Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Daripada Nya Kita Datang Dan Kepada Nya Kita Kembali

Imej
In'nalillah Wa In'nailaihi Rajiuun.. Tengahari tadi Wie terima perkhabaran seorang saudara (makcik kepada adik ipar) Wie telah kembali ke rahmatullah kerana sakit. Jadi Wie pun skip kerja awal untuk menghadiri majlis pengkebumian allahyarham. Sempatlah juga Wie menyertai sembahyang jenazah yang diadakan di surau Kg Parit Rasipan. Alhamdulillah.. walaupun hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya petang ini tetapi dengan izin Allah hujan pun reda untuk membolehkan jenazah allahyarham dikebumikan. Al-Fatihah untuk arwah semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan menjadi ahli syurga. Amin. Published with Blogger-droid v2.0.9

Majlis Perkahwinan Bro Framestone - Selamat Pengantin Baru Bro!!!

Imej
Alhamdulillah.. hari ni Wie dan famili telah menghadirkan diri di majlis persandingan blogger otai " Bro Framestone ".. Majlis di sebelah pihak perempuan yang kebetulan dekat bebenor dengan rumah Wie.. jalan kaki pun boleh sampai.. Selamat pengantin baru.. Bro Framestone & Iera Kan. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Bro Framestone dan isteri dari Wie sekeluarga.. semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu akhir hayat.. Amin.. Dah datang.. jangan lupa sain autograph ye.. Kebetulan sewaktu Wie sampai ke tempat majlis pengantin baru nak mula makan berdamai.. ehh.. biar betul!! belum apa-apa dah gaduh dulu ke sampai nak kena makan berdamai??.. opsss.. namanya saja ye makan berdamai.. diorang tak gaduh pun.. happy jer.. sedang makan berdamai.. ni nak potong kek ke nak cincang.. bro.. alolo.. so sweet.. Dan yang paling mengujakan selain dari dapat berjumpa Bro Framestone dan isteri secara live.. Wie juga dapat jumpa de

BR1M 2.0

Imej
Seperti yang korang semua dah sedia maklum, kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia @ BR1M 2.0.  Bagi penerima BR1M yang sedia ada tidak perlulah lagi mendaftar semula dan untuk pemohon baru yang layak korang bolehlah mendaftar secara online DISINI  atau pun secara manual dengan mendownload borang  DISINI , lepas lengkapkan borang bolehlah hantar ke cawangan LHDN yang berdekatan. Kalau korang nak tahu korang layak tak untuk memohon BR1M ni bolehlah tengok  DISINI  . P/S : Selamat memohon, dah dapat nanti bolehlah belanja Wie ye.. hehe.. lepas baca tolong klik kat sini ye kawan-kawan :  http://bitly.com/Sf6DZ3

Ibadah Korban

Imej
mooo.. aku mati dalam imannnn.. kerja2 melapah sedang dijalankan.. dah hampir selesai.. gotong royong cepat siap.. Sempena Hari Raya Aidiladha ni tentu korang semua pun sibuk juga kan.. tak kira lah.. sibuk bergotong royong melapah lembu atau sibuk melihat orang sembelih lembu.. jangan sibuk buat benda yang tak berfaedah sudah.. Hari ni Wie pun terlibat sama dalam program korban di kampung Wie.. Alhamdulillah.. program telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.. berkat gotong royong dan muafakat sesama penduduk. Dua ekor lembu telah berjaya dikorbankan dan semoga mereka yang melakukan ibadah korban ini akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Amin. Wallahua'alam bissaw'wab.. Published with Blogger-droid v2.0.9

Wordless Wednesday

Imej
Dah tua dah Chubby.. masih nak nenen lagi.. Published with Blogger-droid v2.0.9

Facebook Dah Tukar Eh??..

Imej
Haa.. terkejut Wie bila nak login fb dari pc tadi..  tetiba muncul gambar mamat dan minah nih..  login fb dah tukar eh??..  agaknya lah kot.. bila check addressnya.. betul..  so betullah tu fb dah transform..  bukan apa takut jugak ada yang nak hack fb kita kan..  p/s : login fb korang pun camni jugak ke??

