Percutian Ke Kuching - Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua..


Lama juga Wie tak update blog ni sampai dah naik berhabuk dah.. al maklumlah kesibukkan dengan kerja dan tugas-tugas seharian.


Kali ni Wie nak cerita pasal trip Wie ke Kuching pada awal bulan Febuari yang lalu.. kira-kira macam 2nd honeymoon lah sebabnya Wie pergi berdua je dengan wife. Alhamdulillah.. percutian 4 hari 3 malam ke Kuching ini dapat Wie realisasikan dengan mengambil pakej flight dan hotel dari AirAsia.. memang murah dan berbaloi.. value for ur money.. 






Hari pertama sampai-sampai je airport.. kereta sewa yang Wie tempah dah sedia menunggu.. nasihat Wie kalau nak bercuti disini eloklah sewa kereta untuk memudahkan anda untuk bergerak kerana pengangkutan awam di sini tidaklah sebanyak di tempat kita.. selain dari itu GPS jangan dilupa kerana di sini papan tanda tidak banyak jadi untuk mengelakkan kita tersesat eloklah sediakan payung sebelum hujan kan..


Selepas dapat kereta Wie terus saja menuju ke hotel untuk check-in. Hotel pilihan Wie kali ini adalah Basaga Holiday Residences.. kecik je hotel ni , 3 star kalau tak silap dan mempunyai landscape yang cantik dan interior design dia yang kelas.. ala2 bali.. servis dia pun terbaik.. Wie syorkan siapa-siapa yang nak bercuti ke Kuching boleh lah try stay kat sini..






Malamnya kami jalan-jalan di Pasar Malam Satok.. dekat sini ada macam-macam benda dijual.. dari souvenier seperti key-chain, t-shirt, pua kumbu, barangan kraftangan Sarawak dan pelbagai barang lagi.. memang rambang matalah kalau pergi ke sini.. disyorkan kalau nak beli souvenier belilah disini.. lebih murah berbanding di Waterfront..


Bersambung ke Part 2.. 

Ulasan

Suriada Sulong berkata…
seronok bercuti. tp nk smpai kuching tu tak tau bila, insyaallah ada rezeki one day, hopefully. agak2 brp budjet amik pakej hotel and fligh?
hrp sudi kongsi. blh buat budjet pegi sana.
@xiM berkata…
best jugak pasar malam satok tuh..masa siang pi cari Ikan Terubuk Masin kat situ..
Mehmet Wie berkata…
Suriada : memang seronok kalau pegi bercuti ni. utk 2 org pakej flight & hotel lebih krg RM700 je.

@xiM : memang best.. saya tak sempat gi time siang, beli ikan terubuk dekat2 dgn tmpt jual kek lapis dayang salhah.

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Pengantin Baru Razzaq..

Murid Mati Makan Juadah Berbuka!!!

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...