Ad

Khamis, 18 Ogos 2011

Nasib Baik Tipah Tak Tertipu Bang..

Pagi tadi kawan aku story mory dgn aku.. malam tadi rumah dia didatangi seorang lelaki bermotosikal bersama seorang budak kecik.. orang tu datang cari adik lelaki kawan aku tu kata nak bayar baki hutang RM10. 


Masa tu adik kawan aku tu takde kat rumah pegi tawarikh terawikh.. suruh orang tu tunggu tak nak.. tapi dia mati-mati nak bayar jugak hutang tu.. pastu orang tu bagi lah duit RM50 untuk bayar hutang tu..


Bila kawan aku ni belek-belek duit yang orang tu bagi.. rasa lain macam jer.. macam duit pelesu palsu.. nasib baik kawan aku ni pandai.. dia cakap takde duit pecah nak pulangkan bakinya.. dia tengok air muka orang tu dah berubah.. macam suspen jer.. pastu dengan tergopoh gapah orang tu pergi dari situ..


Tak lama kemudian adik lelaki kawan aku tu pun baliklah dari terawikh.. bila kawan aku tanya ada tak orang hutang RM10 dengan dia siang tadi.. adik dia cakap tak ada.. Huh.. jadi orang tu nak bayar hutang siapa ek??


Jadinya.. memang sah-sah orang tu nak menipu.. bagi duit palsu pastu dapat balik duit betul.. haih.. pandai betul kepala otak orang nak menipu ni.. nasib baiklah kawan aku ni alert.. tak lah buta-buta pulangkan bakinya.. kalau tak tak pasal-pasal rugi RM40.. 


Manusia.. manusia.. bulan-bulan puasa ni bukannya nak tambahkan amal.. nak tambah dosa pulak..


Moral of the story : Jangan percaya dengan orang yang tak dikenali ye adik-adik.



Tiada ulasan: