Ad

Jumaat, 8 Julai 2011

Drama Tebusan Tadika di Muar, Johor.

Haih.. apalah nak jadi dunia hari ni.. 


Semalam negara digemparkan dgn berita drama tebusan 
sebuah sekolah tadika di Sungai Abong, Muar, Johor. 


Drama tebusan bermula pada pukul 9 pagi apabila seorang 
lelaki yg dipercayai kurang siuman telah menceroboh masuk
dengan bersenjatakan tukul dan menahan pelajar dan 
guru-guru di tadika tersebut sebagai tebusan.


Setelah usaha memujuk dan rundingan dilakukan oleh pihak
polis, akhirnya pada pukul 3.45 polis telah melepaskan gas 
pemedih mata dan menyerbu masuk untuk menyelamatkan 
semua tebusan. Penyerang telah dapat ditembak dan telah
dibawa ke hospital untuk rawatan bagaimanapun telah meninggal
dunia di hospital malam tadi..


Apa pun.. tahniah kepada pasukan polis yang telah berjaya 
menyelamatkan kesemua tebusan. Apa pun motif penyerang
tapi jangan lah jadikan anak-anak yang tidak berdosa sebagai
mangsa.


gambar antara kanak-kanak yg diselamatkan..


P/S: mungkin akibat tekanan hidup.. makin ramai rakyat Malaysia yg sakit jiwa dan kurang siuman.. Wallahualam..













Tiada ulasan: