Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Ustaz Azhar Idrus : Terbaikkkk!!!!!

Imej
Hari ni buka FB dan terbaca satu update dari member Wie mengenai hukum merenjis pelamin pengantin. Wie nak share dengan korang jawapan yang pada Wie memang terbaik dari Ustaz Azhar Idrus, ni kalau tak paham jugak tak tau lah.  Apapun adat-adat jugak tapi agama kenalah didahulukan. Yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal jadi janganlah kerana adat, agama tergadai. Adat saja tak kan dapat menjamin kita masuk syurga.  Wallahualam.

Percutian Ke Kuching - Part 3

Imej
Ok, ni entry yg tertunda2 dah berbulan2 dek kerana M besar sedang melanda.. so korang layan jer part terakhir percutian Wie ke Kuching ni ye.. Hari ke tiga kami di Kuching.. destinasi kami seterusnya ialah melawat ke Kampung Budaya Sarawak.. walaupun tiket masuknya boleh lah dikategorikan sebagai agak mahal (RM60 sorang) tetapi mengenangkan kesempatan ini hanya datang sekali sekala maka Wie pun pejamkan mata.. buka wallet dan bayar.. bak kata orang tua-tua.. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. yeahhh.. akhirnya berjaya menjejakkan kaki di sini.. sarawak cultural village.. Di dalam ni terdapat rumah-rumah tradisi kaum-kaum yang terdapat di Sarawak ini.. kita akan dapat merasai sendiri pengalaman berada di rumah-rumah tradisi mereka. pendek kata dengan berkunjung ke sini akan lengkaplah pengembaraan kita ke bumi kenyalang ini.. dalam cultural village.. boleh tengok rumah-rumah budaya sarawak.. Wie menghabiskan masa seharian di sini untuk mela