Astro ke AssTerok??!!!

Hari ni aku dapat call dari customer service assterok astro.. dipendekkan cerita dia tanya samada aku nak tukar dekoder lama aku dengan dekoder baru Bengong Byond ke apa tah..


ni lah benda alahnya.. tukar kaler dgn design jer..




A : boleh bercakap dengan en. Wie
W: ya.. bercakap..


A: kami wakil dari astro sedang membuat promosi penukaran dekoder astro lama kepada astro byond secara percuma.. semua kos termasuk kos pemasangan.. bla..bla..bla.. adalah percuma..
W: ok.. lagi.. 


A: segala2 nya percuma.. encik cuma akan dikenakan tambahan bayaran sebanyak rm20 untuk caj bulanan..
W: takpe lah.. buat masa ni saya tak berminat.. lain kali ajelah ya.


A: eh.. kenapa pulak encik.. kalau encik tak tukar sekarang sekiranya dekoder lama encik rosak.. encik kena bayar untuk repair.. untuk dekoder baru ni jaminan sepanjang hayat cik.. kalau encik tak tukar sekarang lepas ni dah tak ada promosi camni lagi.
W: yg tu saya tau.. cuma part tambah rm20 tu saya tak berminat.. cuba awak kira kalau setahun dah berapa?.. rm240.. banyak tu.. (aku pun malas nak berhujah panjang2..)


A: kalau macam tu takpelah cik.. terima kasih.
W: sama-sama kasih..

banyak punya cantik.. senang2 je nak untung.. upgrade sikit.. tukar dekoder baru.. pastu suruh kita tambah bayaran.. pastu siap saiko orang begitu begini lah.. piiiiraaahhhhh!!!!!


aku dah melanggan perkhidmatan ko berapa lama.. apa yang aku dapat?? sepatutnya bagilah customer yang setia macam aku ni upgrade semua free.. caj pun tak naik.. barulah namanya menghargai pelanggan.. ni sikit2 nak ketuk pelanggan.. piiiiraaaahhhhhh!!!!








p/s: ni lah jadinya kalau perniagaan monopoli.. pelanggan boleh diperkotak-katikkan macam bola..



Ulasan

LURZAN TAZA LIMAJ berkata…
saye xpernah subscribe astro, huhuuuuu
Nurrul Hazieqah berkata…
Betul2..... kalau tak jujur.. cmnie lah :)
KuNanGKuNanG berkata…
sy lg senang,xde astro pun..hehehe
Unknown berkata…
iye betul2 astro cekik darah

Catatan popular daripada blog ini

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...