Jalan-Jalan : Kuala Terengganu..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera buat semua..

Dah lama rasanya Wie tak berkesempatan untuk update blog Wie ni.. dah naik bersawang dah.. nasi baik tak berkulat je..

Awal bulan Disember yang lalu.. Wie dan keluarga telah mengikuti rombongan menghantar pengantin sepupu Wie ke Jertih.. nak tau kat mana Jertih ni.. nun jauh di Negeri Terengganu sana.. kalau naik kenderaan dalam 9-10 jam perjalanan.. kalau jalan kaki.. alamat tak sampai-sampai lah jawabnya..

persinggahan pertama.. solat subuh di sini..

sebelum sampai rumah pengantin.. singgah sini..

haa.. tu dia..satu bas yang datang.. 

kedua mempelai sedang diarak masuk..

ahli-ahli rombongan sedang dijamu..

tu dia cousin-cousin aku melaram sakan dengan spek itam..

lepas makan kita posing dulu..

sesi bergambar dengan pengantin..

dah nak balik dah..

Wie pun memang belum pernah sampai ke sana jadi kesempatan ni kami gunakan dengan sepenuh-penuhnya.. bak kata pepatah orang tua-tua.. sambil menyelam sambil mandi minum air..

Selepas selesai majlis Wie sekeluarga tak terus balik ke Johor dengan rombongan yang lain.. kami stay 1 hari lagi di Kuala Terengganu untuk bercuti-cuti Malaysia.. hehe..



ni lah chalet yg Wie sewa.. nice place.. murah pun murah.. berbaloi-baloi..


Walaupun hanya sehari kami menjelajah Bandar Kuala Terengganu.. Dapat juga kami bershopping sakan di Kedai Pasar Payang yang terkenal tu..

ni lah dia Masjid Kristal.. lalu jer.. tak sempat nak singgah..

Masjid Abidin di tengah-tengah bandar KT..

ni lah dia pasar yang femes ames tu..

sebelum shopping kita posing dulu.. 

ni nak shopping ke nak bergambar..

haa.. monyet ni pun ada dijual kat sini.. 
suasana disekitar pasar payang..

Masjid Terapung..

bulatan yang ada batu bersurat besar..

pintu masuk istana..

pintu gate dah buka tu.. boleh masuk jumpa Tuanku ni..

unik tak bas ni??.. tempat lain tak boleh jumpa tau..

Lepas habis shopping we all pergi pulak bersantai2 di Pantai Batu Burok.. takder lah jumpa batu yg buruk pun.. pantainya bersih dan cantik.. cuma sayang tak leh nak bermandi manda sebab sekarang tengah musim tengkujuh.. ombak kuat derrr.. sape yang berani mandi kan..


So kami pun bersiar2 jer lah di sini.. tapi walaupun tak boleh nak mandi manda.. banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan dekat sini.. nak main wau layang2 pun boleh.. ada orang yang jual kalau kita nak main.. 

haa.. pilih jer mana yang korang nak..
pemandangan yg cantik dan mendamaikan..
kalau hari-hari dapat pergi sini mesti bestttt..


 Selain dari tu.. boleh juga menaiki kereta kuda untuk bersiar2.. dan yang paling best.. main ATV.. ala.. motor yang tayar 4 tu.. seriusss wa cakap lu.. seronok weh..


anak & anak sedara bersiar2 dengan kereta kuda.. macam kereta kuda princess..

haa.. yang ni bapak2 tengah race..  hehe..




Ok lah.. sampai sini dulu buat kali ni.. kita jumpa di edisi jalan-jalan yang lain pula.. 

Wassalam..

Ulasan

deqlis berkata…
lama dah tak ke sana...ingat next time nk p bercuti ke tganu pulak laa..:-)
Botak berkata…
9 ke 10 jam perjalanan eh., bukan main lama lagi..
JR berkata…
Kali terakhir ke Terengganu 8 tahun dulu. memang seronok di Terengganu...
inna_risna berkata…
rugi la tak singgah kat masjid kristal tu..cantik kat sana..salah satu tmpt wajib singgah bila dtg ganu..^^
Mehmet Wie berkata…
miss inna : tu lah menyesal tak pegi..
bobiedanbad berkata…
tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Terengganu
L berkata…
seronoknye sambil g knduri kawin sambil jenjalan.. huhu

jom renung2kan sebentar..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/kenapa-ilmu-itu-penting.html
Mehmet Wie berkata…
bobiedanbad : ada masa boleh lah pergi nanti.. banyak tempat2 menarik utk dilawati.. saya pun tak sempat pergi semua tempat.
Elih Japahar berkata…
Bestnya jalan-jalan..tp kalau sampai 9 jam jalan tu tak larat lah kot haha
glad to hear pujian & keseronokan kamu datang ke trg.ada masa datang la lagi.senyum sokmo :)
kechixx berkata…
dulu saya belajar kat uitm dungun;)
Unknown berkata…
best kowt tepi laut! da lme ta g laut.. huhu

thanx visit my blog :)
Mehmet Wie berkata…
Elih Japahar : boleh je naik flight kalau nak cepat sampai.. hehe..

syuE : mmg best kat tepi laut tapi ombak besar la time saya pegi.. xleh nak mandi manda..
Nasz berkata…
wah..terengganu ni pernah sampai tp taklah tahu tempat2 ni. huhu. nnt nak kena g gak ni.

From,

Nasz

MOHD NASER.com

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Pengantin Baru Razzaq..

Murid Mati Makan Juadah Berbuka!!!

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...