. belum pun puasa dah ada cerita isteri kena pukul dan di ugut bunuh hanya kerana si isteri minta dibelikan baju raya baru.. Sepatutnya benda2 camni tak jadi isu yang besar kalau suami dan isteri tu bermuafakat dan saling berbincang. Ni baru pasal baju raya jer dah berkelahi dan bertinju.. belum lagi bab kuih raya, langsir raya, sofa raya dan yang fofuler.. balik raya.. Dalam kes ni sepatutnya si suami pun tak lah boleh belasah si isteri tu sampai lebam2 camtu.. time "nak" bukan main lagi manis ayat.. Si isteri pun jangan lah mendesak sangat.. setakat baju raya.. tak mati pun kalau tak beli yang baru.. bersyukurlah dengan apa yang ada.. nak minta pun tengok lah kemampuan suami tu.. mungkin waktu dia minta tu timing salah.. suami memang tengah kering.. tu yang naik hangin tu.. Apa pun.. untuk kerukunan rumahtangga korang bolehlah tengok di sini  PETUA KERUKUNAN RUMAHTANGGA  . Siapa2 yang nak tahu lebih lanjut boleh

63 PETUA KEKALKAN KERUKUNAN RUMAH TANGGA

Assalamualakum dan salam sejahtera rakan2 semua..  Selamat berhari Sabtu.. kepada yang bercuti tu selamatlah bercuti dan kepada yang kena bekerja seperti saya.. huu.. selamat bekerja.. mood malas nie.. Ok.. siapa yang tak kenal Datuk Dr Fadzilah Kamsah?? tentu ramai yang kenal kan. Di sini beliau ada memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga. 1. Doa yang berterusan. 2. Patuh ajaran agama. 3.. Murah dengan pujian. 4. Murah dengan khidmat. 5. Murah dengan belaian kasih sayang. 6.. Murah dengan sentuhan. 7. Mencari kebaikan pasangan. 8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda. 9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran. 10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan. 11. Menilai diri daripada perspektif pasangan. 12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur. 13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara. 14. Menilai dan memberi keutamaan

Mengingati Allah

Alhamdulillah..  selesai sudah menunaikan Solat Jumaat hari ni.. Tajuk khutbah hari ini ialah "Mengingati Allah"..  dimana dengan mengingati Allah  hati kita akan jadi tenang & tenteram. Insyaallah..

Keberkatan Dan Kelebihan Hari Jumaat

Imej
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan.  Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W. Penghulu Segala Hari Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adal

Keputusan Perlawanan Persahabatan - Malaysia lwn Chelsea : Malaysia Kalah Tipis.

Imej
Gambar : Pemain Chelsea, Fernando Torres & Pemain Malaysia, S Subramaniam. KUALA LUMPUR:  Skuad Pilihan Malaysia tewas tipis 0-1 kepada kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Khamis. Gol  The Blues  dijaringkan penyerangnya, Didier Drogbar pada minit ke-78 melalui jaringan kontroversi yang dibantah oleh pemain Malaysia yang mendakwa bola tidak melepasi garisan gol. Bagaimanapun pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh mengesahkan jaringan tersebut. Pada minit-minit terakhir anak-anak buah Ong Kim Swee cuba memberi tentangan sengit kepada pasukan Chelsea yang dibarisi pemain-pemain bintang mereka, bagaimanapun sia-sia. Dipetik dari mStar Online. Walau apa pun.. ini cuma perlawanan persahabatan.. kalah menang adat permainan.. kalau tengok dari tahap permainan pun kita dah tau.. memang tak sama level.. so terima ajelah apa keputusan..