Ad

Selasa, 11 Oktober 2011

Cantiknyaaaaa!!!!...

Hari ni lepas dari bawa wife aku jumpa doc untuk appointment di HSA, Johor Bahru.. kami pun singgahlah di Plaza Angsana.. serius.. walaupun selalu turun ke JB tapi aku jarang singgah sini.. last aku pegi sini rasanya dah lebih 10 tahun dulu kot..


Haa.. ni lah Plaza Angsana.. bukan plaza tol ye..




Sampai Plaza Angsana dah dekat pukul 2 petang.. sah-sah dah waktu Zohor kan.. so belum solat lagi kan.. jadi aku pun teruslah cari surau.. jumpa surau aku pun teruslah masuk untuk solat..


Masuk-masuk surau aku terus terpaku.. Masya Allah.. cantiknyaaaaa surau dia... dah macam mesjid pulak.. 


betul tak apa aku cakap.. cantik kan??




Seingat akulah sepanjang aku ke surau di shopping-shopping complex ni.. ni lah surau yang paling bersih, cantik dan selesa.. tak macam sesetengah shopping complex yang hanya menyediakan surau ala kadar saja.. sampai ada yang nak ambil air sembahyang pun kena pergi toilet.


Syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Plaza Angsana yang prihatin kepada keperluan pelanggan-pelanggan beragama islam.. mereka tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Harapnya ini dapat menjadi contoh kepada shopping-shopping complex yang lain.

3 ulasan:

Run Away berkata...

wa,,,cantik dan bersih kan..

Ini Kisah Tia berkata...

Tia tengok gambar pun sejuk je mata memandang .. keselesaan itu penting :) mesti rasa macam dah tak nak keluar sebab rasa selesa dan tenang kan ..

Kancil 8349 berkata...

kancil pernah datang ke sini, rupanya ada surau yang cantik...ruginya