Percutian Ke Kuching - Part 2

Lama rasanya Wie tak update blog ni.. ok, kali ni Wie nak sambung story percutian Wie ke Kuching ye..


Hari kedua, kami pergi pula ke Pasar Serikin yang terletak berdekatan dengan sempadan Kalimantan.. perjalanan dengan kereta lebih kurang 1 jam lebih.. dekat sini memang boleh katakan syurga membeli belah.. ada pelbagai barangan dari cenderahati hingga tikar Sarawak yang terkenal tu.. sediakan saja fulusnya kalau nak ke sini ya kawan-kawan.. 







Dalam perjalanan balik ke Bandaraya Kuching kami singgah sebentar untuk solat dan makan tengahari di Pekan Bau.. disini kami menjamu selera dengan Nasi Ayam Penyet, Ayam Pansuh, Sayur Midin Goreng dan Laksa Sarawak yang hanya terdapat di Sarawak. Serius.. memang sedap rupanya ayam pansuh dan sayur midin goreng ni. Sebelum ni cuma tengok dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan aje.. kali ni dapatlah merasanya sendiri.. 








Petangnya pula kami ronda-ronda di sekitar Waterfront.. di hadapan Sungai Sarawak.. Disini kita boleh lah menaiki river cruise untuk menikmati pemandangan indah di sepanjang sungai ini..  jangan risau anda tak akan diganggu oleh bujang senang.. hehe..








Kalau bajet korang banyak boleh lah try menaiki Sarawak River Cruise.. harga tambangnya RM60 untuk seorang kau!!! tapi Wie taklah naik yang ni.. Wie cuma naik "AirAsia" (sebutan dalam Bahasa Malaysia ya..) "Now Everyone Can Cruise".. hehe.. yang ni cuma RM19 seorang.. jadilah.. dapat jugak merasa ber"cruise" di sungai Sarawak ni..


Untuk pergi membeli belah kek lapis sarawak yang terkenal itu pula kita kenalah menaiki perahu penambang untuk ke seberang sungai dengan bayaran hanya 50sen seorang!!! murah tok??!! 








Disini juga terletaknya Kedai Kek Lapis Dayang Salhah yang terkenal itu.. Wie dan wife juga tak melepaskan peluang untuk membeli belah kek lapis untuk dibawa pulang sebagai cenderamata..


Tak lupa juga ikan terubok masin Sarawak yang terkenal tu.. memang makanan yang wajib dibeli disini untuk dibawa pulang.


Ok lah, cukup dulu buat kali ni.. bersambung di part 3 pulak ye.. panjang sangat nanti korang bosan pulak..


Bersambung ke part 3



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Pengantin Baru Razzaq..

Murid Mati Makan Juadah Berbuka!!!

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...