Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nama-nama Allah

Tazkirah Jumaat : 99 Nama Allah

Imej
Salam Jumaat buat rakan2 blogger sekalian, Jom kita ingat2 balik nama2 Allah yang 99.. kalau kat johor ni kita memang dah di didik untuk menghafal nama2 Allah ni waktu sekolah agama lagi.. so untuk refresh memori kita jom layan vc nie.. Banyak fadhilatnya menghafal nama2 Allah @ Asma Ul Husna ni..  Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari. (fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi). 1. “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati. 2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah. 3