Jangan Jual Komputer Riba 1Malaysia : Siapa Untung???

Al kisahnya.. pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan tindakkan yang tegas kepada sesiapa yang menjual semula komputer riba 1Malaysia yang diterima secara percuma daripada kerajaan..




Ni lah manusia, dah dapat kemudahan disalahgunakan, dah dapat percuma tu manfaatkan lah sepenuhnya.. ni tak dijual nya pulak.. macam mana lah nak celik IT anak-anak tu.. parent nya pun satu.. nampak RM je..


Yang bagi pun satu.. setakat bagi benda alah ni kosong je.. cuma ada OS je.. yang lain semua kena cari sendiri.. bagi yang parent nya mahir IT ok lah.. kesian kepada yang baru-baru nak kenal It.. pergi kedai sah-sah kena caj RM 30-50.. tu cuma untuk install pirate punya software tu.. siapa yang untung?? 


Lepas tu line broadband pun kena cari sendiri.. ada yang dapat promosi broadband pun cuma bagi sim kad je.. modem kena beli sendiri.. sah-sah modem dah RM 100.. siapa yang untung??


Sepatutnya lepas bagi netbook ni.. pihak sekolah kena pulak masukkan budak-budak ni dalam kelab komputer.. beri diorang pendedahan dan panduan camner nak memanfaatkan benda ni.. Ni bila budak-budak ni menuntut sesama rakan diorang.. yang diorang mahir takde lain lah.. Facebook.. Blog.. Chatting.. siapa yang untung??


Jadi.. kesimpulan nya.. dah terbelit-belit nih.. lu pikirlah sendiri ya..







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Pengantin Baru Razzaq..

Murid Mati Makan Juadah Berbuka!!!

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...