Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Akhirnya Dapat Dekoder Astro Baru..

Imej
Salam Bloggerian Semua, Minggu lepas Wie dapatlah panggilan dari Astro.. mengatakan mereka akan hantar kontraktor untuk menukar  piring terbang  satelit dan dekoder lama Astro Wie  kepada yang baru.. B-yond.. yang bestnya tak ada caj tambahan untuk HD sebab Wie  memang tak berhajat ambil pun.. sebelum ni memang diorang asyik  call je suruh tukar tapi kena tambah caj bil RM20.. so bila fikir-fikir setahun kena bayar extra RM240 terus reject je..  dari bazir RM240 tu baik Wie simpan buat gi jalan-jalan lagi baik.. hehe.. Bila mereka kata tak ada caj tambahan, tak ada kontrak dan  pemasangan percuma.. barulah Wie setuju untuk tukarkan  set dekoder Astro Wie tu.. (hehe.. akhirnya berjaya juga Wie..) Akhirnya petang sabtu lepas datanglah kontraktor pemasangan untuk  menggantikan dekoder lama dan memasang dekoder yang baru.. banyak tu.. boleh jual dekat besi buruk ni..  Ah Bang (abang) kontraktor sedang melakukan kerja-kerja penggantian dekode

Cuti-Cuti Kota Kinabalu - Day 2

Imej
Ok.. sambung lagi dari Day 1 .. Pada hari ke-2, awal-awal pagi lagi Wie dan famili dah bergerak menuju ke Kundasang untuk melihat keindahan ciptaan Allah.. gunung antara yang tertinggi di Asia iaitu Gunung Kinabalu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam, dalam perjalanan kami melalui pekan Tamparuli yang terkenal dengan jambatan gantung iaitu Jambatan Tamparuli.. "Doi.. doi.. jambatan.. jambatan do tamparuli.." Cewahhh.. pandai pulak Wie menyanyi dalam bahasa Kadazan ni..           inilah dia Jambatan Tamparuli yang femes tu.. Wie tak berkesempatan berjalan melaluinya.. hanya lalu saja.. tu dia.. suasana pagi yang berkabus dan sayup-sayup kelihatan Gunung Kinabalu.. Wie sampai di kawasan Kinabalu Park lebih kurang pukul 8 pagi.. orang kata waktu yang sesuai kalau nak tengok Gunung Kinabalu ni sebelum pukul 10 pagi, kalau dah tengahari puncak gunung dah diselubungi kabus. yeah.. akhirnya dapatlah menatap keindahan Gunung Kinabalu di depan mata..

Jom Semak Daftar Undi Anda

Baiklah.. setelah parlimen dibubarkan hari ni 3 April 2013 maka akan bermulalah fasa baru dalam sistem demokrasi berparlimen di negara kita iaitu proses penamaan calon dan proses pengundian.  Bagi yang dah cukup umur serta telah pun mendaftar sebagai pengundi, korang semua bolehlah mula menyemak status pengundi anda samada pengundi berdaftar atau pengundi hantu.. hehe.. Korang bolehlah semak status daftar pemilih di link ini:                                 SEMAKAN DAFTAR PEMILIH p/s : Selamat Mengundi kepada semua kawan-kawan. Undilah dengan bijak.