Syawal bakal menjelma tak lama lagi.. dalam kesibukkan kita membeli belah persediaan menyambut raya nanti.. ada satu perkara yang selalu kita leka, lupa, terlupa, lupakan, buat-buat lupa dan macam-macam lagi.. iaitu membayar zakat fitrah. Memang menjadi sikap kita selalu berlengah-lengah.. "alah.. awal lagi.. masih sempat lagi.." bila dah last minit baru nak kelam-kabut cari amil nak bayar zakat.. Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: “ Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain. ” Alhamdulillah.. semalam aku dah pun selamat membayar zakat fitrah.. kebetulan pula waktu tengah bersho...