Ad

Sabtu, 16 Februari 2013

Cuti-Cuti Kota Kinabalu - Day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pada hari ini 24hb Januari 2013, setelah berjaya merebut tiket murah AA dan setelah menunggu hampir setahun akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.. Yeahhhh!!! Masa untuk percutian keluarga.. destinasi kali ini.. Kota Kinabalu, Sabah, negeri dibawah bayu selama 4 hari 3 malam..

Percutian kali ini juga adalah merupakan pengalaman pertama bagi anak-anak Wie menaiki kapal terbang dan tak lupa Wie juga bawa bersama ibu Wie yang tercinta.. that's mean kami pergi berlima lah.

Flight kami dijadualkan pada pukul 9.45 pagi jadi seawal pukul 8 pagi lagi kami dah terpacak di airport Senai (eh.. awal ke??). Excited tu especially for 2 of my daughter. Adik Wie sekeluarga turut menghantar kami di airport, plannya diorang pun nak join juga tapi tak dapat tiket so kenalah tinggal ye..

Wie dah siap-siap buat web check-in jadi tak perlu rushing nak check-in bagai di airport. Just drop luggage dan terus boleh masuk tunggu boarding dan berlepas.


2 orang anak dara ku sedang menunggu dengan excited dan nervous..
yeah.. it's cuti time..
Tips untuk korang yang baru pertama kali naik kapal terbang, makanan seeloknya kena tempah awal-awal secara online kalau nak jimat sebabnya ada diskaun untuk tempahan online.. nasib-nasiblah kalau dalam flight baru nak beli makanan silap-silap makanan yang korang nak tu dah sold out.. nanti ada pulak yang gigit jari kan..

antara makanan yang kami bedal di awan biru..
selamat mendarat di airport KK.. bersama chenta-chenta hati ku..
Kami sampai di airport Kota Kinabalu lebih kurang pukul 12 tengahari, well cuaca memang panas terik disana, lebih panas dari di sini maybe sebab kedudukannya yang ditepi laut.

Selepas collect luggage terus contact En Sabri tuan punya kereta Myvi yang Wie sewa untuk sepanjang percutian kami di Kota Kinabalu ni, Alhamdulillah beliau dah pun sedia menanti di situ dan Wie terus ambil kereta dari beliau.

Lepas tu terus menuju ke penginapan kami di Homestay Al-Amni yang Wie sewa dari rakan En Sabri untuk hantar luggage-luggage kami.. penuh bonet Myvi dengan luggage kami berlima.

ni lah Myvi yg ku sewa.. minta manual dapat auto.. hehe.. memang berbaloi.. kuat mendaki  tau.. sampai ke kaki gunung!!

Homestay Al_Amni.. luas, selesa dan nilai untuk wang anda..
Memandangkan Wie pergi berlima jadi decide untuk sewa homestay jer sebab kalau nak sewa hotel macam tak berbaloi pulak, homestay ni ada 3 bilik lengkap dengan segala kemudahan termasuk dapur dan mesin basuh jadi takde masalah kalau nak masak dan basuh baju. 

Kalau korang berminat untuk sewa kereta atau homestay ni bolehlah PM Wie ya..

Selepas tu Wie pergi ke Putatan untuk program jejak kasih mencari sepupu Wie yang bekerja di situ. Alhamdulillah dapat juga berjumpa dengan beliau dan sempat makan malam bersama.

bertemu sepupuku Hafiz.. kat sini susah sangat nak jumpa akhirnya jumpa kat Sabah..
sempat juga melawat sekolah lamaku.. 
Pada malam harinya kami berkunjung pula ke Perdana Park di Tanjung Aru.. tak jauh dari terminal 2 AA.. haaaa.. ada apa kat situ??.. kalau korang nak tau kat situlah terletakknya Musical Fountain @ Air Pancut Berirama.. kiranya tempat ni is a must kalau korang ke Kota Kinabalu ni.. masuk percuma just korang kena bayar parking je singgit kalau tak silap Wie.


Musical Fountain @ Taman Perdana, Tanjung Aru.

Pertunjukkan bermula seawal pukul 7 petang selang setiap setengah jam hingga pukul 9 malam kalau tak silap Wie.


ni fountain yg kecik.. korang bolehlah berdiri kat tepi-tepi tu kalau nak basah.. hehe..

ni fountain yg besar.. macam-macam color ada..

water fountain ni diiringi dengan pelbagai irama music termasuklah lagu oppah ganyang style.. 


                               


Untuk yang belum berkesempatan ke sana.. korang bolehlah tengok video ni ye..

Ok.. cukup aktiviti untuk hari pertama ni.. bersambung di Day 2 ye.






10 ulasan:

Rozita berkata...

Masa sy ke KK dulu tahun 2006 tak de pun pacutan air berirama tu...Cantiknya..kena repeat ke KK nih..

Mas Zull berkata...

assalamualaikum wie...seronoknya berjalan di sana...balik kg sekali ke...

.*.WiE.*. berkata...

@Mas Zull seronok betul Mama.. tapi banyak lagi tempat2 menarik yang Wie tak dapat pergi.. nak kena plan trip ke sana lagi ni.. hehe..

.*.WiE.*. berkata...

@Rozita apa lagi.. cepat2 booking tiket ke KK.. hehe..

nurul azwani berkata...

InsyaAllah akan bcuti ke kk jugak hujung tahun ni.. Harap dpt tiket murah jugak!

miz farah berkata...

salam.. boleh tak bg no owner kereta sewa tu.. email sy sigmayani@gmail.com
thanks...

~ Lady D ~ berkata...

salam. hi there. bestnye g kk! boleh x emailkan contact no tuk keta sewa tu. dz_lily@yahoo.com. thanx!

ummi kepada ajim & hana berkata...

salam,wie.boleh dptkan info homestay dan kereta sewa yg wie guna kt kk?saya nak ke kk 14hb ni.

Heart Breaker berkata...

salam en... boleh tak apa kiranya memanjangkan info dan contact no utk kereta sewa dan homestay tu... niat di hati mahu ke KK bulan 12 nanti...

.*.WiE.*. berkata...

@Heart Breaker Untuk kereta sewa dan homestay tu bolehlah hubungi 016-8311706 (Sabri).