Ad

Selasa, 11 November 2014

Pengalaman Membeli Belah di Lazada

Alkisahnya hari tu Wie shopping online di Lazada, mula-mula tu risau jugak sebab selalu dengar pasal servis dia tak baguslah.. Barang hantar lambatlah dan macam-macam cerita lagi.

Maka bermulalah misi pencarian Wie di website Lazada.. Setelah dibandingkan dengan website-website shopping online yang lain maka Wie ambil keputusan untuk order di Lazada.. Sebab apa?.. Sebab Wie rasa lebih murah dan berbaloi dan yang lebih penting free shipping!!!.. Jadi takde extra kos.

Wie confirm order dan buat payment pada hari khamis malam, esoknya jumaat dapat email memaklumkan barang order Wie sudah pun dikourier dan tengahari sabtu barang pun sampai.. Cepat, pantas dan effisen servis diorang.

P/s : harap-harap bukan kali ini je dapat servis cengini..

Jumaat, 24 Oktober 2014

Selamat Tahun Baru 1436 Hijrah..

Pejam celik pejam celik hari ini sudah pun 29 Zulhijjah 1435 Hijrah.. beberapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru 1436 Hijrah..

Jadi marilah kita sama-sama menyambut tahun baru ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan kepada Nya.

Moga tahun baru ini akan membawa seribu rahmat dan keberkatan buat kita semua umat Islam.

Dan jangan lupa panjatkan doa kepada Nya kerana kepada Nya lah tempat kita meminta dan berlindung..

Selamat Tahun Baru 1436 Hijrah buat semua teman2 di alam maya, moga anda semua kaya dan berjaya dunia akhirat.

Selasa, 17 Jun 2014

Menang AirAsia Big Travel Wish..

Alhamdulillah.. terkejut bila terima email memaklumkan yang Wie dah menang travel wish dalam contest AirAsia BIG Travel wish campaign.

Tak tau lagi samada nak accept ke tidak.. tengah pertimbangkan lagi.

P/s: ada sesiapa yabg dapat offer camni tak? camne nak redeem ek?

Ahad, 4 Mei 2014

Cheezy Cheese Sedap..

Assalamualaikum dan selamat berhari minggu kepada yang bercuti hari ini.. kepada yang bekerja.. selamat bekerjalah ye..

Di hari ahad ni.. seperti biasa Wie tinggal berdua je suami isteri di rumah.. al maklumlah di Johor ni hari ahad sekolah jadi anak2 semua dah ke sekolah.

Pagi ni wife buat jemput2 kentang untuk sarapan pagi.. dan tugas Wie.. makan.. ehh.. tugas Wie bancuh Cheezy Cheese yang marvelous tu untuk dimakan bersama jemput2..

Senang saja nak bancuh Cheezy Cheese ni.. cuma masukkan air panas secukup rasa.. eh.. secukup cair atau pekat mengikut kesukaan kita.. nak cair bubuh air lebih sikit.. nak pekat bubuh air kurang sikit.. amacam.. simple kan..

Dah siap apa lagi.. jomlah kita makan.. hehe..

Ok.. sebenarnya Wie ada menjual Cheesy Cheese ni.. jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah like dan PM di fb/wiellashoppe atau boleh order terus di http://wiellashoppe.com/?p=i_mukmin_chezzy

P/S: Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak ye.

Selasa, 15 April 2014

Best ke Seminar Dr Azizan??

Assalamualaikum bloggerian semua,

Sabtu yang lepas Wie telah berkesempatan untuk menghadirkan diri di Seminar Bangkit Berniaga anjuran Richworks yang diadakan di Hotel Berjaya Waterfront di The Zon, Johor Bahru.

Sebut saja nama Dr. Azizan tentu ramai yang mengenali pakar pemasaran no.1 di asia ini.

Kesempatan menghadirkan diri ke seminar beliau memang tak ternilai.. dah lah percuma dapat pula buku beliau pun percuma juga.. siapa kata rugi memanglah dia tak tahu nak menilai..

Memang banyak cerita negatif tentang beliau yang kedengaran tetapi dari pemerhatian Wie sepanjang menghadiri seminar beliau rupanya cerita2 tersebut lebih kepada cerita2 orang yang iri kepada kejayaan beliau..

Apa pun tak rugi menghadirkan diri di seminar beliau kerana walaupun ianya merupakan sesi previu untuk kelas2 advance beliau tetapi sedikit sebanyak ianya dapat memotivasikan diri kita.

Dengan kehadiran khas Hj Asri, pakar pelaburan saham juga telah sedikit sebanyak menbuka mata kita khususnya orang2 melayu yang teramat kurang terlibat dalam jual beli saham.

Pada pendapat Wie tak rugi kita menghadiri seminar2 ni samada percuma atau berbayar kerana ia akan membantu memotivasikan diri kita.

Wallahualam..

Jumaat, 28 Mac 2014

Tazkirah Jumaat

Salam Jumaat buat semua.. kata2 Habib Syech buat renungan kita bersama.. semoga bermanfaat.. InshaAllah..

Isnin, 17 Februari 2014

Terima Kasih Nissan!!!

Alhamdulillah.. hari ni dapat surat daripada Nissan.. ingatkan apa tadi rupanya diorang bagi Wie voucher servis sebanyak RM20 kerana Wie dah participate dalam survey majalah DriveOn diorang..

Dapatlah Wie gunakan voucher ni untuk servis lepas ni.. jimat sikit..

Khamis, 16 Januari 2014

Yeayyy!!!.. Menang Big Points AA..

Al kisahnya.. hari tu adalah Wie join contest di AA facebook page.. saje2 cuba nasib.. tup..tup.. hari ni dapat email dari AA memaklumkan yg Wie dah menang 200 big points.. Alhamdulillah.. syukur.. bolehlah Wie gunakan untuk tebus free flight nanti.. sekarang tunggu AA ada buat promo untuk pemegang2 Big Card je.. hehe..


P/S: Siapa2 yg belum ada Big Card tu bolehlah register di SINI ye..


Jumaat, 3 Januari 2014

Ketahui Cara Mendapatkan Modal Bisnes PERCUMA!!!


Assalamualaikum..

Pada 2 minggu yang lepas Wie telah menghadiri Seminar Business Heroes oleh Jutawan Underground Haszoor Muaidi yang diadakan di Iskandar Malaysia, Danga Bay. Percuma je pun.. lumrahlah manusia ni suka kepada benda2 yang percuma kan.. (ni sifu Wie yg cakap ye.. hehe).

Walaupun seminar ni percuma tapi memberi banyak ilmu dan manfaat kepada semua yang hadir dengan dibarisi panel2 terdiri dari Jutawan Underground Haszoor Muaidi sendiri dan juga Pakar Modal saudara Azdi Khairil dan juga Pakar Perancang Kewangan saudara Amyr Abdul Hamid.

Walaupun sekejap tetapi banyak ilmu yang dapat Wie ceduk dan pelajari dari mereka.


Kepada mereka yang nak mula berniaga tetapi tak cukup atau tak ada modal.. Pakar Modal telah bermurah hati untuk memberikan Cara Pantas Mendapatkan Modal Bisnes secara PERCUMA. Apa yang perlu korang lakukan ialah pergi ke link ini Pakar Modal dan download ebook ini secara PERCUMA. Cepat sebelum tawaran ini ditutup.

P/S : Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.