Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Imej
Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna. Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran. Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Men

Wordless Wednesday

Imej
Harta rampasan dari KLIMS '13..

Wordless Wednesday

Imej
p/s : mood holiday lagi ni.. inilah pemandangan matahari terbit di Kota Bandung dilihat dari bilik penginapan kami.

Wordless Wednesday

Imej
P/s: yeayy.. passport dah ready.. now we can fly..

Macam mana nak buat pasport??

Imej
Salam Bloggerian semua.. Rasanya lama sudah Wie tak mencoret di blog Wie ni.. dah demam  rayalah katakan.. sibuk bekerja dan menziarahi sanak saudara dan menghadiri jemputan ke rumah terbuka. Ok.. memandangkan Wie akan ke obersea tak lama lagi.. makanya memerlukan kita ada pasport. Camne nak adakan passport??.. tentulah kena buat di pejabat imigresen kan.. jadi disini Wie nak sharekan dengan korang.. prosedur camne nak buat pasport. Untuk pasport ni ada 2 jenis bayaran : 1) RM 100 untuk 2 tahun 2) RM 300 untuk 5 tahun Langkah yang pertama : Mesti ada kad pengenalan ye dan kena sediakan 2 keping gambar berukuran pasport dengan berlatar belakangkan putih untuk pasport jenis baru dan latar belakang biru untuk pasport jenis lama. Untuk senarai pejabat imigresen yang mengeluarkan pasport jenis baru boleh rujuk disenarai ini. Nanti tersalah bawa gambar dah kena dua kali kerja pula. Langkah kedua : Dapatkan borang dari pejabat imigresen berdekatan dan isi borang permohon

Menang Contest Birthday AE

Imej
Salam Bloggerian semua, Sesampai je Wie di rumah petang ni.. dapat notification di FB.. check-check rupanya dari AE a.k.a.  Abang Ensem  .. Blogger hartanah yang memang ensem yang menjadi poojaaan gadis-gadis seantero malaya.. (gadis jer ye.. hehe).. Alhamdulillah.. Wie telah pun berjaya memenangi 'Contest Birthday AE' di FB Abang Ensem .. sempena birthday  Abang Ensem  yang ke 39 ini.. Masih ada 1 'Contest Birthday AE' yang masih berjalan sehingga pukul 12 tengahari esok jadi barang siapa yang berhajat untuk mencuba nasib bolehlah usha-usha di blog  Abang Ensem  atau pun boleh terus klik di  SINI  . Selamat Mencuba. p/s : nampaknya tak sia-sia usaha Wie mengarang jawapan selepas waktu subuh.

Pengalaman Membeli Belah Di Superbuy.My

Imej
Salam Bloggerian semua, Hari ni Wie nak bercerita tentang pengalaman Wie membeli belah secara online di Superbuy.My. Ini merupakan kali kedua Wie membuat pembelian disini dan Alhamdulillah.. Wie sangat berpuas hati. Wie telah buat order dan bayaran pada hari selasa yang lalu dan semalam petang mereka dah email Wie memaklumkan barang yang Wie order telah pun di kourierkan.. mereka juga berikan 'tracking number' untuk memudahkan kita memantau pergerakkan barangan tersebut.. dan Alhamdulillah pagi tadi barang pesanan Wie telah pun selamat diterima. Sangat berpuashati dengan servis mereka dan penghantaran juga cepat. P/S : sebelum membuat order pastikan stok barangan yang kita nak tu available atau tak dan yang penting pastikan ada 'Free Shipping' supaya korang tak kena caj tambahan untuk penghantaran.

Assign Jobs - Cara Buat Duit Secara Online

Imej
Salam Bloggerian, Hari ini berblogwalking ke blog  Dkna Abza  , dia cerita pasal  Assign Jobs .. jadi Wie trylah pergi website dia usha-usha dan ter'sign up' lah pulak.. hehe.. Ok.. mari Wie cerita apa itu  Assign Jobs ..  Assign Jobs  ialah laman sesawang yang menyediakan peluang kepada korang semua untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan bekerja secara online dengan cara melakukan tugasan yang diberikan dengan kadar yang telah ditetapkan. Caranya sungguh mudah, korang sign up je di  Assign Jobs  dan secara automatik akan dikreditkan dengan $2. Mudahkan!!! Lepas tu korang bolehlah mula meng'apply' untuk job-job yang tersedia. Bila pendapatan korang dah mencecah $30 maka bolehlah di 'cash-out' kan. Bayaran pula dalam USD.. jadi korang kalilah dapat berapa.. banyak jugak tu.. Rezeki jangan ditolak.. Pepatah orang putih mengatakan ' No Pain No Gain '.. jadi apa tunggu lagi..  Jom Daftar Di Assign Jobs.Com   p/s : Wie dah

Akhirnya Dapat Dekoder Astro Baru..

Imej
Salam Bloggerian Semua, Minggu lepas Wie dapatlah panggilan dari Astro.. mengatakan mereka akan hantar kontraktor untuk menukar  piring terbang  satelit dan dekoder lama Astro Wie  kepada yang baru.. B-yond.. yang bestnya tak ada caj tambahan untuk HD sebab Wie  memang tak berhajat ambil pun.. sebelum ni memang diorang asyik  call je suruh tukar tapi kena tambah caj bil RM20.. so bila fikir-fikir setahun kena bayar extra RM240 terus reject je..  dari bazir RM240 tu baik Wie simpan buat gi jalan-jalan lagi baik.. hehe.. Bila mereka kata tak ada caj tambahan, tak ada kontrak dan  pemasangan percuma.. barulah Wie setuju untuk tukarkan  set dekoder Astro Wie tu.. (hehe.. akhirnya berjaya juga Wie..) Akhirnya petang sabtu lepas datanglah kontraktor pemasangan untuk  menggantikan dekoder lama dan memasang dekoder yang baru.. banyak tu.. boleh jual dekat besi buruk ni..  Ah Bang (abang) kontraktor sedang melakukan kerja-kerja penggantian dekode

Cuti-Cuti Kota Kinabalu - Day 2

Imej
Ok.. sambung lagi dari Day 1 .. Pada hari ke-2, awal-awal pagi lagi Wie dan famili dah bergerak menuju ke Kundasang untuk melihat keindahan ciptaan Allah.. gunung antara yang tertinggi di Asia iaitu Gunung Kinabalu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam, dalam perjalanan kami melalui pekan Tamparuli yang terkenal dengan jambatan gantung iaitu Jambatan Tamparuli.. "Doi.. doi.. jambatan.. jambatan do tamparuli.." Cewahhh.. pandai pulak Wie menyanyi dalam bahasa Kadazan ni..           inilah dia Jambatan Tamparuli yang femes tu.. Wie tak berkesempatan berjalan melaluinya.. hanya lalu saja.. tu dia.. suasana pagi yang berkabus dan sayup-sayup kelihatan Gunung Kinabalu.. Wie sampai di kawasan Kinabalu Park lebih kurang pukul 8 pagi.. orang kata waktu yang sesuai kalau nak tengok Gunung Kinabalu ni sebelum pukul 10 pagi, kalau dah tengahari puncak gunung dah diselubungi kabus. yeah.. akhirnya dapatlah menatap keindahan Gunung Kinabalu di depan mata..

Jom Semak Daftar Undi Anda

Baiklah.. setelah parlimen dibubarkan hari ni 3 April 2013 maka akan bermulalah fasa baru dalam sistem demokrasi berparlimen di negara kita iaitu proses penamaan calon dan proses pengundian.  Bagi yang dah cukup umur serta telah pun mendaftar sebagai pengundi, korang semua bolehlah mula menyemak status pengundi anda samada pengundi berdaftar atau pengundi hantu.. hehe.. Korang bolehlah semak status daftar pemilih di link ini:                                 SEMAKAN DAFTAR PEMILIH p/s : Selamat Mengundi kepada semua kawan-kawan. Undilah dengan bijak.

Selamat Pengantin Baru Razzaq..

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Mak oiii.. dah dekat sebulan lamanya Wie tak update blog.. dah naik bercendawan dah ni.. harap-harap ada lagi yang sudi bertandang ke blog Wie ni ye.. OK, pada 10.03.2013 yang lalu Wie sekeluarga telah pergi mengikuti rombongan untuk menghantar pengantin sepupu Wie, Razzaq Khan di Sijangkang, Teluk Panglima Garang. Ramai saudara mara Wie yang turut serta dalam rombongan menghantar pengantin ni. Takyah cerita panjang lebar.. jom layan gambar2 sekitar majlis.. tu dia pengantin lelaki segak bergaya.. pengantin lelaki sedang berarak menuju rumah pengantin perempuan.. antara ahli2 rombongan pengantin.. bukan rombongan cik kiah ye.. hehe.. sang isteri menyambut ketibaan sang suami.. kat sini takde tol2 ye.. sempoiii.. pasangan mempelai bak merpati dua sejoli.. bagai pinang dibelah dua.. Razzaq & Rosmayanti.. sedang menyaksikan pengantin bersanding.. makan berdamai.. actually makan beradab..  haa.. t

Cuti-Cuti Kota Kinabalu - Day 1

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada hari ini 24hb Januari 2013, setelah berjaya merebut tiket murah AA dan setelah menunggu hampir setahun akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.. Yeahhhh!!! Masa untuk percutian keluarga.. destinasi kali ini.. Kota Kinabalu, Sabah, negeri dibawah bayu selama 4 hari 3 malam.. Percutian kali ini juga adalah merupakan pengalaman pertama bagi anak-anak Wie menaiki kapal terbang dan tak lupa Wie juga bawa bersama ibu Wie yang tercinta.. that's mean kami pergi berlima lah. Flight kami dijadualkan pada pukul 9.45 pagi jadi seawal pukul 8 pagi lagi kami dah terpacak di airport Senai (eh.. awal ke??). Excited tu especially for 2 of my daughter. Adik Wie sekeluarga turut menghantar kami di airport, plannya diorang pun nak join juga tapi tak dapat tiket so kenalah tinggal ye.. Wie dah siap-siap buat web check-in jadi tak perlu rushing nak check-in bagai di airport. Just drop luggage dan terus boleh masuk tunggu boarding dan berlepas