Ad

Ahad, 30 September 2012

SMS yang tak diundang. Apa nak buat?

Hari ni tiba-tiba dapat mesej ni. Yang peliknya, Wie takde pula subscribe pun. Ciss.. ni mesti kerja orang yang nak cari duit cara mudah dengan cara CURI kredit henpon kita dengan cara hantar mesej-mesej mengarut ni. Wie rasa modus operandi diorang ialah dengan randomly registerkan nombor kita dalam sistem diorang.

Kawan-kawan Wie dah ramai yang terkena dengan sms durjana ni sampai ada yang habis kredit diorang dikerjakan, tak sangka pula kali ni Wie pula yang dapat.

Jadi apa perlu kita buat bila kena camni?? Call telco? Tak banyak membantu, habis-habis pun dia bagi nombor telefon syarikat tu suruh kita call sendiri cancelkan.

Wie try ikut arahan yg diberi dalam sms tu, mula-mula tak berjaya. Setelah Wie try hantar STOP All barulah servis tu berjaya di cancelkan.

Pada pendapat Wie, SKMM patut ban jer servis mengarut camni, bukannya kita perlu pun malah menimbulkan masalah kepada kita jer adalah. Kalau takde servis camni pun tak jadi kudis pada kita.

Published with Blogger-droid v2.0.9

4 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum wie...memang menyusahkan kalau dpt sms yg mcm ni...:)

JR berkata...

Saya pun dulu2 pernah terima SMS sebegitu, masa mula layan juga tapi lama2 rasa buang masa saja..lebih baik buat tak tau aje...

izfanora berkata...

hantar ke mana ye bila dah tulis STOP ALL? plz reply me.. tq..

.*.WiE.*. berkata...

@izfanora hantar STOP ALL tu ke nombor yg hantar mesej kepada kita tu.. Nombor yg 5 angka tu.