6 Peratus????!!!!! Cukai Talian Prabayar

" Semua pembelian tambah nilai, kad sim dikena caj mulai 15 September

KUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini. "







Al kisah start 15 sept nanti semua pengguna prepaid akan kena tambah 6% cukai untuk setiap pembelian top-up dan sim kad baru. secara kasarnya kalau korang top-up RM10 kena tambah cukai 6% jadi korang kena bayar RM10.60.. kalau top-up RM30 kena RM31.80.. RM50 kena RM53.. RM100 kena RM106.. walaupun nampak sikit.. kalau kumpul-kumpul jadi banyak tu!!!


Untuk yang berkemampuan mungkin tak jadi kudis.. tapi seperti yang kita tahu pengguna-pengguna prepaid ni majoritinya adalah golongan pelajar, penuntut IPT, pekerja2 swasta dan yang bekerja sendiri.. senang kata.. golongan yang berpendapatan rendah.. yang masih harapkan duit mak bapak dan biasiswa..


Seperti jugak aku yang bekerja swasta.. yang tak ada bonus raya dan bonus awal tahun.. purely mengharapkan gaji setiap bulan untuk survive.. yang tak dapat pembelaan dari kerajaan.. tak ada CEUPAC ke pejadahnya untuk bela kitaorang..


Benda-benda ni sedikit sebanyak akan meningkatkan kos sara hidup.. ditambah dengan harga barang-barang yang semakin melambung mutakhir ni.. 


Apa yang boleh kita boleh buat??.. nak boikot??!!.. benda ni dah jadi satu keperluan.. nak tak nak terpaksalah kita tadah jer..


Kepada kerajaan dan syarikat-syarikat telekomunikasi.. fikirkanlah benda ni dari sudut kebajikan rakyat sekelian.. jangan hanya mengejar keuntungan semata-mata!!!..





Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ala..pas nih kompem naek lagi..huhu
Cikli berkata…
di somalia lagi mahal dan payah
Mehmet Wie berkata…
@Cikli kat sana apa je yg tak mahal
Mehmet Wie berkata…
@asamasin apa nak buat.. rakyat didahulukan..
Mumu Abdullah berkata…
ni point of view sayer.. http://pinkishlips90.blogspot.com/2011/09/selamatkan-moral-dengan-hanya-6.html
x semenggah mn pun..ehehe

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Pengantin Baru Razzaq..

Murid Mati Makan Juadah Berbuka!!!

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...