Norman Hakim & Memey Suhaiza Menangis Bebas Tuduhan Khalwat

Buka mStar Online tadi terbaca cerita mengenai Norman Hakim dgn Memey Suhaiza ni.. khabarnya diorang dah bebas dari tuduhan berkhalwat yang dihadapi mereka 3 tahun dulu.. Apa pun diharap perkara ini akan menjadi pengajaran buat mereka dan semoga berbahagia dengan perkahwinan yang dirancang.. 


Merpati dua sejoli..


KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat, tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.
Norman dan Memey yang hadir bersama pada pukul 9.30 pagi Jumaat, menangis sebaik sahaja keputusan itu dibacakan.
Sumber : mStar Online


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Pengantin Baru Razzaq..

Murid Mati Makan Juadah Berbuka!!!

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...