Ad

Selasa, 26 Julai 2011

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1432H/2011M

Pejam celik.. pejam celik.. tak terasa masa berlalu pantas.. tup-tup dah nak puasa lagi.. haa.. kepada yang masih berhutang puasa tahun lepas tu.. apa lagi.. cepat-cepatlah lunaskan sementara masih ada kesempatan.. jangan sampai kena bayar fidyah pula ya..




Tahun ini tarikh melihat anak bulan ramadhan telah ditetapkan pada petang Ahad ini 31 Julai bersamaan 29 Syaaban seperti yang telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia. Insyaallah kita dijangka akan mula berpuasa pada hari isnin, 1 Ogos.




Kepada rakan-rakan sekalian, saya dengan ini mengambil kesempatan.. (huh.. macam penyimpan mohor besar raja-raja cakap lah pulak..) mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. berpuasalah dengan penuh keinsafan supaya mendapat keredaan Nya. Amin.







Tiada ulasan: