Ad

Isnin, 26 November 2012

Ajari Aku Anuar Zain..


credit to gempakz.org


Inilah dia lagu terbaru dari penyanyi kegemaran Wie.. Anuar Zain yang bertajuk Ajari Aku.. serius Wie cakap.. lagu ni memang sedap.. naik meremang bulu kaki roma Wie bila mendengarnya.

Di dalam video klip ini juga beliau digandingkan dengan hot mama.. siapa lagi kalau bukan Nora Danish.. memang meletuplah.. dan menurut kata Anuar, Nora Danish memiliki ciri-ciri wanita idaman yang lengkap baginya.. jeng..jeng..jeng..

Video klip yang menarik dan endingnya sedih tau.. jadi korang kena tengok video klip ni baru tau ceritanya..



Nantikan juga sambungan cerita dalam video klip ni dalam video klip "Sempurnakan Aku" selepas ini.

P/S: suara Anuar Zain ni memang mantaplah..


Ahad, 25 November 2012

Air Asia 11th Anniversary Sale!!!


Yeahh.. Air Asia buat promosi lagi.. kali ni sempena ulangtahun ke-11 Air Asia.
Dengan tambang bermula dari serendah 11 sen!!!.. jangan tak percaya.. untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi seperti Bali, Hanoi, Hong Kong, Jakarta dan banyak lagi destinasi-destinasi lain.

Tempahan akan bermula dari pukul 12 tengah malam ini 26 November hingga 2 December.



Selain itu AirAsiaGo juga mengadakan promosi penginapan bermula serendah RM8!!
Jadi apa lagi.. mulalah merancang percutian anda sekarang.. jangan tunggu lama-lama sebab promosi camni biasanya terhad. Jadi siapa cepat dia lah yang dapat..

P/S: Jom ramai-ramai standby depan pc tengah malam ni..


Sabtu, 24 November 2012

Durian Crepe Oh Durian Crepe..


Mula-mula Wie baca pasal benda ni tertanya-tanya juga apa kebendanya durian crepe ni yang menjadi bualan di seantero alam maya.. kerepek durian ke apa?..

Bermula dari itu maka Wie pun berazamlah untuk mencubanya.. maka setelah di tanya dengan pakcik gugel terjumpalah dengan Lovely Cakes yang ada menjual durian crepe ni.. kebetulan pula lokasinya berdekatan dengan tempat kerja Wie..

Seperti orang mengantuk yang di sorongkan bantal.. pucuk dicita ulam mendatanglah katakan.. maka Wie pun contactlah ownernya Cik Elleya untuk tempah 2 pek durian crepe..

ni lah dia durian crepe nya..


Dan akhirnya petang tadi Wie pun berjayalah dengan jayanya 
dalam misi mendapatkan Durian Crepe ni.
Haa.. tu dia.. harga 1 pek 4 ketul tu RM10.. mahal ke?.. 
kira oraitlah.. durian pun bukannya murah kan..


Apalagi tea time Wie anak beranak hari ni ber"menu"kan durian crepe lah.. first bite.. emm.. rasa durian!!.. eh.. memanglah rasa durian kan dah intinya memang durian.. diserikan dengan whipping cream rasanya memang superb.. terus terpikat.. memang sedap.. kau memang da bomb..

haa.. tu dia.. sekali gigit rasa nak lagi.. yummyyy..

Wife dan anak-anak pun kata sedap.. Wife siap kata "tak cukup ni bang..". 
Baiklah Sayang ada rezeki lain kali kita beli lagi banyak-banyak ye..

Jadi siapa yang belum lagi mencuba durian crepe ni..
 cepat-cepatlah pergi cari sebelum sold out ye.



Rabu, 21 November 2012

Wordless Wednesday

Haa.. tu lah.. sape suruh nakal-nakal gigit perabot kat opis Wie.. kan dah kena hukum pancung..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sabtu, 17 November 2012

Daripada Nya Kita Datang Dan Kepada Nya Kita Kembali

In'nalillah Wa In'nailaihi Rajiuun..

Tengahari tadi Wie terima perkhabaran seorang saudara (makcik kepada adik ipar) Wie telah kembali ke rahmatullah kerana sakit.

Jadi Wie pun skip kerja awal untuk menghadiri majlis pengkebumian allahyarham. Sempatlah juga Wie menyertai sembahyang jenazah yang diadakan di surau Kg Parit Rasipan.

Alhamdulillah.. walaupun hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya petang ini tetapi dengan izin Allah hujan pun reda untuk membolehkan jenazah allahyarham dikebumikan.

Al-Fatihah untuk arwah semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan menjadi ahli syurga. Amin.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, 14 November 2012

Doa Akhir Dan Awal Tahun Hijrah

Assalamu'alaikum semua..

