Ad

Jumaat, 30 September 2011

Mengelak Kecurian, Di Rompak Dan Di Rogol Di Rumah Sendiri..

Hehe.. Jangan salah faham tajuk post aku ni.. aku cuma nak share tips ni aku dapat dari fb member aku yg aku rasa baik untuk di pengetahuan kita bersama.

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepuk mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.



Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

kredit: ct nafisa

Khamis, 29 September 2011

Halal JAKIM

Al kisahnya mulai 1 Januari 2012 hanya logo halal yang dikeluarkan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang diiktiraf dan boleh digunakan. Ini bermakna segala logo-logo halal yang digunakakan sebelum ni adalah tidak halal digunakan (hehe.. tak sah lah tu..)

Ni contoh logo halal yang diiktiraf ye..


Ni pulak contoh logo halal selain dari logo halal JAKIM.. status halalnya.. Wallahualam..

Diharap lepas ni kalau kita nak beli atau nak makan dimana-mana tengok-tengok lah pada logo halal JAKIM supaya kita lebih yakin status kehalalannya.. cuma jangan pula peniaga-peniaga ni ambil kesempatan dengan menggunakan logo halal ni tanpa mendapat kelulusan dari JAKIM. 

Pihak yang berwajib pula kenalah memantau dengan lebih rajin lagi bagi memastikan tempat-tempat makan yang memaparkan logo halal ni benar-benar terbukti kehalalannya.. jangan halal pada logo saja.. Wallahualam.

Rabu, 28 September 2011

#7 : Wordless Wednesday

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Rasanya dah lama aku tak hapdet belog ni dek kebizian yg melanda.. 
sampai dah nak berkulat kot..


Ni pelamin anganku musnah kot.. hahaha.. layankan ajelah..

Selasa, 20 September 2011

Resipi Hari Ini : Bandung Cincai!!??

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaaaa!!!!


Perghhhh.. dah lama rasanya aku tak berkesempatan untuk post entry baru dekat blog cabuk aku ni.. al maklumlah "busy" dengan hari raya.. kerja.. dan yang utama.. famili. 


Ntah ada ke tak lagi yang dok follow blog aku ni yek?? Aku rasa nak tukar lah blog aku ni jadi blog masakkan.. amacam.. ok tak??


Ok.. hari ni Chef Wie.. (hehe.. chef tu!!..) akan memberikan anda semua satu resipi yang sangat simple tapi sedap sebagai penyedap tekak di kala kedahagaan yang amat sangat... Cer tengok gambo yang aku snap ni..


haha.. terliur tak tengok gambo nih..




.. dan inilah bahan-bahan nya..


cara buat air bandung cincau ni.. cincai jer.. hehe..




amacam??.. senang tak nak buat nya??.. senang kan nak cari bahan-bahan nya?? korang buat cincai-cincai jer dah jadi punya..


cuba korang tengok bahan yang ke empat.. kalau korang terror.. cari lah sampai tak jumpa.. 


p/s : ni mesti kes nak cepat ni sampai taip pun salah.. kehkehkeh..







Isnin, 12 September 2011

Cara Menangani Caj Cukai Prepaid 2

selain dari cara menggunakan burung merpati untuk hantar mesej.. ada satu lagi cara lain untuk menghantar mesej roaming atau perayauan antarabangsa..


.

.

.

.

.


ni salah satu cara alternatif untuk hantar mesej ke seberang laut.. mesej dalam botol.. kalau guna merpati takut nanti dia mati kepenatan sebab jauh sangat.. jadi bolehlah try guna cara ni..






...dan boleh juga hantar burung merpati sekali kat dalam dia..






.. tapi jangan pulak hantar awek korang dalam botol macam ni kalau dah tak suka.. tak baik menyeksa sesama insan..



okay.. bersambung ke cara2 seterusnya.. kalau aku ada idea la.. kbaiiii..


