Ad

Selasa, 29 November 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Melaka Part 1

Salam Semua..


Cuti sekolah dah pun bermula.. apa lagi.. time untuk bawa wife dan anak-anak untuk cuti-cuti Malaysia.. destinasi kali ini Melaka Bandaraya Bersejarah.. ini bukan pertama kali Wie ke sini..  Dah beberapa kali jugalah Wie bercuti disini..


Destinasi pertama untuk hari pertama ialah menaiki river cruise..


puteri-puteri kesayangan ..

tiket naik river cruise..

river cruise..

tengah tunggu cruise sempat lagi nak posing..

jeti river cruise ni letaknya kat belakang muzium kapal..

Kincir air..

kedai-kedai di tebing sungai melaka..

pemandangan malam memang cantik..

melalui jambatan..

tu bukan eye on malaysia ya..

lampu2 bergemerlapan..
Seriously.. kalau korang nak river cruise ni Wie syorkan pergi waktu malam sebab pemandangan di sekitar sungai Melaka waktu malam memang cantik sangat.. penuh dengan lampu-lampu yang bergemerlapan..


to be continued to Part 2..







Isnin, 28 November 2011

Cuti Sekolah, Hujan dan Pengantin..

Salam Maal Hijrah buat semua..


Cuti sekolah dah pun bermula dan musim tengkujuh pun bermula dan.. musim orang kawin pun bermula.. hehe.. apa aku merepek ni.. bukan aku yang kawin ye..


Jadi apa kaitannya antara cuti sekolah, hujan dan pengantin ni??.. rasa aku ada.. yelah.. time cuti sekolah ni lah orang akan berduyun-duyun untuk buat majlis perkahwinan dan kebetulan pulak musim hujan.. hehe.. memang pandai yer pengantin pilih masa.. yerlah musim-musim hujan ni.. sejukkkk.. hehe.. tu yang bunting pelamin nanti tu.. 


Dan time cuti sekolah ni juga sepupu aku ada yang melangsungkan majlis perkahwinan.. Tahniah di ucapkan buat Farah Wahida & Aziharikman.. semoga berbahagia dan kekal ke akhir hayat. Amin.








encem kan pengantin..

Jeling-jeling pandang-pandang.. hehe..

Abang sayang suap.. mmm..

Pelamin.. hehe.. rasa nak naik jer..

Makanan marveloussss!!! Sedappp!!!





Selasa, 22 November 2011

We Are The Champion!!!!

Yeahhhh!!!... Syabas Malaysia!!! Syabas Harimau Muda!!!


Debaran perlawanan akhir bolasepak sukan SEA ke-26 terjawab sudah.. kemenangan melalui penentuan sepakan penalti memang sangat mendebarkan..


Berakhir separuh masa ke-2, kedua2 pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1, kemudian perlawanan masa tambahan berlangsung.. keputusan seri juga 2-2.. opsss.. tapi 2 gol ni tak dikira.. so.. masih 1-1.. terpaksalah penentuan sepakan penalti dilakukan untuk menentukan juara.


Akhirnya dengan kepakaran Apek menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga dan dengan bantuan sepakan penalti terakhir oleh kapten pasukan Baddrol Bakhtiar.. Malaysia mengesahkan kemenangan untuk pingat emas ke-59 negara serta mengekalkan pingat emas bolasepak yang dimenangi pada Sukan SEA sebelum ini. Syabas Malaysia!!! 









Sabtu, 19 November 2011

Rimau Muda Mengganas Lagi..

Yesssss!!!!!... Malaysia menang lagi!!.. kali ni ke atas Myanmar.. Walaupun menang tipis 1-0 tapi itu dah cukup untuk membawa Malaysia ke final bola sepak Sukan SEA.


Walaupun tanpa kelibat coach Ong Kim Swee yang terpaksa menyaksikan perlawanan dari tempat duduk penonton akibat digantung 1 perlawanan tetapi semangat juang pasukan Malaysia tetap utuh dan akhirnya berjaya membolosi gawang pasukan Myanmar hasil jaringan Ahmad Fakri Saarani akibat dari bola  yang tertampan badan pemain lawan.


