Takziah Buat Ahmad & Muhammad

Terkejut Wie menonton berita di TV9 malam ni.. kisahnya ibu kepada pasangan kembar Ahmad & Muhammad, Aishah Kanda, 35, yang mengidap penyakit barah payudara itu telah meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Putrajaya.

Beliau meninggalkan suami, Rosli Abdul Rahim, 40, serta 5 orang anak termasuk Ahmad dan Muhammad.

Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Nelayan Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor selepas zohor.

tinggal kenangan.. di saat-saat ibu mereka masih ada..


Kisah pasangan kembar siam ini mula mendapat perhatian umum berikutan kejayaan pembedahan pemisahan pasangan itu di Hospital King Fahd, Riyadh, Arab Saudi pada September 2002.

Takziah buat adik Ahmad & Muhammad, semoga mereka tabah menghadapi ketentuan takdir. Al- Fatihah.



Ulasan

farz zull berkata…
hmm, ajal maut hanya DIA yang tahu...takziah pasangan kembar
Tanpa Nama berkata…
erm, takziah! banyak-banyakkan bersabar.. herm~
Kancil 8349 berkata…
Salam takziah daripada kancil
Gary Asip berkata…
takziah buat keluarga mereka.. semoga lebih kuat menghadapi hari2 yang mendatang...
KuNanGKuNanG berkata…
takziah..moga mereka sabar dan tabah mengahdapi ujian ni

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Pengantin Baru Razzaq..

Murid Mati Makan Juadah Berbuka!!!

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...