Cuti-Cuti Kota Kinabalu - Day 2

Ok.. sambung lagi dari Day 1..

Pada hari ke-2, awal-awal pagi lagi Wie dan famili dah bergerak menuju ke Kundasang untuk melihat keindahan ciptaan Allah.. gunung antara yang tertinggi di Asia iaitu Gunung Kinabalu.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam, dalam perjalanan kami melalui pekan Tamparuli yang terkenal dengan jambatan gantung iaitu Jambatan Tamparuli.. "Doi.. doi.. jambatan.. jambatan do tamparuli.." Cewahhh.. pandai pulak Wie menyanyi dalam bahasa Kadazan ni..

         
inilah dia Jambatan Tamparuli yang femes tu.. Wie tak berkesempatan berjalan melaluinya.. hanya lalu saja..

tu dia.. suasana pagi yang berkabus dan sayup-sayup kelihatan Gunung Kinabalu..
Wie sampai di kawasan Kinabalu Park lebih kurang pukul 8 pagi.. orang kata waktu yang sesuai kalau nak tengok Gunung Kinabalu ni sebelum pukul 10 pagi, kalau dah tengahari puncak gunung dah diselubungi kabus.
yeah.. akhirnya dapatlah menatap keindahan Gunung Kinabalu di depan mata..

ni penginapan yang ada di Kinabalu Park.. korang googlelah sendiri kalau berminat nak stay di sini..
ni pula di Pondok Timpohon.. pintu masuk dan starting point bagi sesiapa yang nak mendaki Gunung Kinabalu..

Lepas lepak-lepak sambil menghayati keindahan Gunung Kinabalu kami pun meneruskan perjalanan.. menuju ke Poring Hot Spring.. perjalanan lebih kurang sejam dari Kinabalu Park.. Sampai di sana apa lagi berendam sakanlah anak-anak Wie di kolam-kolam yang disediakan. yang bestnya disini.. kehangatan airnya boleh korang adjust sendiri.. ada disediakan paip air panas dan sejuk.. jadi pandai-pandailah kita campurkan..

di kawasan Proing Hot Spring..

Sementara anak-anak Wie berendam dalam kolam air panas, Wie dan wife pula meneroka satu lagi aktiviti yang menjadi tarikan disitu.. iaitu Canopy Walk.. haaa.. siapa yang takut pada ketinggian a.k.a. gayat tu janganlah nak gatal-gatal pergi cuba ye.. takut keras terpaku disitu pula.. memang seronok dapat meneroka dan melihat pemandangan sekeliling dari atas Canopy Walk ni.. seriusss.. cubalah..



Memandangkan hari pun dah hampir petang.. Wie decide untuk kami semua pergi melawat ladang teh Sabah Teh yang terletak kira-kira 30km dari Poring Hot Spring.. Di sini bolehlah kita shoping beli-beli teh Sabah Teh untuk dibawa pulang sebagai buah tangan untuk saudara mara..


Oppsss.. Lupa nak story.. di pekan Kundasang tadi kami singgah untuk membeli buah yang hanya terdapat di Sabah ni.. iaitu Buah Tarap.. buah ni di semenanjung memang tak jumpa punya.. kulit dia macam berus.. tapi lembut.. nak buka kopek je guna tangan tak perlu nak guna pisau segala.. baunya wangi, isinya kecil-kecil seperti buah cempedak dan seriously.. sedapppp.. nasib baik tak boleh bawa naik kapal terbang kalau tak Wie dah borong bawa balik.. 

nilah dia Buah Tarap.. serius.. korang kena try kalau datang ke sini

Ok.. selesai pengembaraan untuk hari kedua.. kerana kekangan masa banyak lagi tempat-tempat menarik di sekitar Kundasang yang tak sempat dilawati.. Insha Allah kalau ada rezeki lain kali kami return lagi ke sini.. kami bertolak balik ke Kota Kinabalu lewat petang.. perjalanan balik diselubungi kabus tebal walaupun jam baru menunjukkan jam 6 petang.. 

Tiba di Kota Kinabalu hari pun dah malam.. terus sambung shopping di Pasar Filipin lagiiiii.. borong jangan tak borong.. hehehe..

Ok.. bersambung lagi di Day 3..

Ulasan

Zura berkata…
salam perkenalan Wie,

Zura pun baru je balik daripada KK.. Sabah mmg best gile kan.. Zura dh follow blog Wie nih.

http://jalanjalan-makanmakan.blogspot.com/
NORSHAHFEZA HAMSAN berkata…
besnyerrr.heheh eh buah tarap tu mcm cempedak kn
Mehmet Wie berkata…
@Zura Lee Tq follow ye.. Sabah memang best gila.. banyak lagi tempat yang tak sempat nak pegi.. ada rezeki nak repeat lagi ke sana nanti..
Mehmet Wie berkata…
@NORSHAHFEZA HAMSAN yup.. macam cempedak cuma isinya kecil sikit dari cempedak dan berwarna putih.. tapi memang sedappp..

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Pengantin Baru Razzaq..

Murid Mati Makan Juadah Berbuka!!!

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...