Ad

Isnin, 25 Jun 2012

Nak Kupon McD??

Buat korang yang terlepas kupon diskaun Mcd yang berakhir pada 24/6 yang lalu, ini ada berita baik untuk korang.

Mcd telah meng"extend" offer untuk sebiji burger Sausage McMuffin selama satu minggu lagi, jadi barang siapa yang berhajat untuk mendapatkannya bolehlah print kupon diskaun di sini ye..  http://www.mymcd.com.my/coupon/?page=Jun12/SME1.png

Diulang sekali lagi.. Kupon Diskaun ye bukan Free tau.. Hehe.. Harganya tinggal RM2.50 je, kira berbaloi lah kan, jadi apa lagi jom ramai-ramai ke Mcd.

P/s: err.. ada ke yang nak belanja Wie??

Published with Blogger-droid v2.0.6

Ahad, 24 Jun 2012

Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis


As salam,

Berita yang baru Wie terima, Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus yang sedang menjadi fenomena dan sebutan di seantero Malaysia akan mula berkuliah di Astro Oasis.

Beliau akan mula bersiaran pada 3 Julai 2012 pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis pada pukul 7.30 malam.

Jadi kengkawan semua jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kuliah beliau, sesiapa yang pernah mengikuti kuliah beliau pasti tahu bagaimana aura yang ada pada beliau.

Jom kita tambah-tambahkan saham akhirat kita. Dunia-dunia juga akhirat jangan dilupa.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Rabu, 13 Jun 2012

Wordless Wednesday

Subahanallah.. Indah sungguh pemandangan di tepi sawah ni.. Wie ambik gambar ni dekat2 area Bidor..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 11 Jun 2012

Bantuan Dan Keperihatinan Anda Diperlukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bila Wie dapat post di fb mengenai penyakit adik Nurul Huda ni rasa sedih dan kasihan mendengar penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh adik ini. Allah itu maha besar dan maha mengasihani. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.


Marilah kita sama-sama membantu sedaya dan semampu kita semoga sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh adik Nurul Huda dan keluarganya.


Semoga Allah akan membalas kita atas kebaikkan yang kita lakukan. Insyaallah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, 6 Jun 2012

Dalam Kenangan

Hari ni sudah 2 hari Comel pergi meninggalkan kami.. Rindu dia sangat-sangat.. Semoga damailah kau disana..


Published with Blogger-droid v2.0.4