Celup Jangan Tak Celup..

Haa.. jangan salah tafsir pulak title post aku ni.. sebenarnya aku nak cerita pasal teh.. Teh!!!!!.. yaaaa.. betollll.. Teh sememangnya telah diakui di seluruh dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia. Ada teh boh.. teh lipton.. dan macam-macam lagi.. Dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran semua golongan masyarakat baik yang tua dan yang muda.

Pada awal tahun ini, kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser. Maka terdapatlah cadangan supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang.

Namun, korang harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri. Cumanya kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.




Amaran : Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit.

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta 'direndam' terlalu lama.Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.

Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.

Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 - 5 minit, klorin akan ikut larut dalam teh. Dan banyak khasiat teh yang 'terhilang' akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman teh. Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit. 



ni gambar aku tengah meninjau kebun teh aku dekat cameron highland.. hehe..




Jadi apa tunggu lagi.. jom ngeteh!!! (jom minum teh.. kata orang java..)



Ulasan

Run Away berkata…
nice....sy baru tahu...bahaya jugakan..
Unknown berkata…
laaa , selalu Tia rendam je uncang teh tu . selagi tak minum habis teh , selagi tu berendam . huhuu
Mehmet Wie berkata…
@Run Away tu lah pasal.. saya pun baru tau..
Mehmet Wie berkata…
@Ini Kisah Tia huhu... samalah kita.. kalau simpan dalam fridge seminggu.. seminggu jgk lah uncang teh tu berendam..

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Pengantin Baru Razzaq..

Murid Mati Makan Juadah Berbuka!!!

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...