Ad

Ahad, 22 April 2012

Percutian Ke Kuching - Part 3

Ok, ni entry yg tertunda2 dah berbulan2 dek kerana M besar sedang melanda.. so korang layan jer part terakhir percutian Wie ke Kuching ni ye..

Hari ke tiga kami di Kuching.. destinasi kami seterusnya ialah melawat ke Kampung Budaya Sarawak.. walaupun tiket masuknya boleh lah dikategorikan sebagai agak mahal (RM60 sorang) tetapi mengenangkan kesempatan ini hanya datang sekali sekala maka Wie pun pejamkan mata.. buka wallet dan bayar.. bak kata orang tua-tua.. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..


yeahhh.. akhirnya berjaya menjejakkan kaki di sini.. sarawak cultural village..



Di dalam ni terdapat rumah-rumah tradisi kaum-kaum yang terdapat di Sarawak ini.. kita akan dapat merasai sendiri pengalaman berada di rumah-rumah tradisi mereka. pendek kata dengan berkunjung ke sini akan lengkaplah pengembaraan kita ke bumi kenyalang ini..


dalam cultural village.. boleh tengok rumah-rumah budaya sarawak..


Wie menghabiskan masa seharian di sini untuk melawat ke semua rumah-rumah tradisi di sini dan menonton persembahan kebudayaan sebanyak 2 kali.. serius.. 2 kali tau.. memang bestlah dekat dalam ni.


culture show di sarawak cultural village.. mesti tonton kalau ke sana..



Sepanjang percutian Wie ini juga Wie tak lepaskan peluang untuk mencuba makanan-makanan trademark Sarawak yang tidak terdapat di tempat kita. Antara makanan yang dapat Wie cuba dan rasa seperti Nasi Ayam Penyet (di pekan Bau, serius sedap..) Ayam Pansuh, Mee Kolok serta Laksa Sarawak yang semuanya memang sedap-sedap belaka. Kepada sesiapa yang nak pergi bercuti ke Sarawak, Wie cadangkan korang cuba dan try semua makana ni kalau tak menyesal nanti.. 


antara juadah Sarawak yang sempat dilahap.. hehe.. 



Maka berakhirlah percutian a.k.a 2nd honeymoon Wie bersama wife ke Kuching.. Insyaallah jika ada rezeki lain kali Wie akan berkunjung lagi ke sini kerana banyak lagi tempat2 menarik yang belum sempat Wie lawati dalam kunjungan kali ini.

Tips untuk yg bercadang melancung ke Sarawak :

1. Book pakej tiket & hotel dgn airasia.. serius jimat gila kalau kena gayanya.. kena rajin survey dan kena book awal-awal tau.

2. Sewa kereta pandu sendiri untuk memudahkan pergerakkan korang sebab di sini pengangkutan awamnya agak kurang berbanding di semenanjung. Nak murah sewa kereta dgn student Unimas.. siapa nak contact no diorang boleh pm Wie ya. Korang boleh google untuk dapatkan kereta sewa dengan harga yang berpatutan.

3. Guna GPS untuk memudahkan pengembaraan korang sebab kat sini papan tanda agak kurang jadi untuk mengelakkan kesesatan gunalah GPS ye..

4. Rancang perjalanan korang supaya tak membuang masa. Survey dulu tempat-tempat menarik yang korang rasa nak pergi  di sini.

5. Sediakan fulus yang secukupnya kerana di sana korang akan rambang mata dengan pelbagai barangan kraftangan, souvenier dan buah tangan yang memang menarik dan murah.

Sekian.


16 ulasan:

Umie Artoqiemie berkata...

rindu plak kuching tengok gambar ni semua sobs

misznina berkata...

last sekali pergi Sarrawak 2009..
Best kan??
Kalau ada student card, boleh guna masuk rumah Kampung Budaya Sarawak.. Tak silap kena RM15 ke RM30.. tapi jimat gak lah... hehehe

maszull berkata...

assalamualaikum wie....wah !!! bestnya berhoneymoon n jejalan skali best2...:)

Mohd Billy berkata...

nak gak p swk :)

.*.WiE.*. berkata...

Umie : Kampung kat kuching ke??

misznina : bestttt!!! rasa nak pegi lagi jer..

maszull : memang best mama, tu namanya serampang 2 mata.. sambil menyelam sambil minum air.. hehe..

Mohd Billy : apalagi.. book cepat2 dgn airasia.. nanti dpt tiket murah.. :)

~SaTo OrEo~ berkata...

salam..

saya berminat nk dptkan contact nombor kereta sewa student unimas. boleh email? TQ :)

sato17@gmail.com

darklight berkata...

Sy nk dptkn no kereta sewa student unimas tu.. Sy nk g sarawak ujung bulan ni.. Email sy ye. Thank you so much..

elly_miera2004@yahoo.com

darklight berkata...

Saya berminat nk dapatkan no kete sewa student unimas tu.. Sy nak g sarawak ujung bulan ni. Email sy ek.. Thank you so much.
elly_miera2004@yahoo.com

Nissa Kawaii berkata...

Saya pn nak dapatkan no.telefon kereta sewa student UNIMAS tu.. emel : nissa_soul@yahoo.com....tq

jasse berkata...

sy pun nak no tel keta sewa student unimas ..
tq
jasse.sb@gmail.com

HazeL_Yu berkata...

leh x emailkan saya no hp student unimas tuh.. saya nk bercuti ke kuching 13-16 hb march ni.. tryphaenaramar@yahoo.com .. tqtq

Shan RK berkata...

saya berminat nk dptkan contact nombor kereta sewa student unimas. boleh email?

Terima ksih :)


speedcrazy_02@yahoo.com

Shan RK berkata...

saya berminat nk dptkan contact nombor kereta sewa student unimas. boleh email? TQ :)

speedcrazy_02@yahoo.com

Wailin Wailin berkata...

sy pn bminat nk no.tepun student unimas tu.

wailinwailin82@gmail.com

tq

hazley berkata...

saya akan ke kuching pd minggu hadapan...mohon dapatkan nombor kereta sewa student unimas tu yer...tq wie.
hazley.hubby@gmail.com

.*.WiE.*. berkata...

@hazley maaf ye.. info terkini.. budak ni dah tak sewakan kereta lagi. :(