Ad

Selasa, 30 Ogos 2011

Salam Lebaran


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Kepada semua sahabat blogger.. terutama kepada follower2.. Wie ucapkan selamat menyambut lebaran.. Makan ketupat dan rendang ingat2 ye.. jangan lepas ni naik timbangan nya.. hehe..




Jumaat, 26 Ogos 2011

How To Wash Ur T-Shirt

Hi everybody.. happy fasting to all muslim's friends. 

Today I wanna try to do an engris english post but u don't laugh-laugh ya..

I get this tips on how to wash ur t-shirt clean and safely from my dear friend.





How to wash a T-shirt
Please Scroll Down


  













  


    





for sure ur wife won't allow u to buy shirt with this tag.. 


to all wife or future wife out there.. 

please check ur husband or future husband shirt tag before buying.

Cheers...



Maher Zain - Ya Nabi Salam Alayka


Di bulan ramadhan ni apa kata jom kita layan lagu Maher Zain ni.. Cer Layan.. Cer Layan..



Khamis, 25 Ogos 2011

Ramadan Terakhir

Malam tadi aku tengoklah drama Ramadan Terakhir lakonan Esma Daniel, Fazlina Dato Ahmad Daud dan Tasha Shilla.. best drama ni walaupun aku tengok kadang-kadang jer..


Lagu soundtrack dia nyanyian kumpulan Pompa Bensin.. memang tangkap leleh lah.. cuba korang tengok clip video ni..






Kalau korang nak download lagu dia boleh lah pegi kat fb Pompa Bensin ni.


Jom Layannn...



CEO Apple Letak Jawatan??

Terbaca di akhbar hari ni.. Steve Jobs, CEO Apple akan meletak jawatan hari ni setelah tersebar spekulasi bahawa dia akan mengundurkan diri akibat dari penyakit kanser yang dihidapinya. Beliau juga telah bercuti sakit sejak awal tahun ini.






Tempat beliau sebagai CEO akan digantikan oleh aku Tim Cook yang sekarang ini memegang jawatan sebagai COO. Bagaimanapun beliau kekal sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Apple.


Saham Apple susut 7% berikutan dari perletakkan jawatan Jobs ini.


P/S: Sama-samalah kita tunggu kot-kot iPhone turun harga ke apa.. boleh jugak sambar sebiji.. hehe..

Rabu, 24 Ogos 2011

Bank "Alien"..

Ni aku nak story pasal ada satu bank dekat dengan tempat kerja aku.. kira bank ni kitaorang guna untuk bayar gaji lah.. dan nama bank pun "alien".. di punya attidude pun macam alien..

Ada ke patut tadi aku pegi lah tukar duit singgit-singgit kat situ.. bila turn aku tukar.. ok lah.. dapat apa yang aku nak.. bila aku mintak sampul duit raya.. boleh pulak cakap "dah habis".. hmm.. dah habis ye.. tapi aku nampak akak sebelum aku tadi tukar duit singgit-singgit dapat pulak sampul duit raya.. 


Ciss.. memang dasar pilih bulu punya bank.. apa ingat kitaorang ni bukan customer korang ke??.. aku pun bukannya nak sangat sampul duit raya yang tak lawa tu.. cuma nak hak aku sebagai customer jer.. orang lain boleh dapat kenapa aku tak boleh kan??


nilah duit yang aku pegi tukar tadi.. nak buat duit raya.. hehe..




Aku memang jaki dengan bank "alien" ni.. kalau cucuk duit kat autoteller machine dia.. baki wajib ada 20 hengget.. contoh, kalau korang ada 205.. korang cuma boleh ambik 180.. bukannya 200.. kalau dekat bank lain.. ikut pengalaman aku dekat bank cap rimau (akaun aku yang lagi satu la..) boleh keluar 200.. korang nampak tak pandainya bank ni memanipulasi duit pelanggan untuk keuntungan diorang.


