Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Daripada Nya Kita Datang Dan Kepada Nya Kita Kembali

Imej
In'nalillah Wa In'nailaihi Rajiuun.. Tengahari tadi Wie terima perkhabaran seorang saudara (makcik kepada adik ipar) Wie telah kembali ke rahmatullah kerana sakit. Jadi Wie pun skip kerja awal untuk menghadiri majlis pengkebumian allahyarham. Sempatlah juga Wie menyertai sembahyang jenazah yang diadakan di surau Kg Parit Rasipan. Alhamdulillah.. walaupun hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya petang ini tetapi dengan izin Allah hujan pun reda untuk membolehkan jenazah allahyarham dikebumikan. Al-Fatihah untuk arwah semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan menjadi ahli syurga. Amin. Published with Blogger-droid v2.0.9

Majlis Perkahwinan Bro Framestone - Selamat Pengantin Baru Bro!!!

Imej
Alhamdulillah.. hari ni Wie dan famili telah menghadirkan diri di majlis persandingan blogger otai " Bro Framestone ".. Majlis di sebelah pihak perempuan yang kebetulan dekat bebenor dengan rumah Wie.. jalan kaki pun boleh sampai.. Selamat pengantin baru.. Bro Framestone & Iera Kan. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Bro Framestone dan isteri dari Wie sekeluarga.. semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu akhir hayat.. Amin.. Dah datang.. jangan lupa sain autograph ye.. Kebetulan sewaktu Wie sampai ke tempat majlis pengantin baru nak mula makan berdamai.. ehh.. biar betul!! belum apa-apa dah gaduh dulu ke sampai nak kena makan berdamai??.. opsss.. namanya saja ye makan berdamai.. diorang tak gaduh pun.. happy jer.. sedang makan berdamai.. ni nak potong kek ke nak cincang.. bro.. alolo.. so sweet.. Dan yang paling mengujakan selain dari dapat berjumpa Bro Framestone dan isteri secara live.. Wie juga dapat jumpa de

BR1M 2.0

Imej
Seperti yang korang semua dah sedia maklum, kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia @ BR1M 2.0.  Bagi penerima BR1M yang sedia ada tidak perlulah lagi mendaftar semula dan untuk pemohon baru yang layak korang bolehlah mendaftar secara online DISINI  atau pun secara manual dengan mendownload borang  DISINI , lepas lengkapkan borang bolehlah hantar ke cawangan LHDN yang berdekatan. Kalau korang nak tahu korang layak tak untuk memohon BR1M ni bolehlah tengok  DISINI  . P/S : Selamat memohon, dah dapat nanti bolehlah belanja Wie ye.. hehe.. lepas baca tolong klik kat sini ye kawan-kawan :  http://bitly.com/Sf6DZ3