Sabtu, 10 September 2011

Cara Menangani Caj Cukai Prepaid 1


korang kenal tak binatang ni??.. sure kenal kan.. ni lah nama nya pigeon a.k.a burung merpati..


menurut laporan dari sumber2 yang tidak boleh dipercayai.. dek kerana cukai untuk top-up prepaid yang akan bermula tak lama lagi.. permintaan untuk burung2 merpati semakin bertambah..


burung2 ini akan dilatih untuk menjadi utusan menyampaikan mesej sms yang ditulis atas kertas dalam usaha untuk menjimatkan kos.. dimana dengan sekali beli saja kita boleh menghantar seberapa banyak mesej selagi hayat burung tu.. haaa.. untung tu!!!!


P/S : ni idea mengarut aku waktu tension..



Jumaat, 9 September 2011

6 Peratus????!!!!! Cukai Talian Prabayar

" Semua pembelian tambah nilai, kad sim dikena caj mulai 15 September

KUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini. "







Al kisah start 15 sept nanti semua pengguna prepaid akan kena tambah 6% cukai untuk setiap pembelian top-up dan sim kad baru. secara kasarnya kalau korang top-up RM10 kena tambah cukai 6% jadi korang kena bayar RM10.60.. kalau top-up RM30 kena RM31.80.. RM50 kena RM53.. RM100 kena RM106.. walaupun nampak sikit.. kalau kumpul-kumpul jadi banyak tu!!!


Untuk yang berkemampuan mungkin tak jadi kudis.. tapi seperti yang kita tahu pengguna-pengguna prepaid ni majoritinya adalah golongan pelajar, penuntut IPT, pekerja2 swasta dan yang bekerja sendiri.. senang kata.. golongan yang berpendapatan rendah.. yang masih harapkan duit mak bapak dan biasiswa..


Seperti jugak aku yang bekerja swasta.. yang tak ada bonus raya dan bonus awal tahun.. purely mengharapkan gaji setiap bulan untuk survive.. yang tak dapat pembelaan dari kerajaan.. tak ada CEUPAC ke pejadahnya untuk bela kitaorang..


Benda-benda ni sedikit sebanyak akan meningkatkan kos sara hidup.. ditambah dengan harga barang-barang yang semakin melambung mutakhir ni.. 


Apa yang boleh kita boleh buat??.. nak boikot??!!.. benda ni dah jadi satu keperluan.. nak tak nak terpaksalah kita tadah jer..


Kepada kerajaan dan syarikat-syarikat telekomunikasi.. fikirkanlah benda ni dari sudut kebajikan rakyat sekelian.. jangan hanya mengejar keuntungan semata-mata!!!..





Rabu, 7 September 2011

Ermm.. Raya lum habis laa!!!

Assalamualaikum dan Salam Lebaran..


Diam tak diam hari ni dah 9 hari kita menyambut Syawal.. camne dengan raya korang semua?? dah habis beraya?? tentu best kan.. lagi-lagi yg masih dapat duit raya.. tentu seronok kumpul duit raya kan.. teringat waktu aku kecik-kecik dulu.. dapat 50sen pun dah cukup happy dah.. tapi kalau budak-budak zaman sekarang ni.. bagi 1 hengget pun dia akan pandang kita atas bawah.. siap bukak depan kita pastu cakap.. "singgit jer".. tapi aku dah siap-siap pesan kat anak-anak aku.. kalau orang bagi ambik kalau orang tak bagi jangan mintak pastu jangan buka depan-depan tuan rumah.. bukan apa.. kita pun faham.. kemampuan masing-masing tak sama..


Maaflah kerana dah lama tak update belog yang dah naik berhabuk ni.. sampai ada kawan-kawan yang post comment tanya.. hehe.. masih mood raya lah katakan.. kesempatan nak mengadap PC pun terbatas.. dah sibuk beraya ke rumah saudara mara.. malam pulak sibuk melayan anak-anak main mercun bunga api.. hehe..


Sempena raya ni jom kita layan VC Dato' Siti ni.. Nazam Lebaran...