Dekat autoteller machine dia.. memang jangan harap lah nak keluarkan seploh-seploh hengget.. atm dia tak kenal duit merah tu.. dia cuma ada duit kelabu dan jingga jer.. korang bayangkan kalau baki tinggal 30 hengget camner nak keluarkan?? cer citer.. cer citer.. duit kita tapi boleh tengok jer.. yang peliknya cash deposit machine dia kenal pulak duit merah nih.. nampak sangat kan mendiskriminasi pelanggan.. kadang tu aku kesian tengok foreigner kat tempat aku.. duit ada tapi tak boleh nak ambik..


Haaa.. nampak tak "alien" tu..


Kepada sesiapa yang berniat nak buka akaun kat bank "alien" ni.. baik lupakanlah.. pilih jer bank lain.. banyak lagi bank lain kat Malaysia ni..


P/S: Ni bukan nak promote bank eh.. ni luahan rasa gurindam jiwa aku jer.. tak ada kena mengena dengan yang hidup atau dah jadi zombie..





Tanpa Seurat Benang!!!

Ya Allah.. kenapa lah bulan-bulan puasa model-model ni nak buat hal!!.. naked.. tanpa seurat benang!!!.. ishhh.. aku pun tak tau nak cakap apa dah.. apa nak jadi lah dengan dunia hari ni.. malas lah aku nak story mory.. korang tengoklah sendiri dengan mata kepala korang.. 


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Haaa.. ni lah dia model yg aku maksudkan.. encem kan??..

Oh tidakkkk!!!.. Larikkkkkk!!!!!

Amacam.. encem tak???

Cun siottttt!!! mengiurkan!!! muahahaha...
Hehe.. jangan marah aaaa... nanti batal puasa.. gila apa ingat aku nak buat post yang bukan-bukan bulan-bulan puasa ni.. nanti habis markah korang semua..

Ni aku dapat kat email aku pagi tadi.. member yang dok hantar bagi aku.. jadi aku share lah dengan korang.. buat hilang ngantuk..

Isnin, 22 Ogos 2011

Zakat Fitrah Dah Bayar Ke Belum??

Syawal bakal menjelma tak lama lagi.. dalam kesibukkan kita membeli belah persediaan menyambut raya nanti.. ada satu perkara yang selalu kita leka, lupa, terlupa, lupakan, buat-buat lupa dan macam-macam lagi.. iaitu membayar zakat fitrah.


Memang menjadi sikap kita selalu berlengah-lengah.. "alah.. awal lagi.. masih sempat lagi.." bila dah last minit baru nak kelam-kabut cari amil nak bayar zakat..


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: “ Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.


Alhamdulillah.. semalam aku dah pun selamat membayar zakat fitrah.. kebetulan pula waktu tengah bershopping dengan famili ternampak pula amil yang buka kaunter bayaran zakat.. Alhamdulillah.. mudah urusan.. jadi aku pun teruslah bayar disitu.. selesai satu perkara.. tak payah nak pening-pening fikir lagi kan.. 






Dekat Johor ni ada dua rate untuk zakat fitrah.. satu RM5.00 untuk yang makan beras tempatan... dan yang satu lagi RM7.50 untuk yang makan beras siam@import.. jadi pilihlah yang mana bersesuaian.. jangan pulak makan beras mahal.. zakat bayar yang murah jer sudah..


Fadhilat membayar zakat ni bagi siapa yang belum tau ialah dapat menampung kekurangan semasa kita berpuasa serta membantu fakir dan miskin pada hari raya.. Wallahualam..



Sabtu, 20 Ogos 2011

Blog Pilihan Saya Ialah...

Assalamualaikum,


Sambil-sambil menonton the transporter kat tv ni, aku nak listkan 10 blog yang menjadi pilihan hatiku dari segmen Bro Ben petang tadi.


Blog-blog yang menjadi pilihan hatiku ialah...



dia merupakan yang pertama pilih blog aku sebagai blog pilihan dia.. hehe.. warna tema kita samalah.. grey.


Walau jasad kita terpisah jauh.. namun hati kita selalu dekat.. lirik lagu aishiteru kan cikgu?? belog yang banyak bunga-bunga..


blogger senegeri dgn aku..dia pernah datang blog aku komen.. sory lah mama kalau saya jarang komen blog mama.. selalu baca jer..


seorang guru yang memiliki kereta kancil merah hati dari tawau.. tempat kelahiranku.. alamak kantoi sudah.. selalu rajin komen kat blog aku..

5. H.J

blog yang background hitam itu menawan kau memang da bomb.. selalu rajin datang komen kat blog aku jugak.. banyak info blog dia ni..


Cantik template blog dia hitam dan pink.. aku suka gaya penulisan dia yang santai.


Blog yang berwarna pink dgn entry yang simple.. senang nak baca.. i like..


Salah satu blog yang aku follow.. banyak informasi berguna kat sini..

9. CX

Aku suka blog ni sebab banyak info yang menarik.. backgroung hitam itu menawan..


Ni blog bakal cikgu yang aku follow.. suka baca cerita-cerita coretan dia..


Ok, ni antara blog-blog pilihan aku.. kalau ikutkan banyak lagi yang aku nak catit tapi mata aku dah separuh nak pejam.. karang tak bangun sahur pulak..


Lepas ni aku cadang nak masukkan korang dalam bloglist aku.. Insyaallah..


Selamat bersahur semua...






BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA


Kalau korang boring-boring takde nak buat apa-apa weekend ni.. jom lah join segmen Bro Ben nih.. Klik-klik jer kat SINI 

Jumaat, 19 Ogos 2011

Beruang Kutub Pun Sakit Gigi

Al kisahnya bukan manusia jer mengalami sakit gigi ni.. di Svalbard, Norway, seekor beruang kutub telah menyerang dan menyebabkan kematian seorang pelajar sekolah dan mencederakan empat orang yang lain sewaktu mereka sedang berkhemah.


Oh! Help me!!!!!!!!




Laporan autopsi mengatakan bahawa gigi taring haiwan berkenaan reput teruk sehingga urat sarafnya terdedah menyebabkannya berang serta tidak dapat memburu makanan seperti kebiasaannya.


Akibat kesakitan dan kelaparan yang amat sangat telah menyebabkan haiwan tersebut hilang pertimbangan (aku agaklah..) dan telah menyerang pelajar-pelajar malang yang sedang berkhemah itu.. dilaporkan gigi haiwan tersebut sangat eruk sehinggakan serpihannya melekat di tengkorak salah seorang mangsa tersebut..


Moral of the story : Rajin-rajinlah gosok gigi ya adik-adik.. untuk mengelakkan gigi anda rosak..

Khamis, 18 Ogos 2011

SAYA BLOGGER PRIHATIN



setiap sen yang anda sumbangkan amat bermakna dalam membantu saudara seagama di somalia.

Nasib Baik Tipah Tak Tertipu Bang..

Pagi tadi kawan aku story mory dgn aku.. malam tadi rumah dia didatangi seorang lelaki bermotosikal bersama seorang budak kecik.. orang tu datang cari adik lelaki kawan aku tu kata nak bayar baki hutang RM10. 


Masa tu adik kawan aku tu takde kat rumah pegi tawarikh terawikh.. suruh orang tu tunggu tak nak.. tapi dia mati-mati nak bayar jugak hutang tu.. pastu orang tu bagi lah duit RM50 untuk bayar hutang tu..


Bila kawan aku ni belek-belek duit yang orang tu bagi.. rasa lain macam jer.. macam duit pelesu palsu.. nasib baik kawan aku ni pandai.. dia cakap takde duit pecah nak pulangkan bakinya.. dia tengok air muka orang tu dah berubah.. macam suspen jer.. pastu dengan tergopoh gapah orang tu pergi dari situ..


Tak lama kemudian adik lelaki kawan aku tu pun baliklah dari terawikh.. bila kawan aku tanya ada tak orang hutang RM10 dengan dia siang tadi.. adik dia cakap tak ada.. Huh.. jadi orang tu nak bayar hutang siapa ek??


Jadinya.. memang sah-sah orang tu nak menipu.. bagi duit palsu pastu dapat balik duit betul.. haih.. pandai betul kepala otak orang nak menipu ni.. nasib baiklah kawan aku ni alert.. tak lah buta-buta pulangkan bakinya.. kalau tak tak pasal-pasal rugi RM40.. 


Manusia.. manusia.. bulan-bulan puasa ni bukannya nak tambahkan amal.. nak tambah dosa pulak..


Moral of the story : Jangan percaya dengan orang yang tak dikenali ye adik-adik.



Laman Sesawang IRM Kena Hack!!!!

Berita terkini yang aku terima dari Bro Ben.. 

Laman Sesawang Islamic Relief Malaysia (IRM) dah kena hacked.

Kepada para dermawan yang nak menderma bolehlah ke page INI



P/S : kenapalah bengong sangat diorang ni.. orang nak buat kebajikan pun nak hack.

Kepada Rakyat Malaysia Yang Prihatin

Pada waktu kita sedang bergembira pada waktu berbuka puasa.. dengan juadah yang berbagai dan menyelerakan.. dan selalunya tak habis dan dibuang begitu sahaja.. TETAPI.. terfikirkah kita bagaimana saudara-saudara seagama dengan kita di tempat-tempat lain yang kurang bernasib baik.. di SOMALIA yang sedang mengalami krisis kebuluran yang teruk.. bagaimana suasana mereka menyambut bulan ramadhan yang mulia ini? berbuka apakah mereka??.. Bersyukurlah kita disini masih boleh makan lagi.. bukan makan untuk kenyang.. tetapi sampai terlebih kenyang!!






Jadi di bulan yang penuh keberkatan ini marilah kita sama-sama.. menyumbang semampu kita.. tak banyak.. sikit pun sudah memadai untuk mereka.. jangan difikirkan balasan atas apa yang kita hulurkan.. biarlah hanya Allah yang membalasnya.. Insyaallah..


Untuk yang sudi membantu, bolehlah salurkan sumbangan anda ke Islamic Relief di link INI. Jika bukan kita yang membantu siapa lagi..


P/S: Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.. fikir-fikirkan..

Rabu, 17 Ogos 2011

#6 : Wordless Wednesday


Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.
Puasalah kamu sebelum kamu dipuasakan.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal..

Tonton TV Pendek Nyawa??

Huh.. takut juga bila terbaca laporan di suratkhabar lama tadi pasal menonton tv.. dahlah aku ni memang kaki tv.. kalau takde benda jer duk mengadap tv..






menurut kajian yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan di Britain menyatakan, setiap satu jam masa dihabiskan untuk menonton tv selepas usia 25 tahun boleh mengurangkan jangka hayat selama 22 minit. 


Jadi katanya kalau kita menonton tv selama 6 jam sehari boleh memendekkan umur selama 5 tahun..


Dimana kesan menonton tv untuk jangkamasa lama adalah sama dengan kesan terhadap merokok dan obesiti.


Apapun ni cuma kajian pihak cerdik pandai barat (konon cerdik lah tu).. kita yang beragama islam ni haruslah percaya kepada kekuasaan Allah.. Percaya kepada qada dan qadar.. Kalau diizinkan Nya hidup sampai 100 tahun pun boleh..


Wallahualam..


P/S: Camner pulak kalau lama mengadap PC @ Laptop??? sape boleh jawab??





Selasa, 16 Ogos 2011

JPJ Cuti Raya?? : Tak Akan Adakan Sekatan Jalan

Howyeaaaa!!!! Boleh speeding balik cuti raya ni sebab pak JPJ tak buat sekatan jalan.. nape pulak?? Semua penguatkuasa cuti raya ker??.. rupanya tipah tertipu bang.. sebenarnya diorang tak buat road block jer.. tapi diorang tetap kerja.. jadi photographer pulak.. ambik gambar sape-sape yang drive over the limit.. ala-ala fast and furious kot..


Smileeeee!!!! jaga-jaga ada yang kenaaaaaaaa...




So berhati-hatilah kengkawan.. jangan disangka air yang tenang takde ikan piranha.. bawa mengikut hadlaju ye.. 90KM/J kalau kat highway 110KM/J jer.. jangan tekan lebih-lebih.. biar lambat asalkan selamat.. kalau biar cepat asalkan sampai tiang dua.. lu pikirlah sendiri ya..


Kalau nak tau selanjutnya korang boleh tengok di SINI

P/S: Nasib baik kampung aku dan wife 15 minit dah boleh sampai.. bawa 50KM/J pun takde hal.. hehe..

Ahad, 14 Ogos 2011

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK?


Jom.. jom.. jom.. kita join segmen!!!
Hari ni Bro Ben buat segmen lagi.. Segmen BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK?
So.. sape-sape yang berminat nak join.. cepat-cepat klik di SINI  ya..
Tutup kul 6 petang 14 Ogos 2011.. jadi klik cepat yer..

Sabtu, 13 Ogos 2011

Android Menawan Malaysia!!!

Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa..


Huh.. tajuk bukan main gempak lagi.. sebenarnya aku cuma nak share gadjet terbaru aku sempena nak raya ni.. Orang lain sibuk dengan baju baru.. kasut baru.. sarung kusyen baru.. tapi aku nak beraya dengan telefon pintar @ smartphone baru.. hehe.. ( takde baju raya baru pun takper... )


Inilah dia barang permainan terbaru aku.. jangan jelezzzz...


Sebelum ni lebih kurang 2 tahun aku guna nokia 5800 smartphone jugak tapi sekarang dah tak berapa smart lagi dah.. OS symbian ni dah ketinggalan keretapi.. sekarang semua tengah gila angry bird android.. 

Samsung Galaxy Ace ni kira sedang-sedang lah.. kalau nak lagi gempak Samsung Galaxy S II.. tapi rega dia leh buat aku makan meggi hari-hari la..

Ace ni dia punya spec dengan iphone lebih kurang sama jer..  cuma takde video call jer.. hehe.. bagus jugak takder video call.. kalau tak nanti wife dapat tengok aku kat mana.. jeng..jeng..jeng..

Setelah beberapa hari menggunakan smartphone ni... kesimpulannya memang memuaskan hati dan poket.. maksudnya berbaloi untuk wang anda.. dah tu banyak pulak apps yang terdapat di android market.. nak yg kena bayar.. nak yang free.. semua ada.. games jangan cerita lah.. berlambak-lambak.. setakat game angry bird tu.. free jer.. on jer wifi.. cari kat market.. pilih mana yang berkenan.. terus leh install.. senang beb..

Uish.. penat dah aku dok promo Samsung nih.. takkan tak dapat Galaxy S II free kot.. haha.. ( mimpilah.. )

Ok lah.. kalau korang nak tau spec dia lebih lanjut korang pegi je google yer..





Khamis, 11 Ogos 2011

Penemuan Mengejutkan!!!!!

Tadi aku berblogwalking ke blog Miszatie.. terkejut beruk aku bila try benda yang dia suruh try.. masyaallah.. sampai macam ni sekali usaha orang-orang kafir untuk merosakkan umat islam..

Korang try ke link ni dan cuba buat sendiri..

http://miszatie.blogspot.com: Penemuan mengejutkan!!!

Pastu sebar-sebarkan untuk makluman semua blogger muslim..


Rabu, 10 Ogos 2011

Murid Mati Makan Juadah Berbuka!!!

Terkejut beruk aku membaca berita pagi ni.. Seorang murid tahun 5 mati setelah menikmati juadah berbuka yang dibelikan bapanya.. ingatkan kena racun ke apa.. rupanya dia disyaki mengalami keracunan makanan.. 

Dia dikatakan mengalami muntah dan cirit-birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa.. selain itu hampir seluruh ahli keluarganya juga mengalami simptom yg sama sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital..

juadah yang dikatakan punca keracunan.. wallahualam..


Apa nak dikata lagi.. perkara dah terjadi.. cuma di harap semua pihak kenalah mengambil iktibar.. kita sebagai pembeli kenalah berhati-hati sewaktu membeli dan para peniaga pun janganlah hanya memikirkan keuntungan semata-mata.. kebersihan makanan terutamanya kenalah dijaga.. berniaga biarlah ikhlas..

Dari pengalaman aku membeli juadah di bazar ramadhan ni.. kebanyakkan peniaga mengabaikan aspek kebersihan ni.. selalu aku perhatikan mereka mengambil makanan tanpa memakai sarung tangan dan membiarkan lalat hinggap atas makanan sesuka hati..

Kadang-kadang tu juadah yang dibeli bila nak dimakan je dah berbau dan hampir basi.. dahlah harga boleh tahan mahal sekarang kalau kena camni dah tak boleh makan.. membazir jer..

Kalau korang nak baca cerita penuh silalah klik  Murid Mati Makan Juadah Berbuka .




Selasa, 9 Ogos 2011

JOM HEBOH BLOG BARU !!

Salam ramadhan rakan-rakan sekelian.. di bulan-bulan puasa ni idea aku tepu sikit lah nak wat entry.. so join segmen jer lah manjang.. harap kengkawan sudi lah jenguk-jenguk blog yang tak seberapa ni..


Sape-sape nak join sama leh lah klik sini Segmen Bangku Kosong : Jom Heboh Blog Baru

Selamat Berpuasa..


Ahad, 7 Ogos 2011

Aktiviti Lepas Sahur

Assalamualaikum..


Ni post express yer.. biasanya apa aktiviti korang lepas sahur ?


1. Korek idung sebelum imsak..


2. Basuh pinggan..


3. Basuh baju..


4. Blogwalking..


5. Tengok TV..


6. ZZZZZzzzzzzzzzzz....


7. ... korang smbung lah sendiri sebab aku dah tertidoooooo...


Ops.. sebelum tu jangan lupa solat subuh ye anak-anak..


Wassalam.. selamat berpuasa..





Sabtu, 6 Ogos 2011

Nak Makan Kek Kena Berhati-hati??

Dalam kita kecoh-kecoh pasal kek lapis sarawak yang guna mentega haram.. kita sebenarnya dah terlepas pandang dengan kedai-kedai kek dan hotel-hotel terkemuka.. dok asyik salahkan pengusaha kek lapis jer.. apa kes pulak dengan pengusaha kedai-kedai kek dan hotel-hotel terkemuka ni??..


Cheese Cake.. salah satu kegemaran ku..




Seperti kata Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak dalam Berita Harian hari ni..


Sepatutnya lah pihak JAKIM dan majlis agama setiap negeri kenalah melakukan pemantauan terhadap kedai-kedai kek dan hotel-hotel terkemuka yang telah dapat pensijilan halal supaya mereka benar-benar mematuhi syarat-syaratnya.. Kadang-kadang diaorang ni pun pandai jugak.. time inspection guna semua yang halal.. bila dah dapat sijil mula lah konar sana konar sini.. biasalah orang berniaga ni macam-macam helahnya..


Kita sebagai pengguna takkan lah nak pergi masuk dapur dia check dia guna apa.. tak pasal-pasal kena halau pulak.. jadi harapan kepada yang pihak yang berkenaan agar dapat memastikan biskut, roti dan kek yang ada di Malaysia ni benar-benar halal. Jangan hanya halal pada cop & logo saja..


Fikir-fikir kan..



Jumaat, 5 Ogos 2011

SEGMEN PROMOSI SESAMA BLOGGER


Hari ni aku nak join segmen Tia pulak.. Nak meramaikan rakan-rakan di alam maya ni.. Siapa-siapa yang nak join bolehlah klik kat SINI ya.. Jom bersegmen..



Saya Mahu Duit Syilling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com


Entry kegemaran saya di Eyriqazz.Com adalah Restoran Singgah Selalu | Indah Khabar Dari Rupa kerana saya suka mencuba tempat-tempat makan yang sedap dan entry ini memberikan info yang berguna buat saya.


Siapa-siapa nak join bolehlah klik di SINI.

Rabu, 3 Ogos 2011

Tak Halal Ke??

Assalamualaikum..

Dalam kita menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan ni.. salah satu saat yang sibuk buat kita ialah di waktu petang hari.. nak tau kenapa?? haaa.. tentulah sibuk nak menyediakan ataupun bagi yang bekerja.. nak membeli juadah untuk berbuka puasa.. Aku (hehe.. start sekarang rasanya nak tukar guna gantinama aku lah.. nampak mesra sikit..) antara yang berlumba-lumba untuk pergi membeli juadah berbuka.. bukan sebab gelojoh ye.. sebab kekangan masa.. balik pun dah lewat petang so kenalah berlumba-lumba.. nanti tak sempat pulak sampai ke rumah waktu berbuka..

Dalam pada kita membeli juadah tu.. antara yang jadi perhatian kita ialah.. 

1. Wishlist.. apa yang kita ngidam nak makan.. hehe..
2. Rupa/Kebersihan.. ye lah.. kalau tengok makanan yang kita nak beli tu macam tak macam jer rupanya tentu tak selera kan..
3. Harga.. kena lah juga tanya jangan main tunjuk2 jer nak yang mana.. bila nak bayar baru terbeliak mata.. bukan apa.. budget kenalah dijaga.. kita nak makan hari-hari bukan sekali-sekali.. 
4. Halal.. haa.. halal ke?.. Insyaallah.. halal.. cuma kita kena lah berjaga-jaga jugak.. jangan jadi macam kat Kangar ni..

Kisahnya di Kangar, ada sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand telah dikesan mengandungi DNA Babi.. bukan baby ye.. so dah sah-sah lah benda tu haram.. jadinya kita sebagai pengguna pun jangan lah tengok tang sedap jer.. kena lah juga selidik-selidik asal usul benda tu.. kalau dah termakan kan susah.. 


ni lah benda alah nya yang dikatakan ada DNA Babi tu.. sosej pulut dan kepingan ayam made in thailand..

Jadi nya kita timbang-timbanglah sendiri.. tepuk dada tanyalah selera.. eh.. tanyalah iman.. Wallahualam..


Selasa, 2 Ogos 2011

Facebook Oh Facebook..





Facebook @ Muka Buku.. satu medan sosial yang paling popular di Malaysia.. tanya saja siapa yang tak ada account Facebook.. budak sekolah, remaja, orang dewasa, orang tua.. kebanyakkannya mesti ada akaun Facebook..


Facebook menjadi medan untuk kita bersosial dengan teman-teman di seluruh Malaysia bahkan seluruh dunia pun boleh.. tetapi ada juga yang menjadikannya sebagai tempat untuk meluahkan perasaan bahkan lebih teruk lagi dijadikan tempat mengutuk dan caci mencaci..


Seperti yang terjadi di Lunas, Kedah ni.. akibat mengutuk hal peribadi keluarga kenalan wanitanya di Facebook seorang lelaki telah menemui ajal setelah mengalami pendarahan dalaman akibat di belasah dengan topi keledar oleh seorang lelaki yang dipercayai abang kepada wanita tersebut.


Ini lah akibatnya.. bila dah kutuk mengutuk.. dan pihak yang lagi satu pun dah hilang sabar dan pertimbangan maka akan berlakulah balas dendam hingga menyebabkan kecederaan dan kematian.. bila dah jadi camni tak ada yang perlu disesalkan.. nasi dah menjadi bubur.. fikir-fikir kan..


Kalau nak tau cerita selanjutnya korang bolehlah tengok di SINI ya..


Nota : Di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ni marilah kita perbanyakkan amal dan memohon keampunan dari Nya.



Isnin, 1 Ogos 2011

Dugaan Di Hari Pertama Puasa

Haa.. jangan pulak korang ingat saya ni baru nak belajar puasa bila tengok tajuk tu..


Sebenarnya di tika dan saat ini saya tengah mengantuk yang teramat sangat.. kalau disorongkan bantal.. confirm terus ZZZZZ punya.. ditambah pulak sakit kepala yang menyerang dipagi hari ni betul-betul satu dugaan buat ku di hari pertama ramadhan tahun ini.. tak sabar rasanya menunggu time rehat.. nak merehatkan mata.. hehehe..






Ya Allah kuatkan lah semangat ku untuk menempuh hari ini dengan tabah.. Amin..









Salam Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi.. semua umat Islam akan mula berpuasa hari ini.. jadi jangan lupa bangun sahur dan berniat puasa ya..

Berpuasalah dengan penuh kesungguhan dan keinsafan kerana banyak kelebihan bagi orang yang berpuasa ni..

Daripada Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.

Jadi laksanakan lah puasa kita dengan penuh kesungguhan moga-moga mendapat ganjaran dari Nya. Insyaallah.

Selamat berpuasa kepada rakan-rakan blogger sekalian.