Salam Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi.. semua umat Islam akan mula berpuasa hari ini.. jadi jangan lupa bangun sahur dan berniat puasa ya..

Berpuasalah dengan penuh kesungguhan dan keinsafan kerana banyak kelebihan bagi orang yang berpuasa ni..

Daripada Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.

Jadi laksanakan lah puasa kita dengan penuh kesungguhan moga-moga mendapat ganjaran dari Nya. Insyaallah.

Selamat berpuasa kepada rakan-rakan blogger sekalian.


Ulasan

Kancil 8349 berkata…
selamat berpuasa daripada kancil
BiNtaNg HaTi berkata…
selamat menjalani ibadah puasa...semoga ibadah kita diterima olehNya...:)

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Pengantin Baru Razzaq..

Murid Mati Makan Juadah Berbuka!!!

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...