Ad

Isnin, 29 April 2013

Tong Sampah Baru!!!

Salam Semua Bloggerian,

Alkisahnya Wie dapatlah surat jemputan untuk mengambil tong sampah 
percuma pemberian SWM, majlis diadakan pada hari sabtu lepas
di dewan terbuka Taman Manis 2 bersebelahan taman rumah Wie. 
Waktu pengagihannya dari 10 pagi sampai 5 petang, 
oleh kerana Wie bekerja sabtu tu jadi Wie minta balik awal sikit..
 jadi petangnya Wie pun pergilah ke tempat tu lebih kurang pukul 4.. 

Mak aiii!!!.. orang masih lagi ramai menunggu giliran..
ingatkan pergi dah petang-petang ni orang dah tak ramai.. 
Aduhhh.. nak tak nak Wie pun beraturlah untuk ambil nombor giliran..
lepas dah dapat nombor giliran.. baru nak snap-snap gambar..
 tiba-tiba nombor Wie dah dipanggil.. aikkk.. cepat bebenor.. 
rupa-rupanya dia bagi nombor tu ikut taman.. dan taman tempat 
Wie duduk tu kecik aje.. jadi tak ramai.. tu yang cepat.. 

Alhamdulillah.. tak lah perlu menunggu lama.. 
tak sampai 10 minit urusan dah selesai dan
dapatlah tong sampah baru.. Yeaayyyy!!!!


kakitangan SWM tengah memunggah turun tong-tong sampah yang nak diagihkan..

ramai juga yang sedang menunggu giliran.. belakang Wie pun ramai lagi.. tak sempat nak snap..




p/s : free free jugak tapi kalau hilang siap nak kena buat report polis tu.. ni yang risau nak letak kat luar ni.. agak-agak kalau buat tong sampah kat dapur je boleh tak?



5 ulasan:

wisata outbound berkata...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Mas Zull berkata...

assalamualaikum wie...yer la mama pun ada dapat juga hari tu...kena jaga x boleh letak luar takut juga hilangnya...;)

.*.WiE.*. berkata...

Waalaikumussalam.. Mama.. tu lah kan.. nak letak luar tapi takut hilang diambil orang.. mahal harganya kalau nak kena beli sendiri.. camni kita pasang rantai jelah.. ;)

NORSHAHFEZA HAMSAN berkata...

heheh sapelah yg nk curi tu kan, memg xpatot betol

.*.WiE.*. berkata...

@NORSHAHFEZA HAMSAN zaman sekarang.. apa je yg org xcurik..