Macam mana nak buat pasport??

Salam Bloggerian semua..

Rasanya lama sudah Wie tak mencoret di blog Wie ni.. dah demam  rayalah katakan.. sibuk bekerja dan menziarahi sanak saudara dan menghadiri jemputan ke rumah terbuka.

Ok.. memandangkan Wie akan ke obersea tak lama lagi.. makanya memerlukan kita ada pasport. Camne nak adakan passport??.. tentulah kena buat di pejabat imigresen kan.. jadi disini Wie nak sharekan dengan korang.. prosedur camne nak buat pasport.



Untuk pasport ni ada 2 jenis bayaran :
1) RM 100 untuk 2 tahun
2) RM 300 untuk 5 tahun

Langkah yang pertama : Mesti ada kad pengenalan ye dan kena sediakan 2 keping gambar berukuran pasport dengan berlatar belakangkan putih untuk pasport jenis baru dan latar belakang biru untuk pasport jenis lama.

Untuk senarai pejabat imigresen yang mengeluarkan pasport jenis baru boleh rujuk disenarai ini. Nanti tersalah bawa gambar dah kena dua kali kerja pula.



Langkah kedua : Dapatkan borang dari pejabat imigresen berdekatan dan isi borang permohonan dulu. Untuk download borang korang boleh juga dapatkan DI SINI. Lepas tu isilah apa yang patut.

Langkah ketiga : Datang awal pagi ke pejabat imigresen kalau nak settle cepat.. kalau datang lambat silap-silap nombor giliran pun dah habis.. melepas nanti.. Waktu ambil nombor giliran korang kena serahkan kad pengenalan dan gambar dua keping. Lepas tu tunggulah sampai dipanggil.

Langkah keempat : Selepas dipanggil dan siap cop jari segala.. korang akan disuruh buat bayaran di kaunter bayaran pula. Bila buat bayaran dia akan bagi korang resit dan lepas 1 jam dah boleh datang ambil pasport.

Langkah kelima: Lepas 1 jam korang dah boleh ambil pasport korang yang dah siap tu di kaunter kutipan/serahan pasport. Pastikan gambar korang betul dan ensem/cun.. yelah.. mana tau termasuk gambar orang lain kan.. tak ke haru nanti.. periksa ejaan nama, no kad pengenalan dan sebagainya. dah puas hati bagilah autograph korang dekat kerani tu yer.. maka selesailah urusan mendapatkan pasport.

Lepas tu korang dah boleh pergi ke mana saja yang korang nak. Sekian.

P/S : dah ada pasport bolehlah book tiket pulak kan.. hehe..







Ulasan

maszull berkata…
assalamualaikum wie...wah seronoknya nak ke mana pula kali ni...:)
Mehmet Wie berkata…
@Mas Zull wa'alaikumussalam mama.. insha Allah.. wie akan ke bandung bulan depan.. utk honeymoon yg ke berapa kali tah.. hehe..

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Pengantin Baru Razzaq..

Murid Mati Makan Juadah Berbuka!!!

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...