Ad

Sabtu, 31 Mac 2012

Earth Hour

Jom kita ramai-ramai jimatkan letrik malam ni dengan menutup semua lampu limpah dekat rumah kita untuk meyokong kempen jimatkan Earth Hour ni.. tak rugi pun.. untung lagi adalah.. dapat jimat letrik..

Rabu, 28 Mac 2012

#12 : Wordless Wednesday


 

ni kot yang dipanggil awan nano.. gambar ni Wie ambik waktu di Kuching tempohari.. awan kat sana cantik-cantik.. jarang dapat tgk kat sini..

Selasa, 27 Mac 2012

Percutian Ke Kuching - Part 2

Lama rasanya Wie tak update blog ni.. ok, kali ni Wie nak sambung story percutian Wie ke Kuching ye..


Hari kedua, kami pergi pula ke Pasar Serikin yang terletak berdekatan dengan sempadan Kalimantan.. perjalanan dengan kereta lebih kurang 1 jam lebih.. dekat sini memang boleh katakan syurga membeli belah.. ada pelbagai barangan dari cenderahati hingga tikar Sarawak yang terkenal tu.. sediakan saja fulusnya kalau nak ke sini ya kawan-kawan.. 







Dalam perjalanan balik ke Bandaraya Kuching kami singgah sebentar untuk solat dan makan tengahari di Pekan Bau.. disini kami menjamu selera dengan Nasi Ayam Penyet, Ayam Pansuh, Sayur Midin Goreng dan Laksa Sarawak yang hanya terdapat di Sarawak. Serius.. memang sedap rupanya ayam pansuh dan sayur midin goreng ni. Sebelum ni cuma tengok dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan aje.. kali ni dapatlah merasanya sendiri.. 








Petangnya pula kami ronda-ronda di sekitar Waterfront.. di hadapan Sungai Sarawak.. Disini kita boleh lah menaiki river cruise untuk menikmati pemandangan indah di sepanjang sungai ini..  jangan risau anda tak akan diganggu oleh bujang senang.. hehe..








Kalau bajet korang banyak boleh lah try menaiki Sarawak River Cruise.. harga tambangnya RM60 untuk seorang kau!!! tapi Wie taklah naik yang ni.. Wie cuma naik "AirAsia" (sebutan dalam Bahasa Malaysia ya..) "Now Everyone Can Cruise".. hehe.. yang ni cuma RM19 seorang.. jadilah.. dapat jugak merasa ber"cruise" di sungai Sarawak ni..


Untuk pergi membeli belah kek lapis sarawak yang terkenal itu pula kita kenalah menaiki perahu penambang untuk ke seberang sungai dengan bayaran hanya 50sen seorang!!! murah tok??!! 








Disini juga terletaknya Kedai Kek Lapis Dayang Salhah yang terkenal itu.. Wie dan wife juga tak melepaskan peluang untuk membeli belah kek lapis untuk dibawa pulang sebagai cenderamata..


Tak lupa juga ikan terubok masin Sarawak yang terkenal tu.. memang makanan yang wajib dibeli disini untuk dibawa pulang.


Ok lah, cukup dulu buat kali ni.. bersambung di part 3 pulak ye.. panjang sangat nanti korang bosan pulak..


Bersambung ke part 3



Isnin, 12 Mac 2012

msredcheesecake: PATUT BAGI TIPS KE TAK?

msredcheesecake: PATUT BAGI TIPS KE TAK? tak salah kalau nak bagi tapi diorang kan dah dibayar gaji.. takut dah terbiasa nanti kerja jadi tak ikhlas..

Khamis, 8 Mac 2012

Percutian Ke Kuching - Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua..


Lama juga Wie tak update blog ni sampai dah naik berhabuk dah.. al maklumlah kesibukkan dengan kerja dan tugas-tugas seharian.


Kali ni Wie nak cerita pasal trip Wie ke Kuching pada awal bulan Febuari yang lalu.. kira-kira macam 2nd honeymoon lah sebabnya Wie pergi berdua je dengan wife. Alhamdulillah.. percutian 4 hari 3 malam ke Kuching ini dapat Wie realisasikan dengan mengambil pakej flight dan hotel dari AirAsia.. memang murah dan berbaloi.. value for ur money.. 






Hari pertama sampai-sampai je airport.. kereta sewa yang Wie tempah dah sedia menunggu.. nasihat Wie kalau nak bercuti disini eloklah sewa kereta untuk memudahkan anda untuk bergerak kerana pengangkutan awam di sini tidaklah sebanyak di tempat kita.. selain dari itu GPS jangan dilupa kerana di sini papan tanda tidak banyak jadi untuk mengelakkan kita tersesat eloklah sediakan payung sebelum hujan kan..


Selepas dapat kereta Wie terus saja menuju ke hotel untuk check-in. Hotel pilihan Wie kali ini adalah Basaga Holiday Residences.. kecik je hotel ni , 3 star kalau tak silap dan mempunyai landscape yang cantik dan interior design dia yang kelas.. ala2 bali.. servis dia pun terbaik.. Wie syorkan siapa-siapa yang nak bercuti ke Kuching boleh lah try stay kat sini..






Malamnya kami jalan-jalan di Pasar Malam Satok.. dekat sini ada macam-macam benda dijual.. dari souvenier seperti key-chain, t-shirt, pua kumbu, barangan kraftangan Sarawak dan pelbagai barang lagi.. memang rambang matalah kalau pergi ke sini.. disyorkan kalau nak beli souvenier belilah disini.. lebih murah berbanding di Waterfront..


Bersambung ke Part 2..