Ad

Selasa, 2 Ogos 2011

Facebook Oh Facebook..





Facebook @ Muka Buku.. satu medan sosial yang paling popular di Malaysia.. tanya saja siapa yang tak ada account Facebook.. budak sekolah, remaja, orang dewasa, orang tua.. kebanyakkannya mesti ada akaun Facebook..


Facebook menjadi medan untuk kita bersosial dengan teman-teman di seluruh Malaysia bahkan seluruh dunia pun boleh.. tetapi ada juga yang menjadikannya sebagai tempat untuk meluahkan perasaan bahkan lebih teruk lagi dijadikan tempat mengutuk dan caci mencaci..


Seperti yang terjadi di Lunas, Kedah ni.. akibat mengutuk hal peribadi keluarga kenalan wanitanya di Facebook seorang lelaki telah menemui ajal setelah mengalami pendarahan dalaman akibat di belasah dengan topi keledar oleh seorang lelaki yang dipercayai abang kepada wanita tersebut.


Ini lah akibatnya.. bila dah kutuk mengutuk.. dan pihak yang lagi satu pun dah hilang sabar dan pertimbangan maka akan berlakulah balas dendam hingga menyebabkan kecederaan dan kematian.. bila dah jadi camni tak ada yang perlu disesalkan.. nasi dah menjadi bubur.. fikir-fikir kan..


Kalau nak tau cerita selanjutnya korang bolehlah tengok di SINI ya..


Nota : Di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ni marilah kita perbanyakkan amal dan memohon keampunan dari Nya.



1 ulasan:

Elih Japahar berkata...

Gunakanlah laman sosial dgn penuh berhemah... :)