Keputusan Perlawanan Persahabatan - Malaysia lwn Chelsea : Malaysia Kalah Tipis.

Gambar : Pemain Chelsea, Fernando Torres & Pemain Malaysia, S Subramaniam.

KUALA LUMPUR: Skuad Pilihan Malaysia tewas tipis 0-1 kepada kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Khamis.
Gol The Blues dijaringkan penyerangnya, Didier Drogbar pada minit ke-78 melalui jaringan kontroversi yang dibantah oleh pemain Malaysia yang mendakwa bola tidak melepasi garisan gol.
Bagaimanapun pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh mengesahkan jaringan tersebut.
Pada minit-minit terakhir anak-anak buah Ong Kim Swee cuba memberi tentangan sengit kepada pasukan Chelsea yang dibarisi pemain-pemain bintang mereka, bagaimanapun sia-sia.
Dipetik dari mStar Online.
Walau apa pun.. ini cuma perlawanan persahabatan.. kalah menang adat permainan.. kalau tengok dari tahap permainan pun kita dah tau.. memang tak sama level.. so terima ajelah apa keputusan..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Pengantin Baru Razzaq..

Murid Mati Makan Juadah Berbuka!!!

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...