Ad

Sabtu, 9 Februari 2013

Rewang..


Rewang? Tentu korang pun pernah kan.. Begitulah adat hidup bermasyarakat.. Tolong menolong suatu kemestian terutama dalam hal-hal melibatkan kenduri kendara..

Hari ni Wie pun berkesempatan bersama-sama berewang di rumah jiran di kejiranan baru Wie yang akam mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya esok.

Memang meriah bersama-sama bergotong royong memotong daging, membasuh ayam, memotong bawang dan macam-macam lagi..

Selain dari itu ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama jiran tetangga.

Jadi apa di tunggu lagi.. Jom lah rewang..

Published with Blogger-droid v2.0.10

2 ulasan:

Mas Zull berkata...

assalamualaikum wie...seronok kalau kenduri ada rewang mcm ni..

NORSHAHFEZA HAMSAN berkata...

wah dah lame saye xrewang,hihih xslalu ade kt kampung