Yang Berkorban, terkorban dan dikorbankan..

Salam Idul Adha buat semua rakan-rakan blogger semua..


Camne raya korban korang kali ni.. berapa ramai  ekor lembu yang dah tumbang??..


Hari ni Wie menyertai pesta majlis korban yang di buat dekat surau di rumah mak.. walaupun tak lah banyak mana.. cuma 4 orang ekor je tetapi suasana tetap meriah dengan suasana yang penuh gotong royong bak kata wonderpet.. apa yang penting??... kerjasama..


Walaupun lepas selesai majlis ni badan semua sakit-sakit woo.. al maklumlah jarang buat kerja berat.. tapi rasa puas hati kerana dapat menyumbang sedikit tenaga dan jugak dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama..


antara org-org kampung yang hadir..

ni tengah nyawa-nyawa ikan lagi.. siapa takut jangan tengok..

kerja-kerja melapah kulit sedang dijalankan..

apa yang penting.. kerjasama.. 

peace yo.. hehe.. sempat lagi nak posing..

pakar bedah sedang membedah.. serius.. yg pakai topi hitam tu doktor..

adoiii.. sebelah kaki jer dah berat.. meh tolong..

kalau tengok betul-betul.. otot lembu tu masih bergerak-gerak lagi tau..

Apapun.. seronok sebenarnya buat kerja ramai-ramai camni.. benda yang berat pun terasa ringan bila kita bekerjasama.. itulah salah satu hikmah disebalik hari raya korban ni..




Ulasan

DzuLagiL berkata…
berkamera sakan...
tolong x? atau posing tolong jer...

:)
salam aidiladha
Mehmet Wie berkata…
@DzuLagiL Insyaallah.. tolong mesti tolong.. bergambar tetap bergambar.. hehe.. sampai sakit2 badan dibuatnya.. tapi seronok tau..
Tanpa Nama berkata…
teringat kat tempat persembelihan semalam. tapi, era tak sempat nak tengok orang sembelih lembu, pergi kat sana agak lewat siket..
ngee~

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Pengantin Baru Razzaq..

Murid Mati Makan Juadah Berbuka!!!

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...