Ad

Ahad, 30 September 2012

SMS yang tak diundang. Apa nak buat?

Hari ni tiba-tiba dapat mesej ni. Yang peliknya, Wie takde pula subscribe pun. Ciss.. ni mesti kerja orang yang nak cari duit cara mudah dengan cara CURI kredit henpon kita dengan cara hantar mesej-mesej mengarut ni. Wie rasa modus operandi diorang ialah dengan randomly registerkan nombor kita dalam sistem diorang.

Kawan-kawan Wie dah ramai yang terkena dengan sms durjana ni sampai ada yang habis kredit diorang dikerjakan, tak sangka pula kali ni Wie pula yang dapat.

Jadi apa perlu kita buat bila kena camni?? Call telco? Tak banyak membantu, habis-habis pun dia bagi nombor telefon syarikat tu suruh kita call sendiri cancelkan.

Wie try ikut arahan yg diberi dalam sms tu, mula-mula tak berjaya. Setelah Wie try hantar STOP All barulah servis tu berjaya di cancelkan.

Pada pendapat Wie, SKMM patut ban jer servis mengarut camni, bukannya kita perlu pun malah menimbulkan masalah kepada kita jer adalah. Kalau takde servis camni pun tak jadi kudis pada kita.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 27 September 2012

Jalan-Jalan Ke Aquaria KLCC

Salam semua..


KLCC.. kat bawah ni lah letaknya Aquaria.
Kali ni Wie nak cerita pasal kami sekeluarga jalan-jalan ke Aquaria KLCC.. walaupun cerita ni dah basi sebab waktu kami pergi ni bulan Jun yang lepas.. waktu ni cuti Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong.. 













4 sepupu berposing..
 Kami pergi dua family, family Wie dan adik lelaki Wie termasuk juga mak Wie. Ini lah peluang untuk kitaorang bersantai-santai bersama keluarga dan anak-anak.

Waktu cuti punyalah ramai orang beratur nak beli tiket..






Bagi yang tak pernah masuk lagi ke sini, tiket untuk warganegara dewasa ialah RM35, kanak-kanak RM25 dan warga emas RM25 manakala untuk bukan warganegara tambah lagi RM10. Waktu Wie pergi ni ada promosi pakej keluarga cuma RM99 jer.. so jimatlah sikit kan.
suasana dalam terowong..


Di dalam ni kita boleh lah tengok berbagai jenis ikan.. dari yang kecik hingga yang besar.. ada juga part di mana ikan yang tengok kita.. sebab kita duduk dalam terowong.. hehe.. kiranya kita yang duduk dalam aquarium lah pulak ye..
Wie pun dah tak larat nak menaip lagi.. so korang tengok lah dulu gambar-gambar yang ada ni.. 
macam ikan flowerhorn lah pulak..

tu dia.. jaws..

jaws lagi.. rilek jer dia berenang..

















































arapaima.. besar beb..














ni belangkas ye adik-adik..


















depan tangki ikan piranha.. comel jer ikannya..


Cana & Otter..


anak-anak dara ku.. opsss.. yg belakang tu mak dara ye..

tu dia.. macam-macam jenis kumbang tanduk..























eh.. ni taman rama-rama ke?? konpius kejap..

rama-rama lagi.. 
Disini, selain dari kita dapat melihat pelbagai jenis ikan.. ada juga pelbagai jenis serangga yang dipamerkan seperti rama-rama, kumbang-kumbang dan even ular pun ada.
ni yang dah kena awet..

tu dia.. ular sawa albino kat belakang..

err.. ni apa nama tah..

south american coati..

froggy pun ada..

tulunnn.. jaws nak makan aku!!!

Overall memang berbaloi untuk pergi ke Aquaria ni.. dan lepas dah penat berjalan-jalan di sini bolehlah kita melepaskan lelah di Suria KLCC pula.



Rabu, 26 September 2012

Wordless Wednesday






Dapat keychain souvenier dari member yang baru balik bercuti ke Bali.. haii.. bila lah pula Wie nak sampai ke sana..

Ahad, 23 September 2012

Big Sale Air Asia Datang Lagi!!!


Yeahhh!!!.. AirAsia buat sale lagi.. free seat untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa.. so apa lagi kengkawan semua.. jangan lepaskan peluang ni untuk merancang percutian korang untuk tahun depan.. yaa.. tahun depan ye bukan tahun ni.. biasalah kalau nak tiket murah memang kena book awal-awal.

Wie pun tak melepaskan peluang ni untuk book tiket untuk rancangan percutian Wie pada tahun depan.. memang berbaloi.. free seat tu.. cuma bayar cukai jer..


Cuba korang tengok graf ni.. masih ada banyak lagi offer untuk korang rebut.. nasihat Wie.. kalau dah dapat flight yang korang cari tu jangan fikir lama-lama terus confirmkan booking.. kalau tak menyesal nanti sebab ramai lagi yang menunggu peluang ni.. guna je maybank2u untuk buat pembayaran.. cepat dan selamat.. kalau nak guna kad kredit pun boleh juga tapi ada processing fees.

Jadi apa tunggu lagi.. offer berakhir tengah malam ni.. jadi jom book sekarang supaya tak menyesal di kemudian nanti.. selamat mem"book" ye..