Ad

Rabu, 24 Ogos 2011

Bank "Alien"..

Ni aku nak story pasal ada satu bank dekat dengan tempat kerja aku.. kira bank ni kitaorang guna untuk bayar gaji lah.. dan nama bank pun "alien".. di punya attidude pun macam alien..

Ada ke patut tadi aku pegi lah tukar duit singgit-singgit kat situ.. bila turn aku tukar.. ok lah.. dapat apa yang aku nak.. bila aku mintak sampul duit raya.. boleh pulak cakap "dah habis".. hmm.. dah habis ye.. tapi aku nampak akak sebelum aku tadi tukar duit singgit-singgit dapat pulak sampul duit raya.. 


Ciss.. memang dasar pilih bulu punya bank.. apa ingat kitaorang ni bukan customer korang ke??.. aku pun bukannya nak sangat sampul duit raya yang tak lawa tu.. cuma nak hak aku sebagai customer jer.. orang lain boleh dapat kenapa aku tak boleh kan??


nilah duit yang aku pegi tukar tadi.. nak buat duit raya.. hehe..




Aku memang jaki dengan bank "alien" ni.. kalau cucuk duit kat autoteller machine dia.. baki wajib ada 20 hengget.. contoh, kalau korang ada 205.. korang cuma boleh ambik 180.. bukannya 200.. kalau dekat bank lain.. ikut pengalaman aku dekat bank cap rimau (akaun aku yang lagi satu la..) boleh keluar 200.. korang nampak tak pandainya bank ni memanipulasi duit pelanggan untuk keuntungan diorang.


Dekat autoteller machine dia.. memang jangan harap lah nak keluarkan seploh-seploh hengget.. atm dia tak kenal duit merah tu.. dia cuma ada duit kelabu dan jingga jer.. korang bayangkan kalau baki tinggal 30 hengget camner nak keluarkan?? cer citer.. cer citer.. duit kita tapi boleh tengok jer.. yang peliknya cash deposit machine dia kenal pulak duit merah nih.. nampak sangat kan mendiskriminasi pelanggan.. kadang tu aku kesian tengok foreigner kat tempat aku.. duit ada tapi tak boleh nak ambik..


Haaa.. nampak tak "alien" tu..


Kepada sesiapa yang berniat nak buka akaun kat bank "alien" ni.. baik lupakanlah.. pilih jer bank lain.. banyak lagi bank lain kat Malaysia ni..


P/S: Ni bukan nak promote bank eh.. ni luahan rasa gurindam jiwa aku jer.. tak ada kena mengena dengan yang hidup atau dah jadi zombie..





2 ulasan:

Jiji-Fify berkata...

Hohoho...memang alien sungguh. manusia tak dibenarkan masuk. :P

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

Cik Eka berkata...

eka semalam nak tuko dekat kepala rimo tapi berator smpai keluo..
alih2 pegi agrobank...

dapat 2 sampul..eka tuka seratos....hehehehe

yeke..takmo g alien tu..hehehehe
kat kepala rimo pon jrg ada duit sepoloh..agro ada..heeeeeeeeeeeee