Sempena tahun baru hijrah yang bakal menjelma ni, Wie nak share dengan korang doa awal dan akhir tahun.

Semoga semua akan mendapat manfaat dari perkongsian ni ya.

Jangan lupa petang ini selepas waktu asar bolehlah dibaca doa akhir tahun manakala selepas maghrib pula dibaca doa awal tahun diikuti pula dengan bacaan yassin sebanyak 3x..

Wallahua'alam.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wordless Wednesday

Cer korang tengok betul2.. lalat ni betul ke palsu?.. kita lihat siapa yang kenaaaa..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus - Episod 1


As'salamualaikum semua..

Hari ini bermula siri kuliah Ustaz Azhar Idrus di channel Astro Oasis.
Siarannya bermula dari hari ini hingga 15hb November, pukul 7.30 mlm dan siaran ulangan pada pukul 11 mlm.





Cara beliau menyampaikan kuliah yang santai dan bersahaja serta disulami dengan lawak jenaka dapat menambat hati pelbagai golongan masyarakat terutamanya anak-anak muda untuk lebih mendekatkan diri kepada agama.

Wie suka menonton kuliah beliau terutamanya segmen soal jawab agama dimana secara tidak langsung dapat merungkai kemusykilan kita tentang permasalahan agama.

Untuk yang terlepas menonton kuliah beliau tadi bolehlah menonton secara online disini.



Wallahualam.. semoga kita mendapat manfaat yang berguna dari perkongsian Wie ini.


Isnin, 12 November 2012

Majlis Perkahwinan Bro Framestone - Selamat Pengantin Baru Bro!!!

Alhamdulillah.. hari ni Wie dan famili telah menghadirkan diri di majlis persandingan blogger otai "Bro Framestone".. Majlis di sebelah pihak perempuan yang kebetulan dekat bebenor dengan rumah Wie.. jalan kaki pun boleh sampai..


Selamat pengantin baru.. Bro Framestone & Iera Kan.


Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Bro Framestone dan isteri dari Wie sekeluarga.. semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu akhir hayat.. Amin..


Dah datang.. jangan lupa sain autograph ye..


Kebetulan sewaktu Wie sampai ke tempat majlis pengantin baru nak mula makan berdamai.. ehh.. biar betul!! belum apa-apa dah gaduh dulu ke sampai nak kena makan berdamai??.. opsss.. namanya saja ye makan berdamai.. diorang tak gaduh pun.. happy jer..


sedang makan berdamai..

ni nak potong kek ke nak cincang.. bro..

alolo.. so sweet..


Dan yang paling mengujakan selain dari dapat berjumpa Bro Framestone dan isteri secara live.. Wie juga dapat jumpa dengan blogger otai.. siapa lagi kalau bukan "Ben Ashaari".. memang langkah kanan lah Wie.. dapat berbual-bual dengan Ben..


blogger otai jumpa blogger baru nak jadi blogger.. 

Ben Ashaari & Family.. yg belakang tu Sis Lin..

Selain dari itu.. dapat juga berjumpa dan beramah mesra dengan blogger-blogger seperti  Mama MaszullSis LinLyssa Faizureen dan beberapa orang blogger lagi yang Wie tak berapa ingat nama mereka.. Anyway.. happy sebab dapat berkenalan dengan mereka semua.


antara blogger2 yang dapat Wie jumpa..

bergambar kenangan bersama mempelai..



Ahad, 4 November 2012

Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis

screenshot dari hengpong kawang..


Assalamualaikum dan salam sejahtera kengkawan semua,

Alhamdulillah..akhirnya setelah melalui berbagai rintangan dan halangan.. UAI akan mula bersiaran di Astro Oasis dalam program bertajuk Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus pada 13,14 & 15 November 2013 ini pada pukul 7.30 malam.

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menonton kuliah dari beliau semoga sedikit sebanyak akan dapat dijadikan panduan untuk kita.

Semoga kita akan mendapat manfaat dari program ini.

Wallahua'lam.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 1 November 2012

BR1M 2.0



Seperti yang korang semua dah sedia maklum, kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia @ BR1M 2.0. 

Bagi penerima BR1M yang sedia ada tidak perlulah lagi mendaftar semula dan untuk pemohon baru yang layak korang bolehlah mendaftar secara online DISINI atau pun secara manual dengan mendownload borang DISINI, lepas lengkapkan borang bolehlah hantar ke cawangan LHDN yang berdekatan.

Kalau korang nak tahu korang layak tak untuk memohon BR1M ni bolehlah tengok DISINI .

P/S : Selamat memohon, dah dapat nanti bolehlah belanja Wie ye.. hehe..

lepas baca tolong klik kat sini ye kawan-kawan : http://bitly.com/Sf6DZ3