Ad

Isnin, 29 April 2013

Tong Sampah Baru!!!

Salam Semua Bloggerian,

Alkisahnya Wie dapatlah surat jemputan untuk mengambil tong sampah 
percuma pemberian SWM, majlis diadakan pada hari sabtu lepas
di dewan terbuka Taman Manis 2 bersebelahan taman rumah Wie. 
Waktu pengagihannya dari 10 pagi sampai 5 petang, 
oleh kerana Wie bekerja sabtu tu jadi Wie minta balik awal sikit..
 jadi petangnya Wie pun pergilah ke tempat tu lebih kurang pukul 4.. 

Mak aiii!!!.. orang masih lagi ramai menunggu giliran..
ingatkan pergi dah petang-petang ni orang dah tak ramai.. 
Aduhhh.. nak tak nak Wie pun beraturlah untuk ambil nombor giliran..
lepas dah dapat nombor giliran.. baru nak snap-snap gambar..
 tiba-tiba nombor Wie dah dipanggil.. aikkk.. cepat bebenor.. 
rupa-rupanya dia bagi nombor tu ikut taman.. dan taman tempat 
Wie duduk tu kecik aje.. jadi tak ramai.. tu yang cepat.. 

Alhamdulillah.. tak lah perlu menunggu lama.. 
tak sampai 10 minit urusan dah selesai dan
dapatlah tong sampah baru.. Yeaayyyy!!!!


kakitangan SWM tengah memunggah turun tong-tong sampah yang nak diagihkan..

ramai juga yang sedang menunggu giliran.. belakang Wie pun ramai lagi.. tak sempat nak snap..




p/s : free free jugak tapi kalau hilang siap nak kena buat report polis tu.. ni yang risau nak letak kat luar ni.. agak-agak kalau buat tong sampah kat dapur je boleh tak?



Akhirnya Dapat Dekoder Astro Baru..

Salam Bloggerian Semua,

Minggu lepas Wie dapatlah panggilan dari Astro..
mengatakan mereka akan hantar kontraktor untuk menukar 
piring terbang  satelit dan dekoder lama Astro Wie 
kepada yang baru.. B-yond..

yang bestnya tak ada caj tambahan untuk HD sebab Wie 
memang tak berhajat ambil pun.. sebelum ni memang diorang asyik 
call je suruh tukar tapi kena tambah caj bil RM20..
so bila fikir-fikir setahun kena bayar extra RM240 terus reject je.. 
dari bazir RM240 tu baik Wie simpan buat gi jalan-jalan lagi baik.. hehe..

Bila mereka kata tak ada caj tambahan, tak ada kontrak dan 
pemasangan percuma.. barulah Wie setuju untuk tukarkan 
set dekoder Astro Wie tu..
(hehe.. akhirnya berjaya juga Wie..)

Akhirnya petang sabtu lepas datanglah kontraktor pemasangan untuk 
menggantikan dekoder lama dan memasang dekoder yang baru..

banyak tu.. boleh jual dekat besi buruk ni.. 

Ah Bang (abang) kontraktor sedang melakukan kerja-kerja penggantian dekoder..

ni pula Ah Boboy sedang enterframe orang tengah buat kerja..

kecik je dekoder yang baru ni..

p/s: katanya dekoder yang baru ni lebih baik dari yang lama.. kalau hujan pun tak hilang-hilang channel.. harapnya begitulah..



Isnin, 22 April 2013

Cuti-Cuti Kota Kinabalu - Day 2

Ok.. sambung lagi dari Day 1..

Pada hari ke-2, awal-awal pagi lagi Wie dan famili dah bergerak menuju ke Kundasang untuk melihat keindahan ciptaan Allah.. gunung antara yang tertinggi di Asia iaitu Gunung Kinabalu.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam, dalam perjalanan kami melalui pekan Tamparuli yang terkenal dengan jambatan gantung iaitu Jambatan Tamparuli.. "Doi.. doi.. jambatan.. jambatan do tamparuli.." Cewahhh.. pandai pulak Wie menyanyi dalam bahasa Kadazan ni..

         
inilah dia Jambatan Tamparuli yang femes tu.. Wie tak berkesempatan berjalan melaluinya.. hanya lalu saja..

tu dia.. suasana pagi yang berkabus dan sayup-sayup kelihatan Gunung Kinabalu..
Wie sampai di kawasan Kinabalu Park lebih kurang pukul 8 pagi.. orang kata waktu yang sesuai kalau nak tengok Gunung Kinabalu ni sebelum pukul 10 pagi, kalau dah tengahari puncak gunung dah diselubungi kabus.
yeah.. akhirnya dapatlah menatap keindahan Gunung Kinabalu di depan mata..

ni penginapan yang ada di Kinabalu Park.. korang googlelah sendiri kalau berminat nak stay di sini..
ni pula di Pondok Timpohon.. pintu masuk dan starting point bagi sesiapa yang nak mendaki Gunung Kinabalu..

Lepas lepak-lepak sambil menghayati keindahan Gunung Kinabalu kami pun meneruskan perjalanan.. menuju ke Poring Hot Spring.. perjalanan lebih kurang sejam dari Kinabalu Park.. Sampai di sana apa lagi berendam sakanlah anak-anak Wie di kolam-kolam yang disediakan. yang bestnya disini.. kehangatan airnya boleh korang adjust sendiri.. ada disediakan paip air panas dan sejuk.. jadi pandai-pandailah kita campurkan..

di kawasan Proing Hot Spring..

Sementara anak-anak Wie berendam dalam kolam air panas, Wie dan wife pula meneroka satu lagi aktiviti yang menjadi tarikan disitu.. iaitu Canopy Walk.. haaa.. siapa yang takut pada ketinggian a.k.a. gayat tu janganlah nak gatal-gatal pergi cuba ye.. takut keras terpaku disitu pula.. memang seronok dapat meneroka dan melihat pemandangan sekeliling dari atas Canopy Walk ni.. seriusss.. cubalah..



Memandangkan hari pun dah hampir petang.. Wie decide untuk kami semua pergi melawat ladang teh Sabah Teh yang terletak kira-kira 30km dari Poring Hot Spring.. Di sini bolehlah kita shoping beli-beli teh Sabah Teh untuk dibawa pulang sebagai buah tangan untuk saudara mara..


Oppsss.. Lupa nak story.. di pekan Kundasang tadi kami singgah untuk membeli buah yang hanya terdapat di Sabah ni.. iaitu Buah Tarap.. buah ni di semenanjung memang tak jumpa punya.. kulit dia macam berus.. tapi lembut.. nak buka kopek je guna tangan tak perlu nak guna pisau segala.. baunya wangi, isinya kecil-kecil seperti buah cempedak dan seriously.. sedapppp.. nasib baik tak boleh bawa naik kapal terbang kalau tak Wie dah borong bawa balik.. 

nilah dia Buah Tarap.. serius.. korang kena try kalau datang ke sini

Ok.. selesai pengembaraan untuk hari kedua.. kerana kekangan masa banyak lagi tempat-tempat menarik di sekitar Kundasang yang tak sempat dilawati.. Insha Allah kalau ada rezeki lain kali kami return lagi ke sini.. kami bertolak balik ke Kota Kinabalu lewat petang.. perjalanan balik diselubungi kabus tebal walaupun jam baru menunjukkan jam 6 petang.. 

Tiba di Kota Kinabalu hari pun dah malam.. terus sambung shopping di Pasar Filipin lagiiiii.. borong jangan tak borong.. hehehe..

Ok.. bersambung lagi di Day 3..

Rabu, 3 April 2013

Jom Semak Daftar Undi Anda

Baiklah.. setelah parlimen dibubarkan hari ni 3 April 2013 maka akan bermulalah fasa baru dalam sistem demokrasi berparlimen di negara kita iaitu proses penamaan calon dan proses pengundian. 

Bagi yang dah cukup umur serta telah pun mendaftar sebagai pengundi, korang semua bolehlah mula menyemak status pengundi anda samada pengundi berdaftar atau pengundi hantu.. hehe..

Korang bolehlah semak status daftar pemilih di link ini:

                                SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

p/s : Selamat Mengundi kepada semua kawan-kawan. Undilah dengan bijak.



Wordless Wednesday : Parlimen Dibubar Hari Ini..

dipetik dari : mStar Online.


p/s : akhirnya penantian seluruh rakyat Malaysia terjawab juga.. marilah mari kita mengundiiiii!!!! yeayyyy!!!!