Apapun.. yang penting kemenangan.. tak kira lah orang nak kata kita bernasib baik ke apa.. this is football man.. the one who score is the one who win.. cewah speaking london pulak..








Sekarang hanya selangkah sahaja lagi menuju kejayaan, hanya menunggu siapa lawan kita di final nanti samada Indonesia atau Vietnam.


Malaysia Boleh!!!!!





Khamis, 17 November 2011

Sang Garuda Dibaham Rimau Muda..

Yeayyyyy... Malaysia menang lagi!!!!!


Akhirnya dapat jugak senyapkan suara-suara sumbang penyokong Indonesia dengan kemenangan 1-0 ni.. siapa kata rimau muda tak power.. walaupun dilanda gelora sang garuda di Stadium Gelora Bung Karno.. semangat juang pemain-pemain kita tetap utuh.. cool aje diorang..














Gol tunggal Malaysia hadir pada minit yg ke-16 jaringan oleh Syahrul Azwari.. selain dari tu.. ketangkasan Apek @ Khairul Fahmi menyelamatkan percubaan-percubaan bahaya dari pasukan sang geruda pada separuh masa kedua turut menyumbang kepada kemenangan pasukan kita..


Syabas Malaysia.. Malaysia Boleh!!!!!


Lepas ni jumpa Myanmar pulak.. harap dapat kemenangan lagi... 











Ahad, 13 November 2011

Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Kemboja

Yeayyyy!!!!... Malaysia menang lagi.. kali ni lawan Kemboja.. menang 4-1..

Syabassss... Malaysia!!!..

Keep up the good work.. jangan leka dan alpa.. lepas ni jumpa tuan rumah Indonesia.. harap-harap menang lagi..







p/s : nak duit lebih??..boleh join SINI.

Sabtu, 12 November 2011

Astro ke AssTerok??!!!

Hari ni aku dapat call dari customer service assterok astro.. dipendekkan cerita dia tanya samada aku nak tukar dekoder lama aku dengan dekoder baru Bengong Byond ke apa tah..


ni lah benda alahnya.. tukar kaler dgn design jer..




A : boleh bercakap dengan en. Wie
W: ya.. bercakap..


A: kami wakil dari astro sedang membuat promosi penukaran dekoder astro lama kepada astro byond secara percuma.. semua kos termasuk kos pemasangan.. bla..bla..bla.. adalah percuma..
W: ok.. lagi.. 


A: segala2 nya percuma.. encik cuma akan dikenakan tambahan bayaran sebanyak rm20 untuk caj bulanan..
W: takpe lah.. buat masa ni saya tak berminat.. lain kali ajelah ya.


A: eh.. kenapa pulak encik.. kalau encik tak tukar sekarang sekiranya dekoder lama encik rosak.. encik kena bayar untuk repair.. untuk dekoder baru ni jaminan sepanjang hayat cik.. kalau encik tak tukar sekarang lepas ni dah tak ada promosi camni lagi.
W: yg tu saya tau.. cuma part tambah rm20 tu saya tak berminat.. cuba awak kira kalau setahun dah berapa?.. rm240.. banyak tu.. (aku pun malas nak berhujah panjang2..)


A: kalau macam tu takpelah cik.. terima kasih.
W: sama-sama kasih..

banyak punya cantik.. senang2 je nak untung.. upgrade sikit.. tukar dekoder baru.. pastu suruh kita tambah bayaran.. pastu siap saiko orang begitu begini lah.. piiiiraaahhhhh!!!!!


aku dah melanggan perkhidmatan ko berapa lama.. apa yang aku dapat?? sepatutnya bagilah customer yang setia macam aku ni upgrade semua free.. caj pun tak naik.. barulah namanya menghargai pelanggan.. ni sikit2 nak ketuk pelanggan.. piiiiraaaahhhhhh!!!!








p/s: ni lah jadinya kalau perniagaan monopoli.. pelanggan boleh diperkotak-katikkan macam bola..



