Ad

Selasa, 15 April 2014

Best ke Seminar Dr Azizan??

Assalamualaikum bloggerian semua,

Sabtu yang lepas Wie telah berkesempatan untuk menghadirkan diri di Seminar Bangkit Berniaga anjuran Richworks yang diadakan di Hotel Berjaya Waterfront di The Zon, Johor Bahru.

Sebut saja nama Dr. Azizan tentu ramai yang mengenali pakar pemasaran no.1 di asia ini.

Kesempatan menghadirkan diri ke seminar beliau memang tak ternilai.. dah lah percuma dapat pula buku beliau pun percuma juga.. siapa kata rugi memanglah dia tak tahu nak menilai..

Memang banyak cerita negatif tentang beliau yang kedengaran tetapi dari pemerhatian Wie sepanjang menghadiri seminar beliau rupanya cerita2 tersebut lebih kepada cerita2 orang yang iri kepada kejayaan beliau..

Apa pun tak rugi menghadirkan diri di seminar beliau kerana walaupun ianya merupakan sesi previu untuk kelas2 advance beliau tetapi sedikit sebanyak ianya dapat memotivasikan diri kita.

Dengan kehadiran khas Hj Asri, pakar pelaburan saham juga telah sedikit sebanyak menbuka mata kita khususnya orang2 melayu yang teramat kurang terlibat dalam jual beli saham.

Pada pendapat Wie tak rugi kita menghadiri seminar2 ni samada percuma atau berbayar kerana ia akan membantu memotivasikan diri kita.

Wallahualam..