Android Menawan Malaysia!!!

Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa..


Huh.. tajuk bukan main gempak lagi.. sebenarnya aku cuma nak share gadjet terbaru aku sempena nak raya ni.. Orang lain sibuk dengan baju baru.. kasut baru.. sarung kusyen baru.. tapi aku nak beraya dengan telefon pintar @ smartphone baru.. hehe.. ( takde baju raya baru pun takper... )


Inilah dia barang permainan terbaru aku.. jangan jelezzzz...


Sebelum ni lebih kurang 2 tahun aku guna nokia 5800 smartphone jugak tapi sekarang dah tak berapa smart lagi dah.. OS symbian ni dah ketinggalan keretapi.. sekarang semua tengah gila angry bird android.. 

Samsung Galaxy Ace ni kira sedang-sedang lah.. kalau nak lagi gempak Samsung Galaxy S II.. tapi rega dia leh buat aku makan meggi hari-hari la..

Ace ni dia punya spec dengan iphone lebih kurang sama jer..  cuma takde video call jer.. hehe.. bagus jugak takder video call.. kalau tak nanti wife dapat tengok aku kat mana.. jeng..jeng..jeng..

Setelah beberapa hari menggunakan smartphone ni... kesimpulannya memang memuaskan hati dan poket.. maksudnya berbaloi untuk wang anda.. dah tu banyak pulak apps yang terdapat di android market.. nak yg kena bayar.. nak yang free.. semua ada.. games jangan cerita lah.. berlambak-lambak.. setakat game angry bird tu.. free jer.. on jer wifi.. cari kat market.. pilih mana yang berkenan.. terus leh install.. senang beb..

Uish.. penat dah aku dok promo Samsung nih.. takkan tak dapat Galaxy S II free kot.. haha.. ( mimpilah.. )

Ok lah.. kalau korang nak tau spec dia lebih lanjut korang pegi je google yer..





Ulasan

LALABIELA berkata…
tak mampu.nak beli.. mahal sangat.hihi

nak header free??

http://lalabiela.blogspot.com/2011/08/teka-warna-dapat-header-free.html
Unknown berkata…
pergh, best gle..kalau la mampu beli..hehe
Elih Japahar berkata…
Sama HP kita!..sy pun baru beli samsung ni..best jugak,cuma blogger-droid tak boleh guna lah?..tak dpt post entry...ko punya mcm mn?
Mehmet Wie berkata…
@Elih Japahar yalah.. aku punya pun tak boleh.. tak tau kenapa..
Mehmet Wie berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mehmet Wie berkata…
@Elih Japahar malam tadi aku try boleh pulak.. ko punya boleh tak?

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Pengantin Baru Razzaq..

Murid Mati Makan Juadah Berbuka!!!

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...