Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Pesta Konvokesyen UTHM..

Imej
S emalam hujung minggu ni adalah hari untuk berehat dan bersantai-santai bagi mereka-mereka yang bekerja macam aku ni..  tapi kalau dok bersantai jer kat rumah tengok TV dan last sekali TV tengok aku pun tak best jugak.. Kebetulan minggu ni ada pesta konvo sempena hari konvokesyen di UTHM.. dekat jer dengan rumah aku.. jalan kaki dalam 2 jam sampailah..   Maka aku pun ajaklah Mrs WiE dan si bungsu gi pesta konvo ni gi jalan-jalan dan cuci mata tengok-tengok apa yang ada kat sana.. si bungsu.. montel tak?? tapak pesta.. masjid UTHM yang tersergam indah.. motorshow pun ada.. perghhh.. nanti keta aku pun nak buat pintu camni.. Mrs WiE & si bungsu.. banyak tu piala!!! mau pekak kalau naik keta nih.. lip.. lap.. lip.. lap.. dah macam kereta berhias pulak.. siap ada tv lcd lagi..

Nah Rasakan Flying Kick Aku!!!!

Imej
Foto : Reuters Ahaks... ni nak main bola ke nak berkuntau.. dah macam orang berkungfu lah pulak.. hehe.. jangan salah sangka.. ni cuma camera trick jer ni.. kalau betul-betul dah masuk spital player lawan tu..

Semoga Cepat Sembuh

Petang ni sampai kat Hospital Pantai Ayer Keroh untuk melawat atuk saudara yg dah 2 minggu masuk wad sebab darah beku kat kepala. Masih kat ICU lagi.. Moga dia cepat sembuh. Amin. Published with Blogger-droid v1.7.4

10 Perkara...

Imej
Hari ni aku nak buat entry kopipes yang aku rasa patut kita semua tahu.. Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Disini akan didedahkan 10 daripadanya! 1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahan dalam kandungannya!. 2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian. 3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak

Pilih Bulu!!!

Hari ni bawak la famili shopping kat C4 Batu Pahat, adalah kaunter promosi white coffee feveret aku. Time kaum dia lalu bukan main lagi dia promote bagi try.. bila time aku lalu dia buat derkkk jer.. Sampai aku siap pura-pura tanya baru dia offer try.. Karang aku cakap racist marah pulak.. Tapi memang nampak sangat pilih bulu!!!.. Buat management C4, tolong lah bagi class sivik dekat staff korang tu.. Kata 1Malaysia.. Published with Blogger-droid v1.7.4

Rahsia Handphone Anda..

Imej
Hari ni aku nak kongsi satu rahsia.. rahsia ke??.. rahsia lah kot bagi siapa-siapa yang belum tau kan.. kepada yang dah tau tu bolehlah share penemuan korang kat sini ya.. Ceritanya begini.. untuk mengetahui status kedaraan keaslian telefon bimbit korang.. korang bolehlah buat seperti ini..  mula-mula sila taip *#06#  pastu akan keluarlah no IMEI (International Mobile Equipment Identity) hp korang..  kemudian korang tengok pada angka yang ke 7 dan 8. ... Contoh : 358671017470473 ... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01 maka itulah no pengenalan negara atau tempat kelahiran hp korang.. 02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH 08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA 01 atau 10: dari Finland = TERBAIK 00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK 13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA!!! jadi sekarang bolehlah korang check samada hp korang ni tiruan atau pun asli.. Wallahualam. P/S: hp aku samsung galaxy ace.. 04.. terbaik wokkkk...

Pengorbanan Seorang Isteri

Imej
First time tengok pict ni nak tergelak pun ada (memang dah tergelak pun..) nak nangis pun ada.. wife siapa lah yang malang nih sampai kena serkup dengan tong air.. sian dia.. gulap gulita dunia.. agak-agaklah kalau ya pun nak bawa tong tu.. jangan lah didera wife sebegitu.. Moral of the story.. kepada para-para suami.. hargailah pengorbanan isteri-isteri kamu sekelian.. janganlah kamu menganiaya mereka kerana sesungguhnya merekalah merupakan tulang belakang kita para suami..

#8: Wordless Wednesday

Imej
580hp Camaro ZL1 convertible kereta idamanku.. perghhhh.. kalau dapat ni merc ke bmw belum tentu dapat kejar...

Cantiknyaaaaa!!!!...