Wordless Wednesday

Imej
Subahanallah.. indah sungguh ciptaan Allah.. Sungai bawah tanah di Rio-Secreto, Mexico.  

Wordless Wednesday

Imej
it's a kungfu panda.. oppsss.. panda sushi.. yummmyy.. looks delicious!!!

Jalan-Jalan Ke Aquaria KLCC

Imej
Salam semua.. KLCC.. kat bawah ni lah letaknya Aquaria. Kali ni Wie nak cerita pasal kami sekeluarga jalan-jalan ke Aquaria KLCC.. walaupun cerita ni dah basi sebab waktu kami pergi ni bulan Jun yang lepas.. waktu ni cuti Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong..  4 sepupu berposing..   Kami pergi dua family, family Wie dan adik lelaki Wie termasuk juga mak Wie. Ini lah peluang untuk kitaorang bersantai-santai bersama keluarga dan anak-anak. Waktu cuti punyalah ramai orang beratur nak beli tiket.. Bagi yang tak pernah masuk lagi ke sini, tiket untuk warganegara dewasa ialah RM35, kanak-kanak RM25 dan warga emas RM25 manakala untuk bukan warganegara tambah lagi RM10. Waktu Wie pergi ni ada promosi pakej keluarga cuma RM99 jer.. so jimatlah sikit kan. suasana dalam terowong.. Di dalam ni kita boleh lah tengok berbagai jenis ikan.. dari yang kecik hingga yang besar.. ada juga part di mana ikan yang tengok kita.. sebab kita duduk dalam terowong..

Wordless Wednesday

Imej
Dapat keychain souvenier dari member yang baru balik bercuti ke Bali.. haii.. bila lah pula Wie nak sampai ke sana..

Wordless Wednesday

Imej
Sate Sunda style dekat Tmn Universiti.. Daging ayamnya direbus.. First time jumpa tapi kuahny a memang sedap. Published with Blogger-droid v2.0.6

Dalam Kenangan

Imej
Hari ni sudah 2 hari Comel pergi meninggalkan kami.. Rindu dia sangat-sangat.. Semoga damailah kau disana.. Published with Blogger-droid v2.0.4

Ustaz Azhar Idrus : Terbaikkkk!!!!!

Imej
Hari ni buka FB dan terbaca satu update dari member Wie mengenai hukum merenjis pelamin pengantin. Wie nak share dengan korang jawapan yang pada Wie memang terbaik dari Ustaz Azhar Idrus, ni kalau tak paham jugak tak tau lah.  Apapun adat-adat jugak tapi agama kenalah didahulukan. Yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal jadi janganlah kerana adat, agama tergadai. Adat saja tak kan dapat menjamin kita masuk syurga.  Wallahualam.

Percutian Ke Kuching - Part 3

Imej
Ok, ni entry yg tertunda2 dah berbulan2 dek kerana M besar sedang melanda.. so korang layan jer part terakhir percutian Wie ke Kuching ni ye.. Hari ke tiga kami di Kuching.. destinasi kami seterusnya ialah melawat ke Kampung Budaya Sarawak.. walaupun tiket masuknya boleh lah dikategorikan sebagai agak mahal (RM60 sorang) tetapi mengenangkan kesempatan ini hanya datang sekali sekala maka Wie pun pejamkan mata.. buka wallet dan bayar.. bak kata orang tua-tua.. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. yeahhh.. akhirnya berjaya menjejakkan kaki di sini.. sarawak cultural village.. Di dalam ni terdapat rumah-rumah tradisi kaum-kaum yang terdapat di Sarawak ini.. kita akan dapat merasai sendiri pengalaman berada di rumah-rumah tradisi mereka. pendek kata dengan berkunjung ke sini akan lengkaplah pengembaraan kita ke bumi kenyalang ini.. dalam cultural village.. boleh tengok rumah-rumah budaya sarawak.. Wie menghabiskan masa seharian di sini untuk mela