Murid Mati Makan Juadah Berbuka!!!
Terkejut beruk aku membaca berita pagi ni.. Seorang murid tahun 5 mati setelah menikmati juadah berbuka yang dibelikan bapanya.. ingatkan kena racun ke apa.. rupanya dia disyaki mengalami keracunan makanan..
Dia dikatakan mengalami muntah dan cirit-birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa.. selain itu hampir seluruh ahli keluarganya juga mengalami simptom yg sama sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital..
juadah yang dikatakan punca keracunan.. wallahualam.. |
Apa nak dikata lagi.. perkara dah terjadi.. cuma di harap semua pihak kenalah mengambil iktibar.. kita sebagai pembeli kenalah berhati-hati sewaktu membeli dan para peniaga pun janganlah hanya memikirkan keuntungan semata-mata.. kebersihan makanan terutamanya kenalah dijaga.. berniaga biarlah ikhlas..
Dari pengalaman aku membeli juadah di bazar ramadhan ni.. kebanyakkan peniaga mengabaikan aspek kebersihan ni.. selalu aku perhatikan mereka mengambil makanan tanpa memakai sarung tangan dan membiarkan lalat hinggap atas makanan sesuka hati..
Kadang-kadang tu juadah yang dibeli bila nak dimakan je dah berbau dan hampir basi.. dahlah harga boleh tahan mahal sekarang kalau kena camni dah tak boleh makan.. membazir jer..
Kalau korang nak baca cerita penuh silalah klik Murid Mati Makan Juadah Berbuka .
Ulasan
jd, jgn ambil remeh kalau sakit perut.
mungkin sebab lain...
Acapsuur(>,<)