Imej
Hari ni lepas dari bawa wife aku jumpa doc untuk appointment di HSA, Johor Bahru.. kami pun singgahlah di Plaza Angsana.. serius.. walaupun selalu turun ke JB tapi aku jarang singgah sini.. last aku pegi sini rasanya dah lebih 10 tahun dulu kot.. Haa.. ni lah Plaza Angsana.. bukan plaza tol ye.. Sampai Plaza Angsana dah dekat pukul 2 petang.. sah-sah dah waktu Zohor kan.. so belum solat lagi kan.. jadi aku pun teruslah cari surau.. jumpa surau aku pun teruslah masuk untuk solat.. Masuk-masuk surau aku terus terpaku.. Masya Allah.. cantiknyaaaaa surau dia... dah macam mesjid pulak..  betul tak apa aku cakap.. cantik kan?? Seingat akulah sepanjang aku ke surau di shopping-shopping complex ni.. ni lah surau yang paling bersih, cantik dan selesa.. tak macam sesetengah shopping complex yang hanya menyediakan surau ala kadar saja.. sampai ada yang nak ambil air sembahyang pun kena pergi toilet. Syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Plaza Angsana yang prihatin kep

Celup Jangan Tak Celup..

Imej
H aa.. jangan salah tafsir pulak title post aku ni.. sebenarnya aku nak cerita pasal teh.. Teh!!!!!.. yaaaa.. betollll.. Teh sememangnya telah diakui di seluruh dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia. Ada teh boh.. teh lipton.. dan macam-macam lagi.. Dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran semua golongan masyarakat baik yang tua dan yang muda. Pada awal tahun ini, kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.  Maka terdapatlah cadangan supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang. Namun, korang harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri. Cumanya kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang. Amaran : Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit. Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta 

Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina

Imej
Wow.. Lulu buat giveaway la hari ni.. nampak best jer.. siapa yang terpilih akan dapat keychain burung yg marah lagi.. so apalagi.. jom kita ramai-ramai join.. siapa berminat boleh klik di  SINI .

Kata-Kata Prof. Ungku Aziz

Imej
haaa.. agak-agak korang lah dari 1~7 ni.. korang yang mana satu?? Komen.. jangan tak komen ya.. 

"JOIN KREW InI Kisah Tia"

Imej
Kesian Tia, bloglist dia dah hilang.. so kat sini aku nak ambik kesempatan join bloglist Tia.. siapa-siapa yang berminat bolehlah join sama.. korang boleh lah klik di  SINI  kalau nak join sama.

Nak Tegur Biarlah Beralas..

Imej
macam ni lah adat kita orang melayu.. nak menegur pun ada caranya.. penuh berbudi bahasa.. kalau tak paham lagi tu tak tau lah nak kata apa..

Tazkirah Jumaat : 99 Nama Allah

Imej
Salam Jumaat buat rakan2 blogger sekalian, Jom kita ingat2 balik nama2 Allah yang 99.. kalau kat johor ni kita memang dah di didik untuk menghafal nama2 Allah ni waktu sekolah agama lagi.. so untuk refresh memori kita jom layan vc nie.. Banyak fadhilatnya menghafal nama2 Allah @ Asma Ul Husna ni..  Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari. (fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi). 1. “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati. 2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah. 3

Nico Rosberg Sebenarnya Kerja Pam Minyak!!!!

Imej
Salam 1Blogger.. Haha.. mesti gempak korang baca title post aku ni.. kisahnya begini.. dalam berita tv3 semalam ada berita tentang si Nico Rosberg ni kerja pam minyak dekat stesen petronas..  Gila apa.. si Nico Rosberg ni nak kerja pam minyak.. dah tak cukup ker gaji dia sebagai pemandu formula 1 mercedes tu?? Hehe.. jangan "tipah tertipu bangggg..".. sebenarnya ni adalah satu program surprise oleh petronas untuk pengunjung bertuah dekat stesen minyak diaorang.. so siapa-siapa yang bertuah ni akan di dibantu mengepam minyak ke kereta mereka oleh si Nico ni.. Perghhhh. bertuah badan.. dapat jumpa pelumba formula 1.. pastu siap ditolong isikan minyak kat kereta diorang pulak tu.. jeles... jeles..  Bila la agaknya dia nak datang dekat stesen petronas dekat tempat aku ni????.... Kalau korang nak tengok sedutan berita tu bolehlah klik di sini..  SINI

Di Buku Ini - Amy Search & Inka Christie

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Siapa yang tak kenal Amy Search?? Aku antara yang membesar dengan lagu2 dendangan Amy dan Search ni.. Memang berhantu lagu2 dia.. rugi siapa2 yang tak dengar lagu dendangan beliau. Hari ni dapat update dari wall Amy Search.. video clip lagu Di Buku Ini nyanyian Amy & Inka Christie. Khabarnya lagu ni dah lama.. cuma tak pernah disiarkan di radio dan tv Malaysia. Sebab apa?? Wallahualam.. agaknya sebab dia bukan kroni kot.. Sekali dengar aku dah tertarik dengan lagu ni.. Amy punya suara memang power.. so aku share kat sini untuk korang.. Jom layan... chiaoooo...