Khamis, 10 November 2011

J-POP.. Ni Dah Macam Tarian Lucah Jer!!!!! 18SX..

Wie pun tak tau nak cakap apa.. seksi ke seksa.. Wie jumpa video ni dekat wall fb kawan tadi.. camni pun boleh.. sampai terjerit-jerit penonton-penonton perempuan semua.. haha.. jom layan video ni..


Amaran! 18SX.. adik-adik jangan tengok.. pejam mata dengar lagunya jer..







p/s: kalau penarinya perempuan.. camner agaknya ya??.. Astarghfirullah..



Isnin, 7 November 2011

Takziah Buat Ahmad & Muhammad

Terkejut Wie menonton berita di TV9 malam ni.. kisahnya ibu kepada pasangan kembar Ahmad & Muhammad, Aishah Kanda, 35, yang mengidap penyakit barah payudara itu telah meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Putrajaya.

Beliau meninggalkan suami, Rosli Abdul Rahim, 40, serta 5 orang anak termasuk Ahmad dan Muhammad.

Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Nelayan Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor selepas zohor.

tinggal kenangan.. di saat-saat ibu mereka masih ada..


Kisah pasangan kembar siam ini mula mendapat perhatian umum berikutan kejayaan pembedahan pemisahan pasangan itu di Hospital King Fahd, Riyadh, Arab Saudi pada September 2002.

Takziah buat adik Ahmad & Muhammad, semoga mereka tabah menghadapi ketentuan takdir. Al- Fatihah.



Ahad, 6 November 2011

Yang Berkorban, terkorban dan dikorbankan..

Salam Idul Adha buat semua rakan-rakan blogger semua..


Camne raya korban korang kali ni.. berapa ramai  ekor lembu yang dah tumbang??..


Hari ni Wie menyertai pesta majlis korban yang di buat dekat surau di rumah mak.. walaupun tak lah banyak mana.. cuma 4 orang ekor je tetapi suasana tetap meriah dengan suasana yang penuh gotong royong bak kata wonderpet.. apa yang penting??... kerjasama..


Walaupun lepas selesai majlis ni badan semua sakit-sakit woo.. al maklumlah jarang buat kerja berat.. tapi rasa puas hati kerana dapat menyumbang sedikit tenaga dan jugak dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama..


antara org-org kampung yang hadir..

ni tengah nyawa-nyawa ikan lagi.. siapa takut jangan tengok..

kerja-kerja melapah kulit sedang dijalankan..

apa yang penting.. kerjasama.. 

peace yo.. hehe.. sempat lagi nak posing..

pakar bedah sedang membedah.. serius.. yg pakai topi hitam tu doktor..

adoiii.. sebelah kaki jer dah berat.. meh tolong..

kalau tengok betul-betul.. otot lembu tu masih bergerak-gerak lagi tau..

Apapun.. seronok sebenarnya buat kerja ramai-ramai camni.. benda yang berat pun terasa ringan bila kita bekerjasama.. itulah salah satu hikmah disebalik hari raya korban ni..




Jumaat, 4 November 2011

Tazkirah Jumaat : Kenapa Perlu Takut Hudud???


Kecoh seketika bila ada puak-puak yang nak laksanakan hukum hudud.. WiE bukanlah orangnya yang arif nak huraikan tentang bab ni.. jadi apa kata kita layan tazkirah Ustaz Zul ni.. dengar tazkirah beliau memang tak mengantuk punya.. sempoi jer ustaz ni.. siap presiden zimbabwe semua masuk dalam tazkirah beliau ni.. 


Mudah-mudahan sedikit sebanyak akan celiklah kita tentang isu ini.. Wallahualam..


Kesimpulannya yang bersimpul-simpul..


Buat apa nak takut kalau kita tak buat salah..



Selasa, 1 November 2011

"SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking"



dah lama rasanya Wie tak join segmen.. so hari ni terasa nak join segmen Cik Lulu ni.. jom kita meramaikan geng-geng bas sekolah blogger kita.. sambil kita blogwalking sambil kita menambah kenalan baru..