Mengelak Kecurian, Di Rompak Dan Di Rogol Di Rumah Sendiri..
Hehe.. Jangan salah faham tajuk post aku ni.. aku cuma nak share tips ni aku dapat dari fb member aku yg aku rasa baik untuk di pengetahuan kita bersama. Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran. Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepuk mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini. Tips menghalang kecurian. (1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang ...