Ad

Jumaat, 15 Mac 2013

Selamat Pengantin Baru Razzaq..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mak oiii.. dah dekat sebulan lamanya Wie tak update blog.. dah naik bercendawan dah ni.. harap-harap ada lagi yang sudi bertandang ke blog Wie ni ye..

OK, pada 10.03.2013 yang lalu Wie sekeluarga telah pergi mengikuti rombongan untuk menghantar pengantin sepupu Wie, Razzaq Khan di Sijangkang, Teluk Panglima Garang. Ramai saudara mara Wie yang turut serta dalam rombongan menghantar pengantin ni.

Takyah cerita panjang lebar.. jom layan gambar2 sekitar majlis..


tu dia pengantin lelaki segak bergaya..

pengantin lelaki sedang berarak menuju rumah pengantin perempuan..

antara ahli2 rombongan pengantin.. bukan rombongan cik kiah ye.. hehe..

sang isteri menyambut ketibaan sang suami.. kat sini takde tol2 ye.. sempoiii..

pasangan mempelai bak merpati dua sejoli..

bagai pinang dibelah dua.. Razzaq & Rosmayanti..

sedang menyaksikan pengantin bersanding..

makan berdamai.. actually makan beradab.. 

haa.. tu dia.. pakcik Wie yang sorang ni dok borong aiskrim sakan..

yeah.. kita pekena aiskrim dulu..

antara ahli2 rombongan pengantin..

bergambar bersama mempelai..

buat kenang2an..

goodie bag.. 

Selesai dari menghadiri majlis, kami pun bertolak pulang ke Johor.. sebelum tu sempat juga Wie singgah di Bandar Hilir untuk jalan2 cari cendol.. hehe.. ya.. Wie singgah semata2 nak makan cendol yang femes kat Bandar Hilir ni.. Cendol Jam Besar!!!..

cendol!! cendol!!.. ABC pun ada!!! sampai pun dah petang nasib baik masih ada lagi.. ni pun dah last kopek..

sambil makan cendol kita posing2 dulu..

sempat gak jalan2 posing2 dekat kawasan sekitar..

my wife & my elder daughter.. besar dah.. dah sama tinggi dah dengan mamanya..

Selesai bersantai2 di sini kami pun bertolak balik ke Johor pada malamnya.. The End.