Ad

Khamis, 29 September 2011

Halal JAKIM

Al kisahnya mulai 1 Januari 2012 hanya logo halal yang dikeluarkan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang diiktiraf dan boleh digunakan. Ini bermakna segala logo-logo halal yang digunakakan sebelum ni adalah tidak halal digunakan (hehe.. tak sah lah tu..)

Ni contoh logo halal yang diiktiraf ye..


Ni pulak contoh logo halal selain dari logo halal JAKIM.. status halalnya.. Wallahualam..

Diharap lepas ni kalau kita nak beli atau nak makan dimana-mana tengok-tengok lah pada logo halal JAKIM supaya kita lebih yakin status kehalalannya.. cuma jangan pula peniaga-peniaga ni ambil kesempatan dengan menggunakan logo halal ni tanpa mendapat kelulusan dari JAKIM. 

Pihak yang berwajib pula kenalah memantau dengan lebih rajin lagi bagi memastikan tempat-tempat makan yang memaparkan logo halal ni benar-benar terbukti kehalalannya.. jangan halal pada logo saja.. Wallahualam.

Tiada ulasan: