Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Mengelak Kecurian, Di Rompak Dan Di Rogol Di Rumah Sendiri..

Imej
Hehe.. Jangan salah faham tajuk post aku ni.. aku cuma nak share tips ni aku dapat dari fb member aku yg aku rasa baik untuk di pengetahuan kita bersama. Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran. Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepuk mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini. Tips menghalang kecurian. (1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang

Halal JAKIM

Imej
Al kisahnya mulai 1 Januari 2012 hanya logo halal yang dikeluarkan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang diiktiraf dan boleh digunakan. Ini bermakna segala logo-logo halal yang digunakakan sebelum ni adalah tidak halal digunakan (hehe.. tak sah lah tu..) Ni contoh logo halal yang diiktiraf ye.. Ni pulak contoh logo halal selain dari logo halal JAKIM.. status halalnya.. Wallahualam.. Diharap lepas ni kalau kita nak beli atau nak makan dimana-mana tengok-tengok lah pada logo halal JAKIM supaya kita lebih yakin status kehalalannya.. cuma jangan pula peniaga-peniaga ni ambil kesempatan dengan menggunakan logo halal ni tanpa mendapat kelulusan dari JAKIM.  Pihak yang berwajib pula kenalah memantau dengan lebih rajin lagi bagi memastikan tempat-tempat makan yang memaparkan logo halal ni benar-benar terbukti kehalalannya.. jangan halal pada logo saja.. Wallahualam.

#7 : Wordless Wednesday

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. Rasanya dah lama aku tak hapdet belog ni dek kebizian yg melanda..  sampai dah nak berkulat kot.. Ni pelamin anganku musnah kot.. hahaha.. layankan ajelah..

Resipi Hari Ini : Bandung Cincai!!??

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaaaa!!!! Perghhhh.. dah lama rasanya aku tak berkesempatan untuk post entry baru dekat blog cabuk aku ni.. al maklumlah "busy" dengan hari raya.. kerja.. dan yang utama.. famili.  Ntah ada ke tak lagi yang dok follow blog aku ni yek?? Aku rasa nak tukar lah blog aku ni jadi blog masakkan.. amacam.. ok tak?? Ok.. hari ni Chef Wie.. (hehe.. chef tu!!..) akan memberikan anda semua satu resipi yang sangat simple tapi sedap sebagai penyedap tekak di kala kedahagaan yang amat sangat... Cer tengok gambo yang aku snap ni.. haha.. terliur tak tengok gambo nih.. .. dan inilah bahan-bahan nya.. cara buat air bandung cincau ni.. cincai jer.. hehe.. amacam??.. senang tak nak buat nya??.. senang kan nak cari bahan-bahan nya?? korang buat cincai-cincai jer dah jadi punya.. cuba korang tengok bahan yang ke empat.. kalau korang terror.. cari lah sampai tak jumpa..  p/s : ni mesti kes nak cepat ni sampai taip pun salah.

Cara Menangani Caj Cukai Prepaid 2

Imej
selain dari cara menggunakan burung merpati untuk hantar mesej.. ada satu lagi cara lain untuk menghantar mesej roaming atau perayauan antarabangsa.. . . . . . ni salah satu cara alternatif untuk hantar mesej ke seberang laut.. mesej dalam botol.. kalau guna merpati takut nanti dia mati kepenatan sebab jauh sangat.. jadi bolehlah try guna cara ni.. ...dan boleh juga hantar burung merpati sekali kat dalam dia.. .. tapi jangan pulak hantar awek korang dalam botol macam ni kalau dah tak suka.. tak baik menyeksa sesama insan.. okay.. bersambung ke cara2 seterusnya.. kalau aku ada idea la.. kbaiiii..

Cara Menangani Caj Cukai Prepaid 1

Imej
korang kenal tak binatang ni??.. sure kenal kan.. ni lah nama nya pigeon a.k.a burung merpati.. menurut laporan dari sumber2 yang tidak boleh dipercayai.. dek kerana cukai untuk top-up prepaid yang akan bermula tak lama lagi.. permintaan untuk burung2 merpati semakin bertambah.. burung2 ini akan dilatih untuk menjadi utusan menyampaikan mesej sms yang ditulis atas kertas dalam usaha untuk menjimatkan kos.. dimana dengan sekali beli saja kita boleh menghantar seberapa banyak mesej selagi hayat burung tu.. haaa.. untung tu!!!! P/S : ni idea mengarut aku waktu tension..

6 Peratus????!!!!! Cukai Talian Prabayar

Imej
" Semua pembelian tambah nilai, kad sim dikena caj mulai 15 September KUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini. " Al kisah start 15 sept nanti semua pengguna prepaid akan kena tambah 6% cukai untuk setiap pembelian top-up dan sim kad baru. secara kasarnya kalau korang top-up RM10 kena tambah cukai 6% jadi korang kena bayar RM10.60.. kalau top-up RM30 kena RM31.80.. RM50 kena RM53.. RM100 kena RM106.. walaupun nampak sikit.. kalau kumpul-kumpul jadi banyak tu!!! Untuk yang berkemampuan mungkin tak jadi kudis.. tapi seperti yang kita tahu pengguna-pengguna prepaid ni majoritinya adalah golongan pelajar, penuntut IPT, pekerja2 swasta dan yang bekerja sendiri.. senang kata.. golongan yang berpendapatan rendah.. yang masih harapkan duit mak bapak dan biasiswa.. Seperti jugak aku yang bekerja swasta.. yan

Ermm.. Raya lum habis laa!!!

Imej
Assalamualaikum dan Salam Lebaran.. Diam tak diam hari ni dah 9 hari kita menyambut Syawal.. camne dengan raya korang semua?? dah habis beraya?? tentu best kan.. lagi-lagi yg masih dapat duit raya.. tentu seronok kumpul duit raya kan.. teringat waktu aku kecik-kecik dulu.. dapat 50sen pun dah cukup happy dah.. tapi kalau budak-budak zaman sekarang ni.. bagi 1 hengget pun dia akan pandang kita atas bawah.. siap bukak depan kita pastu cakap.. "singgit jer".. tapi aku dah siap-siap pesan kat anak-anak aku.. kalau orang bagi ambik kalau orang tak bagi jangan mintak pastu jangan buka depan-depan tuan rumah.. bukan apa.. kita pun faham.. kemampuan masing-masing tak sama.. Maaflah kerana dah lama tak update belog yang dah naik berhabuk ni.. sampai ada kawan-kawan yang post comment tanya.. hehe.. masih mood raya lah katakan.. kesempatan nak mengadap PC pun terbatas.. dah sibuk beraya ke rumah saudara mara.. malam pulak sibuk melayan anak-anak main mercun bunga api.. hehe.. S